CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8661|Reply: 26

9 Sebab Kenapa Gadis Kahwin Lambat

[Copy link]
Post time 5-8-2015 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Penulis ingin kongsikan 9 sebab mengapa gadis memilih untuk kahwin lambat, ini melalui pengalaman dan penceritaan rakan-rakan terdekat penulis sendiri.

Soalan seperti "bila nak kahwin?" mungkin dianggap terlalu sensitif bagi sesetengah orang. Jadi, janganlah sibuk bertanya banyak kali jika ada rakan kita yang masih belum kahwin kerana mungkin mereka tergolong dalam salah satu sebab dibawah.

Jom kita tengok antara sebab-sebab itu :



Sumber foto : drzubaidi.com

#1. Pernah putus cinta tahap menonggeng.
- Setiap orang pasti pernah merasa bagaimana peritnya putus cinta dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Bagi sesetengah individu, putus cinta bukanlah satu penghalang untuk bercinta lagi. Namun ada yang memilih untuk terus hidup "single" kerana takut dikecewakan lagi.


Sumber foto : wefollowpics.com


#2. Ingin hidup bebas dan tidak suka dikongkong.
- Belum puas enjoy, ingin bebas dan tidak mahu dikongkong merupakan antara salah satu alasan mengapa sesetengah gadis sekarang memilih untuk kahwin lambat. Bagi yang berfikiran seperti ini, perkahwinan merupakan satu pengakhiran untuk hidup bebas. Mungkin bagi mereka, selepas berkahwin sudah tiada lagi masa untuk berhibur bersama kawan-kawan kerana terpaksa memberi tumpuan penuh pada suami dan keluarga.




Sumber foto : www.lookbook.id

#3. Terlalu mementingkan kerjaya.
- Kerjaya juga merupakan sebab seseorang gadis lambat kahwin. Ada yang "gila bekerja" dan seronok mencari duit hingga lupa tentang perkahwinan. Namun, gadis zaman moden kini kebanyakkannya tidak kisah jika kahwin lambat kerana bagi mereka bukanlah sesuatu yang pelik di zaman sekarang.


Sumber foto : plus.google.com

#4. Terlalu memilih pasangan.
- Bab ni tak boleh nak cakap apa sebab kalau terlalu memilih sudahnya apa pun tak ada. Senang cerita, ukur baju dibadan sendiri la kot. Tak payahlah nak memilih sangat sebab kekacakan seseorang suami bukanlah satu jaminan kebahagian didunia dan diakhirat kelak.


Sumber foto : www.pinterest.com

#5. Jodoh belum sampai.
- "Jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan". Dengan siapa jodoh seseorang, cepat dan lambat hanya Allah s.w.t yang tentukan. Jadi ini merupakan sebab juga kenapa ada yang masih belum kahwin. Kata orang, belum sampai seru lagi.


Sumber foto : www.pinterest.com

#6. Takut dapat suami yang K.O.

- Mungkin ada gadis yang takut untuk berkahwin kerana sering membaca kes-kes suami panas baran dan kaki pukul.  Ada juga kes isteri terpaksa menyara suami yang malas bekerja dan macam-macam lagi. Ini lah yang merisaukan sesetengah gadis.


Sumber foto : nurcheda88.blogspot.com


#7. Pilihan hati dibantah keluarga.
- Perkara ini biasa terjadi dan bukanlah satu benda baru. Akhirnya, si gadis tawar hati untuk berumahtangga kerana baginya cinta sejati sukar ditukar ganti.


Sumber foto : thechive.com

#8. Memang tak ada orang nak.
- Jangan gelak! Ini benar-benar terjadi. Bila ditanya "tak teringin ke nak kahwin?" jawapan mudah, "tak ada orang nak, nak kahwin dengan siapa?" Hmm betul juga. Tapi kalau dah macam ni kena lah rajin mencari, janganlah mengharapkan orang ngorat kita je.


Sumber foto : www.ibnuhasyim.com

#9. Tiada nafsu dengan lelaki?
- Ini masalah besar. Lu fikirlah sendiri... haha


Jadi, anda yang belum kahwin tu dalam kategori manakah agak-agaknya? - CARI Infonet.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 05:37 PM | Show all posts
saya lelaki yg masih single and available. ada yg nk berkenalan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:08 PM | Show all posts
kadang-kadang sebab lelaki sebuk nk jadi perempuan.. sb tu angka wanita kawin lambt tu bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:47 PM | Show all posts
lelaki lebih sedikit dari wanita sebenarnya;yang ada pn ramai yang tade keje, yang kurang elok
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
biar lambat asalkan dpt yg semenggah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 12:09 PM | Show all posts
baik tak kawin dari kahwin lelaki menipu.. huhu susah sungguh nk cari lelaki yang betul2 baik jaman ini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2015 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara retis pompuan yg tersiksa sbb kawen dgn stok2 biawak hidup ;
Abby abadi
Enot
A.aida

