CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4506|Reply: 10

Rakaman dan Ulang Tayang Imej Hantu

[Copy link]
Post time 24-7-2015 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by theskems at 27-7-2015 09:31 AM

Aku ada baca dulu satu buku yang mana penulis dia guna approach 100% berdasarkan saintifik untuk eksplain kejadian-kejadian paranormal terutama hantu. Penulis ni orang England.

Tak ingat banyak sebab masa tu aku sekolah lagi and buku tu baca kat library jadi aku memang ingat-ingat lupa details dia. Jadi agak ringkas la apa yang aku tulis ni. Ada satu kajian dia buat dekat satu Istana lama England. Orang cakap selalu nampak askar zaman dulu (knights in armor) berlegar-legar dalam istana walhal takde orang dalam istana tu.

Jadi dia pergi ke lokasi iaitu satu koridor dalam istana yang selalu nampak penampakan dan dia pun duduk kat situ tunggu dan observe. Tak pasti berapa lama dia tunggu tapi akhirnya dia nampak bayangan troop askar lalu kat koridor tu lalu melintasi dia tanpa mempedulikan dia dan hilang. Dia cepat2 rekod keadaan sekeliling macam masa, suhu, EMF (electro magnetic field), hujan ke tak etc. Dia perasan masa tu keadaan baru lepas hujan dan ada air lalu kat celah2 batu dinding waktu kejadian berlaku.

Jadi dia tunggu lagi the next time keadaan sama selepas hujan, lebih kurang waktu sama kejadian dan nampak lah lagi bayangan askar lalu dekat koridor tu. Sama cara jalan semua sama lepas tu hilang. Dia buat kesimpulan apa yang dia nampak adalah playback atau ulang tayang apa yang berlaku zaman dahulu. Mungkin air yang mengalir celah2 batu dan suhu pada ketika itu somehow telah membolehkan kondisi itu area tu memainkan semula kejadian beratus tahun dahulu. Mungkin juga ada kondisi yang berlaku yang membolehkan imej askar lalu tu jugak terakam ketika waktu itu.

Wallahualam betul atau tak tapi kalau kita pikir secara logik macam mana sehelai plastik tape boleh rakam imej dan suara untuk dimainkan semula melalui sistem kaca dan filamen i.e. teknologi video dan audio. Cuma bezanya video dan audio dah ditetapkan condition dia supaya boleh record dan playback pada bila bila masa. Tetapi record dan playback secara semulajadi bergantung kepada kondisi sekeliling yang sentiasa berubah. Tu yang kadang ada kadang takde penampakan imej hantu. Ia bergantung kepada keadaan sekeliling.

Penampakan volkswagen kuning mungkin berkait dengan fenomena ni. Tu yang ramai boleh describe kejadian yang sama. Mungkin setengah section jalan direkod tapi setengah section tak direkod. Tu yang tiba-tiba volkswagen kuning yang dah kene potong tiba-tiba boleh ada kat depan balik.

Suara budak budak ketawa, perempuan menangis jugak mungkin direkod oleh dinding dalam kondisi tertentu dan dimainkan balik dalam kondisi tertentu. Ini hanyalah andaian aku dan tak dinafikan memang wujud permainan jin dan syaitan disamping fenomena ini.

Apa pendapat korang? Mungkin ke kejadian record dan playback ni boleh terjadi dengan semulajadi?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 01:30 PM | Show all posts
macam menarik dan make sense
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 01:40 PM | Show all posts
penah baca artikel ni dulu....
tapi lama sangat dah dan lupa details...
iols pn setuju yang sesetengah kes mungkin boleh jadik macam yang penulis tu kaji....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya....sekeliling nie jadi mcm video rekod, bila kena pada suhu dan cuaca sepatutnya. Imej2 lama yg direkod akan trigger balek, menarik gak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 09:15 AM | Show all posts
lagi apa yang TT baca?? kongsikan la lagi..menarik topic nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 09:54 AM | Show all posts
brown93 replied at 26-7-2015 09:15 AM
lagi apa yang TT baca?? kongsikan la lagi..menarik topic nih..

Aku baru jumpa info pasal penulis ni. Thomas Charles Lethbridge (1901-1971), seorang ahli arkeologi, pengkaji paranormal dan pengembara.

Dia argue lagi yang dalam diri manusia, emosi kita membantu kita dalam memegang sesuatu cebisan memori. Thats why kita boleh ingat dengan detail kejadian yang amat menggembirakan kita as well as kejadian yang traumatik dan menakutkan dalam hidup kita. Sebab tahap emosi kita time tu sangat tinggi tak kiralah positive atau negative. Thats why perempuan pun selalu dikaitkan dengan kekuatan memori sebab tahap emosi perempuan lebih tinggi dari lelaki tapi ini kira topik lain sudah.

Apa yang penulis ni cuba sampaikan thats why hanya kejadian yang emotional dan traumatik dapat direkod oleh alam sekeliling disebabkan gelombang elektrik mental yang direlease oleh kejadian seperti pembunuhan atau kemalangan yang mana penuh emosi takut, marah, kecewa, sedih. Dengan gelombang cas emosi ni ikut teori Penulis membantu imej kejadian dapat dirakam oleh alam sekeliling dalam kondisi tertentu.

Lagi dua kejadian yang sokong teori Penulis ni:

1. Imej hantu berjalan tembus dinding. Kemungkinan ketika recording struktur bangunan zaman dahulu tak sama macam yang wujud sekarang jadi imej yang dirakam melalui laluan zaman dahulu yang sebelum ini tidak ada dinding di laluan tersebut.

2. Imej hantu memakai pakaian zaman dahulu (tapi di Malaysia selalu baju standard ponti dan pocong).



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2015 09:43 AM | Show all posts
macam logik..tapi macam mana alam sekitar merekod gelombang positif/negatif tu? mcm mana proses nya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 05:21 PM | Show all posts
owh..boleh ekk mcm gitu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
brown93 replied at 17-9-2015 09:43 AM
macam logik..tapi macam mana alam sekitar merekod gelombang positif/negatif tu? mcm mana proses nya?

Sy rasa dari sudut pandang cas2 positif dan negatif di udara. Even manusia pun menghasilkan cas2 energi posiitf dan negatif tu. Lagipun, sebenarnya alam bertindak balas dengan sekeliling. Nak hurai ilmu tak sampai tahap tu.

TapI ini semua science. SCience itu pun sebahagian daripada al quran. Dalam science itu ada pengetahuan betapa besarnya kuasa Allah. Seluruh isi alam di dunia takkan mencakupi tentang ilmu Allah.

Sebab tu orang barat, kenapa hampir setiap zaman perihal mesin masa selalu dorang naikkann? Sebab dorang suka kaji sampai tahap yg paling tiny things tu. Tp semua tu rahsia Allah. Kita yg percaya Allah, tahu yg tiada siapa mampu kembali ke masa lalu atau masa hadapan. Atas izin Allah je la. (Tp ini pengetahuan lain.)

Sama juga pada sesetengah insan yg mampu melihat masa lepas seseorang mahupun sesuatu. Sbg contoh: ada yg mampu melihat apa yg pernah terjadi di sesuatu kawasan itu apabila dia melihat kawasan itu at the present time. Kenapa? Rasanya ia pun memang ada hubungkait juga dengan tindak balas alam dan energi dari seseorang itu juga.

Tapi apapun, kita tahu alam ghaib itu ada. Ia cuma pemahaman dari sudut yg berbeza. Sbb mcm sy pun, selalu fikirkan yg logik dahulu baru fikir yg diluar logik. Tak tolak kedua2nya. Sebab dua2 ada dalam al quran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku faham segala hantu2 ni jelmaan jin, dan jin tu dari dimensi lain. Tt hurai dpd perspektif sains, teruskan kupasan  tt, sgt menarik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2016 03:35 PM | Show all posts
aerolz replied at 17-9-2015 08:14 PM
Sy rasa dari sudut pandang cas2 positif dan negatif di udara. Even manusia pun menghasilkan cas2 e ...

Masa adik aku hijab belum tutup, dia boleh nampak kalau orang bacakan air dengan ayat al-quran, air tu dia describe jadi macam pelangi/bercahaya.. Masa tu dia baru umur 6 tahun..

Tapi sebab di samping dapat tengok benda2 ajaib ni dia jugak tak tahan asyik kene kacau (sebab depa boleh perasan orang yang hijab terbukak) so panggil suami kawan mak aku yang pandai berubat tutupkan hijab.. Tapi kene buat perjanjian sebab hijab terbukak ni sebab saka yang nak mendamping adik aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065692 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list