CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3095|Reply: 18

[Dunia] Budak dipukul kerana jual tisu

[Copy link]
Post time 29-7-2015 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Kerana tisu

Izmir, Turki: Gambar seorang budak lelaki pelarian Syria yang dipukul beberapa pekerja restoran di bandar ini kerana menjual tisu mencetuskan kemarahan dan simpati penduduk di Turki.

Ahmed Hamdo Abeyd yang menjual tisu sebagai sumber pendapatan dipukul pekerja restoran berkenaan kerana dikatakan mengganggu pelanggan.

“Saya hanya menjual tisu. Ketika mahu menjual tisu kepada seorang wanita tiba-tiba sekumpulan lelaki menarik saya dan terus memukul saya.

“Mereka memijak saya sehingga pengsan,” katanya kepada akhbar Hurriyet Daily .

Menurut akhbar itu, beberapa penduduk kemudian menyiram air pada Ahmed untuk menyedarkannya.

Gambar Ahmed yang menangis dengan hidung berdarah mendapat simpati Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Beliau mengarahkan pemimpin tempatan untuk mencari kanak-kanak itu dan memberikannya tempat tinggal.

Seorang pengguna Twitter pula mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menghukum pepekerja restoran berkenaan.

“Air mata saya mengalir melihat kejadian itu dan berharap pekerja restoran berkenaan dikenakan tindakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:48 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66789


SEKUMPULAN pekerja restoran  memukul Ahmed.



GAMBAR Ahmed yang menangis  meraih simpati penduduk di Turki.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 03:32 PM | Show all posts
keciannnnn c ahmed ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:39 PM | Show all posts
melampau sampai buat budak tu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kew kijams bebeno deme nehhhhh...hadessssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
perangai macam setan !!!.

xberperikemanusiaan langsung. :
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:57 PM | Show all posts
perangai mengalah penganas ISIS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 04:17 PM | Show all posts
kesiannya dia............
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 04:37 PM | Show all posts
sedihnya tgk gambo ni... iols dr pagi smpi ke petang ni sedey...pg td dtg opis terima brita opismate rumah terbakar sekali mengorbankan dua2 anak pompuannya...dh la isteri br meninggal thn lps sbb breast kanser...sory mod off topic tp blues je rs hati ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 04:55 PM | Show all posts
Tgk video bdk kat Bangladesh kena ikat dan pukul sampai mati..lebih kurang crita mcm nie.
Dituduh mencuri yg tidak dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:00 PM | Show all posts
amon_79 replied at 29-7-2015 04:37 PM
sedihnya tgk gambo ni... iols dr pagi smpi ke petang ni sedey...pg td dtg opis terima brita opismate ...

uols sedih nye..
anak2 dia umur berapa?
macam mana boleh terperangkap?
umah terkunci?
ada anak yang lain terselamat?
baru lepas berhari raya..

sori ot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... Yang memukul tu semua badan besar...tapi otak kecik! :
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg jual barang/mengemis masa makan ni mmg mengganggu. Aku pun tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ko tengok muka
dia tu..tengok dalam mata dia..betapa sedihnya dia kena sepak terajang macam tu dah la keding kecik, dia nak cari duit halal je

nasib baik pengsan, kurang2 pause kejab rasa sakit tu

harap2 nasib dia terbela sampai besar nanti..Mummy doa Ahmed sentiasa dlm lindungan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:22 PM | Show all posts
aku paling respek restoran Thailand yang amat tolerant dengan gangguan penjual2 jalanan ni....

kalau jual tisu tu OK lagi, yang lawaknya dorang jual buah potong sebijik macam yang restoran tu jual except cheaper....

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt sini pun ramai pengemis jual tisu kat tempat mkn..memang annoying
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:09 PM | Show all posts
siannn budak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 01:41 AM | Show all posts
Jual tisu dann mengemis adalah dua hal yg berbeza... Pengemis=meminta wang dan orang hulurkan. Sedangkan penjual tisu ni bukan pengemis sebab dia jual barang bukan meminta. Itu bezanya!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 07:09 AM | Show all posts
bukankah umah turki nie nak selamatkan warga rohingyas yg ditindas kapiaq myanmar?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:09 AM | Show all posts
hanamunir replied at 29-7-2015 06:00 PM
uols sedih nye..
anak2 dia umur berapa?
macam mana boleh terperangkap?

maaf Ot yer mod...

anaknya dua tu je... umur 12 dn 15 tahun...skrg beliau dh tinggal sebatang kara...dr siasatan awal neneknya dh perasan ada kebakaran dibhgn tengah rumah...keluar minta tolong jiran padam api..dlm ms yg sama neneknya sangka cucu2 sudah ikut keluar sbb katanya nmpk kelibat kat blakang cucu2nya lari keluar sama... yg si kakak mmg ikut keluar siap gi ketuk umah pak sedara jiran sblh dn pak sedara pon mmg buka pintu nmpk anak sedaranya tp anak sedaranya terus je patah balik xsempat nk tahan...kakaknya nk gi selamat adik tgh tido...kejadian dlm kul 11.50mlm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062132 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list