Ko raser???
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 05:17 PM | Show all posts
Sebab lelaki sekarang ramai GAY...esp yg hensom tu yg depa cuak...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku perhatikan.
Ni melalui perhatian aku ye..
Perempuan yg jenis cakap nak betol je.. everything dia kata is right.. x nak mengalahhh... mmg xde sape laki nak dkt... kdg2 ada perempuan cemni yg banyak kwn laki.. tp just buat kawan je lah.. sbb bila beckp asik dia je yg btoll... ni base pd pemerhatian lah he
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 08:42 AM | Show all posts
- Setiap orang pasti pernah merasa bagaimana peritnya putus cinta dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Bagi sesetengah individu, putus cinta bukanlah satu penghalang untuk bercinta lagi. Namun ada yang memilih untuk terus hidup "single" kerana takut dikecewakan lagi.

Hakak ada sorg kawan dlu.. bercinta bagai nk rak bertahun2! One day pompuan tu mengalami kesakitan n dimasukkan ke wad.. dipendekkan citer sheols terpaksa menjalani operation untuk membuang rahimnya. Dan2 tu jugak jantan tu terus tinggalkan sheols n smpi skrg dh berbelas taun sheols tk berani nk terima mana2 lelaki sbb takut tkde lelaki yg sudi menerima dirinya seadanya!

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:45 PM | Show all posts
Lambat ke cepat ke biarlah..drpd kahwin dgn biawak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:59 AM | Show all posts
banyak faktor tak mau kawen lagi...lgipun cucuq join team tak moh kawen, kat group tu semua perempuan2 xnak kawen banyak alasan yang dorang bagi yes kebanyakannya daripada pengalaman lepas. so bile cucuq tengok orang sekeliling gagal dlm perkahwinan so decide xmau kawen n xnak fikir pasal kawen tapi jodoh itu rahsia Allah kalau tergerak hati satu hari nanti insyaAllah kawen tapi buat mase ni memang tutup pintu untuk lelaki hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:03 AM | Show all posts
mayaBB replied at 6-8-2015 12:09 PM
baik tak kawin dari kahwin lelaki menipu.. huhu susah sungguh nk cari lelaki yang betul2 baik jaman  ...

tau xpe...lgipun best tau hidup single ni...yup skarang ni susah nak jumpa lelaki baik, mula2 ok tapi bile dh tunjuk pragai sebenar ish3
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:10 PM | Show all posts
#4
Bukan terlampau hensem jadi ukurañ tapi ada faktor2 lain yg bermain di fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:54 AM | Show all posts
cucuq replied at 24-8-2015 11:03 AM
tau xpe...lgipun best tau hidup single ni...yup skarang ni susah nak jumpa lelaki baik, mula2 ok t ...

kan... mula2 tu ok la.. lame2.. ishh mintak simpang...

memang la x ckp perangai maya baik tp banyak laki memang tak baik//huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 12:42 PM | Show all posts
mayaBB replied at 27-8-2015 11:54 AM
kan... mula2 tu ok la.. lame2.. ishh mintak simpang...

memang la x ckp perangai maya baik tp ba ...

kan setuju sangat2..huhuhu lelaki nmpak alim, baik n skema pown ada yg buat hal inikan plak lelaki yg memang nmpak buaya hihi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 07:20 PM | Show all posts
cucuq replied at 27-8-2015 12:42 PM
kan setuju sangat2..huhuhu lelaki nmpak alim, baik n skema pown ada yg buat hal inikan plak lelaki ...

tp elok la lelaki yang nmpk buaya dan memang buaya dari lelaki yang nampak ustaz tetapi tak sedaq diri
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 03:47 AM | Show all posts
mayaBB replied at 6-8-2015 12:09 PM
baik tak kawin dari kahwin lelaki menipu.. huhu susah sungguh nk cari lelaki yang betul2 baik jaman  ...

xpa...boleh try kawin dlu..agak2 sesuai teruskan la...kalo x sesuai bincang elok2
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 03:50 AM | Show all posts
cucuq replied at 24-8-2015 10:59 AM
banyak faktor tak mau kawen lagi...lgipun cucuq join team tak moh kawen, kat group tu semua perempua ...

oooo buat masa ni pintu hati ditutup ek...meh nk buka...john ada master key..don worry u will be happy
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 09:12 PM | Show all posts
john_pablo replied at 30-8-2015 03:50 AM
oooo buat masa ni pintu hati ditutup ek...meh nk buka...john ada master key..don worry u will be h ...

amboi promote diri ke?nak bukak pintu hati dengan ape ye?huhuhu ntahlah siyes cucuq memang xde rasa nak berpasangan pown tau walaupun laki2 yang datang not bad la muka (ceh macam promot plak)huhuhu... lagi2 skarang ni cucuq selalu skiptikal skit dengan lelaki..cucuq doakan awak dapat pasangan yang betul yer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.091103 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list