CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37030|Reply: 225

Sakit kanser usus: Pic Hazami terkini ~ #217 - makin sembuh namun masih dpantau

[Copy link]
Post time 28-7-2015 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 17-8-2015 10:58 PM


Ini bukan kali pertama penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Sonata Musim Salju, Hazami menghilangkan diri. Dan kali ini hampir tiga tahun dia menyepi.
Dalam tempoh itu, ramai yang bertanya ke mana dia pergi dan mengapa Hazami atau nama sebenarnya, Norkamal Hazami Ahmad bertindak demikian. Adakah dia merajuk dengan industri muzik tempatan?
Selain itu pelbagai dakwaan ditimbulkan orang keliling membabitkan kehilangan Hazami dan antara spekulasi kononnya dia sakit dan perlu berehat panjang.
Ada yang menunjukkan keprihatinan mereka dengan bertanyakan sendiri menerusi Facebook milik penyanyi itu seraya mendoakan agar kesihatan Hazami kembali pulih dan dapat menghiburkan mereka dengan lagu balada ciptaannya yang mengusik jiwa.

Hadir menjalani sesi fotografi bersama Selebriti baru-baru ini, Hazami tampil menjelaskan kedudukan sebenar cerita kurang enak membabitkan kesihatannya.“Saya tidak sakit. Alhamdulillah! saya sihat walafiat. Saya tidak tahu dari mana mereka dengar kononnya saya kurang sihat. Ada juga peminat yang bertanya menerusi Facebook sejauh mana kebenaran khabar angin mengatakan saya sakit.
“Saya senyap bukan kerana sakit. Tapi sebab lain. Sepanjang saya duduk diam di rumah, berat saya naik mencecah 72 kilogram. Apabila saya buat keputusan muncul balik saya pun diet dan sekarang ini berat saya kembali normal iaitu 52 kilogram.
“Kalau ada yang melihat saya sekarang ini sudah kurus, saya mahu nyatakan bukan kerana sakit. Saya memang sengaja menurunkan berat badan. Kalau saya sakit, kulit saya tidak akan kelihatan sihat seperti ini,” katanya.
Bertanya lebih lanjut mengenai punca sebenar Hazami berehat panjang, pemenang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu di majlis Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) itu diam seketika mencari kata-kata sesuai untuk menjelaskan keadaan sebenar sekali gus mengelak timbulnya salah faham.
Kata Hazami, sepanjang tempoh menyepi itu satu persatu perkara kurang menyenangkan berlaku dalam hidupnya. Dia pula jenis manusia yang suka memendam perasaan. Apabila sudah mencapai tahap maksimum, dia tidak lagi dapat membendung perasaan maka terus mengurung diri.
“Sepanjang karier saya, banyak perkara menyedihkan terjadi. Satu demi satu, semua datang bertalu-talu. Saya ada projek dengan Izwan Pilus dan Sharifah Aini, tetapi mereka pergi dulu. Projek saya terbengkalai. Saya rasa kehilangan apabila seorang demi seorang pergi.

“Pada saat emosi saya pulih, datang pula benda baru yang mengganggu perasaan. Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini. Memang saya sendiri membuat keputusan untuk berdiam diri.
“Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu saya banyak belajar mengenai kehidupan. Situasi itu mengubah pandangan hidup saya dan penyampaian mesej dalam lagu. Bulan lepas, saya masih belum bersedia untuk kembali aktif. Tapi, syarikat pengurusan banyak memberikan semangat,” katanya.
Walaupun sepanjang tempoh itu Hazami tidak mengadakan sebarang persembahan mahupun menghasilkan lagu, tetapi dia aktif menulis lirik serta berduet dengan abangnya, Norakmal Azhary Ahmad dan Addin menerusi lagu Kau Pelita Hati.

Kata Hazami, sejak membuat keputusan untuk kembali aktif, dia banyak memenuhi jemputan mengadakan persembahan. Dia mengakui agak terkejut kerana tetamu masih mengingati karya yang pernah dihasilkan dan boleh menyanyi bersama dengannya.

