CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16651|Reply: 122

[Tempatan] Ustaz Kazim Elias tegur Azalina

[Copy link]
Post time 2-8-2015 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Ustaz Kazim Elias tegur Azalina
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
2 Ogos 2015



Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz

SHAH ALAM - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Datuk Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai ustaz Kazim berkata, saranan itu adalah saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.

"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.

Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan. Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ne Azalina balas balik, meroyan balik la Kazim.  lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak tanya azalina ni pasal lgbt...apa komen dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia, mentiri lantikan najib, nanti boleh buat lgbt, mentiri pon xlaki xpompuan, kelibrelan tahap maximas
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:40 PM | Show all posts
umno selalu sebut anwar,ambiga , dap menyokong lgbt walhal menteri dia sendiri x tentu jantina sampai dipanggil bro azalina
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cakap banyat pun tarak guna
lebih baik duke pi masuk meminang menteri kecelaruan jantina tu jadi bini duke n bimbing dia jadi wanita solehah lindungan kaabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2015 12:59 PM | Show all posts
bukan dulu masing2 cakap kazim ni dibayar UMNO ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:00 PM | Show all posts
nikaido replied at 2-8-2015 12:40 PM
umno selalu sebut anwar,ambiga , dap menyokong lgbt walhal menteri dia sendiri x tentu jantina sampa ...

so apa nama jantan heshe? azal? zali? lee? ali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Azalina nih top ke bottom?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:04 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 2-8-2015 12:59 PM
bukan dulu masing2 cakap kazim ni dibayar UMNO ke?..

Ustaz Kazim mengulas atas pangkin hukum agama, kenapa nak kaitkan dgn UMNO. Another diversion?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:07 PM | Show all posts
Saloran tv isle kan ada, filem2 islemik pon ade, ngape dok nak tingok jugak saloran tv ato pilem yang bukan ditujukan untok golongan lobai lepas tu mula-lah komplen suroh orang ikot jadi lobai macam dia jugak. Tak malu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:10 PM | Show all posts
Fuhyoooooo rambut.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Respek duke
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:11 PM | Show all posts
dia hanya nasihat....korang plak pergi meroyan marahkan dia.....perangai sindri cermin dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah ditegur.
Nape tak tegur pasal imej heshe sekali
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:12 PM | Show all posts

wah..hensemnya bang azal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 01:13 PM | Show all posts
nolya replied at 2-8-2015 01:04 PM
Ustaz Kazim mengulas atas pangkin hukum agama, kenapa nak kaitkan dgn UMNO. Another diversion?

logiknya...kalau kazim dibyr umno..apa jadah dia tegur menteri umno?..lembab tul la ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar la tgk pegkid tua ni
Celaru jantina
Bawa2 la bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:21 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 2-8-2015 01:13 PM
logiknya...kalau kazim dibyr umno..apa jadah dia tegur menteri umno?..lembab tul la ko ni..
...

Apa tidak logiknya beliau tegur benda yang batil? Beliau tidak semestinya menjadi spt kamu seratus peratus, yang akan angguk shj hatta di depan mata terang benderang. Walaupun beliau dibayar skalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:24 PM | Show all posts
addamnor replied at 2-8-2015 01:21 PM
Apa tidak logiknya beliau tegur benda yang batil? Beliau tidak semestinya menjadi spt kamu seratus ...

Ya...tetiba2 je tak semestinya...

hakkk tuihhhhhhhhhhhhhh jelah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 1.141544 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list