Ramai Terharu Tindakan Mak Cik Ini Terhadap Suaminya
Aug 1, 2015
DALAM menjalani kehidupan rumah tangga, selain daripada kasih sayang, amalan hormat menghormati terhadap pasangan merupakan antara rahsia paling penting dalam mencapai kebahagian.
Malangnya, tidak semua suami isteri alaf ini mampu mengamalkan amalan ini ekoran tidak sabar dan memendam rasa keegoan yang melampau.
Oleh itu, kesempatan ini kami ingin berkongsi kisah sepasangan suami isteri yang layak dijadikan tauladan buat semua.
Kisah ini sebenarnya disaksikan oleh seorang hamba yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Kisah tentang kasih sayang seorang isteri yang menjaga adab-adab terhadap suaminya ini wajar dicontohi dan dijadikan tauladan buat semua isteri.
“Selepas makan, mata saya terpaku dengan tindakan seorang mak cik.Walaupun dalam keadaan uzur , beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Saya terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dengan air paip tersebut.
“Sekembalinya mak cik tersebut ke meja makan, beliau membasuh tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja.
“Subahanaallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringas yang sukar dilihat pada hari ini.
“Ramai takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami,” tulis netizen tersebut.
Perkongsian kisah pasangan suami isteri ini sekali gus menjadi viral dan membuatkan ramai yang tersentuh hati.
Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan ini hanya berlaku satu dalam sejuta.
Pastinya, suaminya mak cik ini juga merupakan seorang suami yang baik dan hebat sehingga mampu mendidik isterinya sebegitu hormat dan sayang terhadap.
Masya Allah… semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua pasangan suami isteri. – MYNEWSHUB.CC
Post time 1-8-2015 04:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Oh...Kisah menghambakan diri untuk suami terlampau normal kat malaysia. Malahan sanggup mati dibunuh suami mental pun ada. Nothing new...dari dulu hingga sekarang suami dianggap raja dlm keluarga melayu dan ianya dianggap sgt ideal...
Maaf, jika ini yg dikagumi, memang parah lah. Kalau pokcik itu lumpuh, tak berkaki, ok, ambo ghase ok jah mokcik menolong. Kalau sesama tua uzur, mokcik pula yg gigih melayan pokcik bak putera raja, memang hazablah...
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka gambar/video mereka disebar kat alam siber walau untuk sebab apa sekalipun..
laknat tol org yg x reti nak respek privasi org lain nih
Post time 1-8-2015 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 04:09 PM
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka ...
Setujulah...kurang2 padamkan muka ker..ni sah2 nampak muka dorg..anak2 m cik p cik tu ada dapat tak gambar ni?
Bencilah orang suka2 amik gambar orang lain n share2 tanpa kebenaran ni..xtau adab lansung...
Post time 1-8-2015 04:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tah mintak kebenaran ke tak nak share2 kan gambar makbapak org kat public. Konon2nya pemerhati dan concerned sgt lah org2 yg ambik pic org lain kat public lepas tu tulis cerita buat konklusi sendiri. Ni org tua, kalau budak2 kecik anak korang org sharekan kat forum nak?
Post time 1-8-2015 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 04:09 PM
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka ...
Kan? Ai cukup tak suka org yg snap2 gambar lepas tu buat cerita apa2. Yg selalunye snap yg buruk2. Keter tu potong dia lah, tak bagi signal lah. Cerita sebelah pihak. Kalau fb melayu pulak suka benar snap pic mcm ni pas tu karang cerita panjang2 berceramah. Nak sgt jadi viral.