“Saya terharu kerana walaupun sudah lama tidak aktif tetapi peminat masih ingat lagu saya. Malahan saya terkejut kerana ada antara tetamu pertengahan 20-an yang menyanyi bersama saya.
“Saya tidak menjangkakan situasi ini. Pada tanggapan saya, mereka sudah lupa siapa Hazami kerana sudah lama tidak keluar dengan lagu baru. Tetapi keadaan sebaliknya. Saya sangat menghargai sokongan mereka. Saya kagum kerana mereka sehingga sekarang sabar menunggu untuk saya muncul kembali,” katanya.
Kata Hazami, walaupun dia sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian, namun sehingga kini setiap kali dia mengadakan persembahan, pasti timbul perasaan was-was.
Dia sentiasa mempunyai rasa takut tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik serta menghiburkan peminat dan tetamu dalam sesebuah majlis. Bagaimanapun, sebagai seorang profesional, dia berpuas hati apabila setiap kali melihat reaksi peminat yang menonton persembahannya.
Bakal muncul dengan album kelapan, itu akan memuatkan 15 buah lagu termasuk lapan lagu baru. Kata Hazami, itu adalah hadiah dan tanda terima kasih kepada peminat yang setia dengannya. Diharapkan album itu dapat mengubat rindu peminat.
“Ramai peminat bertanya menerusi laman sosial Facebook mengenai lagu baru saya. Apabila pertanyaan itu kerap diajukan, saya mengambil keputusan untuk merakamkan beberapa lagu agar dapat mengubat rindu mereka.
“Walaupun tidak aktif, saya tetap mengikuti perkembangan industri muzik. Tidak dinafikan terlalu banyak perubahan. Permintaan dan selera pendengar juga sudah berubah. Mereka sukakan lagu santai seperti lagu Najwa Latif.
“Dalam pembikinan lagu, saya harus mengikut arus muzik pada masa kini. Namun, tidak boleh terlalu lari dengan identiti diri. Ada beberapa lagu yang saya terpaksa rombak banyak kali kerana ia mengikut selera pendengar tetapi identiti saya tiada,” kata Hazami mengakhiri bicara.

sumber : harian metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2015 11:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
i igt mimi one nation mc
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:46 AM | Show all posts
so apa lagu baharu heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:48 AM | Show all posts
i ingat mimi abam si misya omar.

sekali hazami

next!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:50 AM | Show all posts
ingtkn spa la kak mimi ni.. tipah ttipu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2015 11:53 AM | Show all posts
tetiba teringat kt Whitney bila tgk gmbr dia ni...





Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:53 AM | Show all posts
Welcome back kak Mimi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 11:59 AM | Show all posts
ler hakimi...hazimi...hazama......erk....hazami ker.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:02 PM | Show all posts
hazami!! err kurus bebeno neh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:03 PM | Show all posts
Kak MImi???

Teringat dolu2 masa mula2 kak mimi nk munculkan diri sbb lagu sonata musim salju femes...konon2 x mau tunjuk muka la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
freekey replied at 28-7-2015 11:53 AM
tetiba teringat kt Whitney bila tgk gmbr dia ni...

Meols dengar Nora Ariffin melaram bag immy petaling street masa jumpa Amelina baru2 ni..almaklumlah rakan cemolot dolu2..bila reunion haruslah mek nora namau kalah khenn? What say u?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:04 PM | Show all posts
ingatkan kak mimi mana tadik.... hazami rupanya..... kurusnya heshe skang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:06 PM | Show all posts
Hoihhh lain nya muka ! Ingat sapa td..

kwn aku yg cina pun tau lagu dia katakanlah ucapkanlah bagai tu  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:07 PM | Show all posts
kurus laa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:10 PM | Show all posts
kurusnya beliauuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 12:10 PM | Show all posts
laa...knapa kurus bena...


lain nya hazami sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:12 PM | Show all posts
freekey replied at 28-7-2015 11:53 AM
tetiba teringat kt Whitney bila tgk gmbr dia ni...

smlm tgk berita, anak Whitney Houston mati..muda lagi..masalah drug juge ke

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 12:14 PM | Show all posts
alieyrina replied at 28-7-2015 12:06 PM
Hoihhh lain nya muka ! Ingat sapa td..

kwn aku yg cina pun tau lagu dia katakanlah ucapkanlah bag ...

sedappp lagu tu kann...

lagu tu kak mimi menang vokal terbaik masa AJL....kalahkan jac ..yg disebut2 feveret utk menang di kala itu...  harus ada kontroversi juaa masa tu...


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 12:16 PM | Show all posts
gitu rupanya...igt sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list