Esok raya!!! Eh, anak bulan belum kelihatan dah sibuk nak raya.
Sebagai makluman kepada umat Islam di Malaysia, pada lewat petang Khamis 16 Julai 2015 bersamaan 29 Ramadhan 1436 Hijrah adalah tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan Hari Raya Puasa.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah (penglihatan atau pandangan) dan Hisab perhitungan).
Selepas mendapat keputusan melihat anak bulan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. *Yang ni je yang ditunggu-tunggu kan...