Bagi anda yang sibuk bekerja, jarang ada masa untuk memasak, apa kata anda mencuba resipi ini.
Mee segera 'homemade' yang pastinya lebih sihat, lazat dan berkhasiat ini tidak sukar dihasilkan.
(Sumber foto: theedgyveg)
Penggunaan mee kuning dan beberapa bahan yang menjadi kegemaran anda seperti sayuran lobak, kacang pis, cendawan, hirisan ayam dan sebagainya dimasukkan dalam bekas jar kaca.
Jangan lupa masukkan rempah dan sos pilihan anda sebelum menyimpan mee segera ini di dalam peti sejuk agar ia tahan lama.
p/s: Anda boleh sediakan beberapa variasi untuk kegunaan seminggu. Hanya tuangkan air panas dan sedia untuk dimakan!
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register