CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13003|Reply: 89

[Jenayah] Gabenor Bank Negara antara disenarai berkonspirasi jatuhkan kerajaan?

[Copy link]
Post time 29-7-2015 09:23 PM | Show all posts |Read mode


BANGI, Rabu – Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah antara nama yang termasuk dalam satu senarai kumpulan yang didakwa merancang konspirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, lapor sebuah laman web.
Mula beredar di internet sejak semalam, turut menyertai senarai itu adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bersama 10 lagi yang lain yang dilabel sebagai ‘Senarai Konspirator Melawan Kerajaan Yang Dipilih Secara Demokratik, Paling Dikehendaki’.
Mereka yang lain ialah:
1. Shamsuddin Mohd Mahayidin (Pengurusan Pertukaran Wang Asing BNM);
2. Abdul Rahman Hussein (Pengurusan Risiko BNM);
3. Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM);
4. Datuk Tan Kang Sai (Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM);
5. Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh (Anggota Lembaga Penasihat Anti Rasuah – SPRM);
6. Jessica Gurmeet Kaur D/O Nashattar Singh (Ketua Sekretariat Jabatan Pentadbiran dan Kewangan);
7. Dr Tong Kooi Ong (Pengerusi Eksekutif The Edge);
8. Ho Kay Tat (Pengerusi Kumpulan The Edge Communications Sdn Bhd);
9. Clare Rewcastle Brown (Pengarang Sarawak Report);
10. Sufi Yusof (Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad); dan
11. Tony Pua (Ahli Parlimen DAP).
Beberapa orang daripada mereka yang disenaraikan itu juga didakwa terbabit mencuri data kerajaan dan mempunyai akses kepada sindiket pengubahan wang haram antarabangsa.
Pendedahan mengenai senarai itu dimuatkan dalam blog therecounter.wordpress.com yang dimuat naik semalam dengan tajuk ‘Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into conspirators’.
Mengikut laporan itu, kumpulan 12 orang ini juga dikatakan akan disiasat pihak polis mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu merujuk kepada kesalahan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen’.

Peruntukan utama ialah Seksyen 124B yang menyebut: “Barang siapa dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun”.
Bagi Seksyen 124C: “Sesiapa yang cuba untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan persediaan dengannya hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun”.
Bagi Seksyen 124D (1): “Sesiapa dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, cetakan, penerbitans, menjual, mengedar atau mengeluarkan semula apa-apa dokumen atau penerbitan memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun”.
Dan bagi Seksyen 124E (1): “Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang sah, ada dalam milikannya apa-apa dokumen atau penerbitan memudaratkan demokrasi berparlimen atau apa-apa cabutan daripadanya, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun”.
Difahamkan, Mohamad Fuzi Harun yang semalam dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat, bakal mengetuai siasatan ini, terhadap kumpulan ini.

http://www.ismaweb.net/2015/07/g ... -jatuhkan-kerajaan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 09:25 PM | Show all posts
dah keluar cerita skandal.. pandai betul orang2 rosmah buat kerja untuk selamatkan laki dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku betul meniaga popcorn skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la episod ni berlalu. Kita kwna kerja dan carik makan. Kalau hanya meruntuhkan individu atau parti lantakla... Negara yg runyuh bukan senang nak stabil.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bole blah ayat dia...nak jatuhkan kerajaan demokrasi berparlimen

Kalau camtu nak dakwa najib kira nak jatuhkan kerajaan la.. Pelik malaysia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:53 PM | Show all posts
Drama banyak lagi siri ni nampaknya

Zeti ahtar pun dah masuk hospital
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 09:58 PM | Show all posts
dari apa yang aku dengar dan baca selama ni, Bank Negara mana2 pun ada sesetengah transaction yang mereka cuma boleh kesan jumlah nya tapi tak boleh tau siapa yang berurusan, kecuali ia nya dah jadi kes jenayah, ni belum masuk negara2 yang bank secrecy nya cukup kuat seperti yang ada di pusat2 tax haven seluruh dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak punya bangsat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 10:04 PM | Show all posts

Ops Lalang 2015: Cawangan Khas ketuai Siasatan Terhadap Dalang Konspirasi

Ops Lalang 2015: Cawangan Khas ketuai Siasatan Terhadap Dalang Konspirasi       
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:04 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 29-7-2015 09:53 PM
Drama banyak lagi siri ni nampaknya

Zeti ahtar pun dah masuk hospital

Kena kanser payudara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:05 PM | Show all posts
orang dah biasa letopkan orang ni, benda2 lain tu small matter lah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:07 PM | Show all posts
bunyi sangat RPK skali sahibulhikayat ini...gunalah apa pseudonym pun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:09 PM | Show all posts
hzln replied at 29-7-2015 10:07 PM
bunyi sangat RPK skali sahibulhikayat ini...gunalah apa pseudonym pun...

hari tu, katanya ada 3 tan sri....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia da tuka xmkn popcorn..

Sempena syawal yg mulia ni mia mkn nasi impit kuah kachang jah

Jibby nk ganti zeti nan adik nyer nazzy kew??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila both sided play the politic game...ingat che det jer tere ke.....lets the ball rolling & rolling..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:28 PM | Show all posts
ismaweb? dari parti ISMA? malas nak click link tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 10:31 PM | Show all posts
semak pulak rasanya hari ni bila wall fb dipenuhi kisah2 syahdu di aidlifitri politik malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:32 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 29-7-2015 10:28 PM
ismaweb? dari parti ISMA? malas nak click link tu

ececehhh

tetiba komen letak smiley

kengkunun cool la tak terkesan dengan komen bangkem

padahal dalam hati menangis dan menahan gelora
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 29-7-2015 02:32 PM
ececehhh

tetiba komen letak smiley

Ko dh buta ker..mana pulak smiley nyer sis
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:39 PM | Show all posts
yang ni hebat najib mengalahkan mahathir. semua yang kritik najib akan kena lebel konspirator yang nak jatuhkan kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073248 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list