CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7861|Reply: 53

[Tempatan] Apa cerita kes lumba Myvi? Asyik tangguh..

[Copy link]
Post time 3-8-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by theskems at 3-8-2015 12:03 PM


KUALA LUMPUR 31 Julai – Mahkamah Majistret di sini menetapkan dua hari mulai 25 Ogos ini perbicaraan terhadap dua pemandu kereta Perodua Myvi yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), dua bulan lalu.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan memutuskan demikian hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Malek Fauzie memaklumkan bahawa kesemua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan dan kedua-dua pihak juga bersetuju mendapatkan tarikh perbicaraan.

Juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang ketika itu baru berusia enam bulan.

Mohamad Fizal Reza yang merupakan bapa kepada dua anak dan Siti Noor Aini, seorang ibu tunggal masing-masing didakwa melakukan perbuatan itu di Lebuhraya DUKE Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pada pukul 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 8 Mei lalu, Mohamad Fizal Reza yang diwakili peguam S. N. Seelan dan Siti Nor Aini yang diwakili peguam, Omar Bakri Ahmad mengaku tidak bersalah dan setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM9,000 berserta seorang penjamin.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mei lalu, Fairuz Nizam, Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri maj­lis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.

Diorang pun tak nak petik nama lagi 4 pemandu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
'ibu tunggal' lah sangat!!


*aku marah ni!  
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 12:44 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 3-8-2015 04:21 AM
'ibu tunggal' lah sangat!!

kenapa? apa status sbnr dia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:26 PM | Show all posts
makton replied at 3-8-2015 12:44 PM
kenapa? apa status sbnr dia?

Bukan macam tu makton... Pada saya (pada saya lah), istilah ibu tunggal tu untuk wanita yang kematian suami atau ditinggalkan...yang terpaksa menyara hidup keluarga...
Ni kalau perangai dah macam pelesit ni

*huhu maafkan saya....


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:30 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 3-8-2015 05:26 AM
Bukan macam tu makton... Pada saya (pada saya lah), istilah ibu tunggal tu untuk wanita yang kemat ...

ooo... senang cite x yah taruk status dia..
letak je "wanita" ini.. berita kan suka menggembar gemburkn ayat. hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:34 PM | Show all posts
makton replied at 3-8-2015 01:30 PM
ooo... senang cite x yah taruk status dia..
letak je "wanita" ini.. berita kan suka menggembar ge ...

Betul tu makton... Letak wanita saja.. Ni letak ibu tunggal...konon nak ada orang simpati lah tu... Huhu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 01:43 PM | Show all posts
ibu tunggal kesahnye..ptut la ade masa dok berlumba tgh2 mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:50 PM | Show all posts
jadi sepanjang penangguhan ni, cemaner hidop diorang eh..
aman damai ke.. atau hidup dlm neraka...
ahli keluarga terdekat tu pulak cemaner.. nak hadap mulut sedare mare lagi...
cemaner penerimaan masyarakat sekeliling yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 01:53 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 3-8-2015 01:26 PM
Bukan macam tu makton... Pada saya (pada saya lah), istilah ibu tunggal tu untuk wanita yang kemat ...

bukan ibu tunggal..ibu tunggul tak guna sesen pun.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah pesalah wanita tu dh berhijrah dan pakai burqa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:06 PM | Show all posts
kes depa ni asyik tangguh je kan...tak sabar nk tunggu hukuman jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pasti raya itu hari depa aman2 ja..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:09 PM | Show all posts
knp gambar tu nmpak mcm pompuan tu kurus cantik je...
sbb nampak tgk sheols runcing...
bkn ke pompuan lahanat ni gemok hodoh??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:33 PM | Show all posts
miznieda replied at 3-8-2015 02:09 PM
knp gambar tu nmpak mcm pompuan tu kurus cantik je...
sbb nampak tgk sheols runcing...
bkn ke pomp ...

mmg dia kurus dri dlu, salah org kot

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:46 PM | Show all posts
batmana replied at 3-8-2015 02:33 PM
mmg dia kurus dri dlu, salah org kot

owhh yer ker...
sbb mase tgk video tu sheols yg terbaring kt streacher tu kn...
nmpak mcm chubby2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:52 PM | Show all posts
sebab tu org2 yg bawak myvi ni ditakdirkan utk tidak memakai audi atau merc....sebab tu ditakdirkan dia cume pakai kereta yg rege 50k sahaja....bayangkan kalau kaldai2 ni dapat kereta yg mahal dan laju..agak2 brape lagi yg mati sebab mereka mempelesitkan diri atas jalan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 04:53 PM | Show all posts
oooo...cikki tu janda birah ker.....padanlah muka mendapat cash....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 05:31 PM | Show all posts
patut la boleh melepak pastu racing tgh2 malam pagi suboh..
takde laki rupenye, abes anak sape jage? hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tanguh.....tangguh......tangggguh,selesai
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 08:56 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 3-8-2015 01:43 PM
ibu tunggal kesahnye..ptut la ade masa dok berlumba tgh2 mlm..

dia bagi ubat tido kat anak dia ke? ke harap kat tok dgn nenek jaga cucu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071055 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list