CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6057|Reply: 28

[Tempatan] Lupakan 1MDB & Najib, Penguatkuasa Serbu Lowyat

[Copy link]
Post time 31-7-2015 09:04 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI penguat kuasa memeriksa sebahagian aksesori telefon bimbit palsu yang dirampas dalam serbuan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbAit tiruan bernilai RM150,990 dalam pemeriksaan mengejut yang diadakan di Plaza Low Yat pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

Menurut beliau, kakitangan Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan di situ selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi berkenaan disertai sebanyak 110 anggota penguat kuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Tambahnya, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan terdapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain mendidik penjual supaya mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300886800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat kami,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.v1oF2vij.dpuf


Dah lah tu..lupakan Ds Najib dan 1MDB tu..mari kembali pada Isu peniaga penipu..yang ni yang kita kena tumpukan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 09:08 AM | Show all posts
aiseh aksesori je, ntah2 pesen lama punya yg org dah x pakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 09:23 AM | Show all posts
c===8 replied at 31-7-2015 09:08 AM
aiseh aksesori je, ntah2 pesen lama punya yg org dah x pakai

mungkin juga charger, battery, earphone.. al maklumlah..dah bagi warning awal pada lowyat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:26 AM | Show all posts
aku igt henpon tiruan rupanya aksesori tiruan





lepas ni macai rasis kena beli aksesori ori je laaa..jgn mimpi nak beli housing rm20 lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 09:28 AM | Show all posts
kecimpret replied at 31-7-2015 09:26 AM
aku igt henpon tiruan rupanya aksesori tiruan

bukan xboleh jual barang murah..boleh jer..tapi jual sebagai tiada jenama lah..contoh housing, charger, earphone bagai tu..

ni xnak kalah..charger original katanya..kalau kedai lain rm 70..dia jual rm 40 sahaja..padahal charger tiruan..orang lain jual rm 10 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:42 AM | Show all posts
cam nak alih perhatian jah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 09:44 AM | Show all posts
kedai gajet666 baik bersiap sedia, mesti kpdnkk akan serbu sebab nak jaga hati tokey2 kat loyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 09:45 AM | Show all posts
kodokbawang replied at 31-7-2015 09:42 AM
cam nak alih perhatian jah....

korang ni xabis-abis alih perhatian..macam lah pada sesuatu masa hanya satu isu jer patut diselesaikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 10:02 AM | Show all posts
kecimpret replied at 31-7-2015 09:26 AM
aku igt henpon tiruan rupanya aksesori tiruan

kan dah kata hari tu...melayu pprt ni pergi lowyat nak beli charger jenama samsung tapi murah, dalam 15 hinggit...bila rosak, mula lah komplen...
eh, eh...tak ori rupanya...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh terbukti memang ada brg tiruan kt situ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:09 AM | Show all posts
Dah ada insiden kekecohan baru KPDNKK nak amek tindakan... Padahal dah bezaman dah orang duk report... tindakan tak penah ambik pon...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:12 AM | Show all posts
tiruan ok kalu dikata tiruan..

yg tak ok...tiruan di kata ORI....faham2 ke non-maleis x racis?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:13 AM | Show all posts
freebird replied at 31-7-2015 10:02 AM
kan dah kata hari tu...melayu pprt ni pergi lowyat nak beli charger jenama samsung tapi murah, dal ...

mmg selayaknya lah ditipu



lepas ni gi beli kat gadgetsworld 666 plak..situ jual original jerrrrr..kalo rosak jgn komplen sbb tokey dia melayu Islam..redha je laa anggap sbg amal jariah

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aksesori tiruan kita rugi rm 20 juta...yg 1 mdb tu billion billion...kira rm juta terkesan lagillah Dr billion billion ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:26 AM | Show all posts
benda 10 hinggit....dijual cam ori.....adoyai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 10:36 AM | Show all posts
freebird replied at 31-7-2015 10:02 AM
kan dah kata hari tu...melayu pprt ni pergi lowyat nak beli charger jenama samsung tapi murah, dal ...

handphone tiruan dah kena sorok jer tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2015 10:37 AM | Show all posts
harisbee replied at 31-7-2015 10:12 AM
tiruan ok kalu dikata tiruan..

yg tak ok...tiruan di kata ORI....faham2 ke non-maleis x racis?

betul tu..jual charger tiruan..tulis lah charger for hp apa sudah lah..dah lah tiruan..kotak semua pun gambar samsung..harga pun tampal harga samsung..then bagi murah-murah kononnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 10:38 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 31-7-2015 10:23 AM
Aksesori tiruan kita rugi rm 20 juta...yg 1 mdb tu billion billion...kira rm juta terkesan lagillah  ...

xkisahlah rm 10 ke rm 42 billion ke..top to bottom kena clear..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 11:14 AM | Show all posts
kecimpret replied at 31-7-2015 10:13 AM
mmg selayaknya lah ditipu

ada ke ke ostad 666 tu nak jual charger samsung ori harga puluh2 ringgit...
dia nak harap pelanggan2 camna yang datang beli??? dari obersea ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 11:31 AM | Show all posts
itu dia. first task AZH lps jadi tpm.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.261207 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list