View: 4754|Reply: 30
|
[Tempatan]
Lebih 20 peserta perhimpunan berbaur hasutan ditahan
[Copy link]
|
|
Peserta perhimpunan berbaur hasutan ditahan
Mohd Firdaus Ibrahim & Fardy Bungga
[email protected]
Sebahagian peserta perhimpunan yang ditahan dan kawalan daripada polis. FOTO Mohd Firdaus Ibrahim, Hafiz Sohaimi & Saddam Yusoff
Kuala Lumpur: Lebih 20 individu yang juga peserta perhimpunan berbaur hasutan ditahan sekitar kompleks membeli-belah Sogo selepas melanggar arahan pihak berkuasa supaya bersurai.
Tangkapan mula dilakukan pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur bermula 2.20 petang selepas tiga amaran bersurai tidak dipedulikan beberapa peserta.
Terdahulu, puluhan anggota dan pegawai polis mula melakukan kawalan keselamatan bermula 1 petang.
Tinjauan wartawan mendapati, hanya beberapa peserta perhimpunan itu mula kelihatan di hadapan Sogo pada 2.10 petang.
Dua peserta berpakaian putih kelihatan mula berucap di hasapan sogo sebelum dihalang polis bertugas.
Pihak berkuasa mula melakukan tangkapan pada 2.20 petang selepas dua kali rundingan di mana pasukan polis mengarahkan peserta terbabit bersurai tidak diendahkan peserta.
Susulan penahanan itu, penangkapan peserta lain terus dilakukan pihak berkuasa dan pada masa sama polis terus mengarahkan peserta dan pengunjung Sogo supaya bersurai dan mengosongkan pusat membeli-belah itu.
Disebabkan kedegilan peserta, mereka semua ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) untuk tindakan lanjut. Sumber memberitahu Harian Metro, sehingga 3.30 petang seramai lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahan.
Penahanan peserta perhimpunan itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Abu Samah ketika ditemui Harian Metro di lokasi perhimpunan.
Menurutnya, keadaan terkawal pada 3.30 petang.
Katanya, penahanan itu dilakukan pihaknya selepas keengganan peserta perhimpunan bersurai biarpun diarahkan berbuat demikian.
Tambahnya, penahanan peserta perhimpunan itu dilakukan kerana mereka tidak mendapat kebenaran untuk berhimpun selain mengganggu perniagaan serta lalu lintas di kawasan berkenaan.
Terdahulu, pada 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pada sidang media memberitahu tiga pihak penganjur ditahan selain menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang melanggar undang-undang itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:23 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67569#sthash.kT63cURj.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti geng2 #sayazahra yg merusuh |
|
|
|
|
|
|
|
melayu rasis umno yg selama ni kalau ada pwrhimpunan mesti kata ni kerja nuar dap dan cina ni mesti dah malu2 nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
geng lawyer lagi kena tangkap lagi naik markah dalam resume |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..sb kalo korang x wat demo,muka korang x siapa kenal.Nk terkenal cm bill gates,korang 'pe pon tarak'. |
|
|
|
|
|
|
|
akan berlarutan untuk 20tahun lagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu cina India kena tgkp erkkkk nampak gak 1 malaysia glgn pemuda ni |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni org2 muda yg betul2 memahami permainan politik @ sekadar ikut ikutan sahaja.....
pemimpin tu cerminan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang lebih ramai ni? polis ke penonton ke reporter ke atau yang berdemo? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan takde yang turn up. Maklumlah busy gasak lemang dan ketupat kat open house. |
|
|
|
|
|
|
|
Asik2 sogo... Apsal x buat kat klcc atau depan asean leaders nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
ape nk jd dgn malaysia skrg....
adakah masih aman? |
|
|
|
|
|
|
|
attention seekers.... lebih baik ko buat dubsmash |
|
|
|
|
|
|
|
nape pendemo nampak macam gelandangan dan takda masa depan??
bangkem rasa penyokong pr dalam cari forum pon camtu in real life |
|
|
|
|
|
|
|
cuba najib bagi je dewan yg ada aircon gerenti kdaan xkn jd cmni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori replied at 1-8-2015 10:57 PM
Abg Mat mana ko mintak tolong tu?? Mat sabun ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
bang mat mana lagi?...mah bau burxt mah lah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|