Video: Budak 2 Tahun Bangun Sendiri Selepas Digilis Kereta
Aug 1, 2015
VIDEO ini memaparkan detik cemas dan mengejutkan apabila seorang budak lelaki yang berusia 2 tahun terselamat selepas digilis sebuah kereta di China.
Bukan sahaja terselamat daripada kemalangan itu, Xiao Hai yang sebelum itu berdiri sendirian di tepi jalan tersebut juga dilihat telah berusaha berdiri dengan sendiri selepas beberapa minit terbaring di situ.
Apa yang peliknya, pemandu itu langsung tidak menyedari perkara tersebut dan tidak keluar daripada kenderaannya malah berlalu pergi begitu sahaja.
Namun, perkara tersebut telah disedari oleh pemilik kedai berdekatan, Lai Dehua yang mengecam bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada jirannya.
Dehua yang dikatakan ingat jenis serta nombor pendaftaran kereta berkenaan kemudiannya terus melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.
Budak malang itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan dia disahkan tidak mengalami sebarang keceraan serius kecuali luka kecil di bahagian tangan kirinya.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC |