Yasmin Ahmad, seorang pengarah dan penulis skrip yang terkenal dan mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semua filem dan iklan yang dihasil olehnya pasti memberi kesan yang mendalam buat setiap orang yang menontonnya. Yang paling digemari oleh masyarakat adalah iklan Petronas untuk setiap perayaan. Kita semua bukan sahaja pernah menonton, malah tidak sabar menanti tayangannya di televisyen.
Namun, siapa sangka pada tahun 2009 kita kehilangannya.
Yasmin sering menggalakkan semangat keharmonian antara kaum, karyanya menjangkaui batasan dan perbezaan budaya melalui pendekatan yang lucu, berinspirasi dan penuh kasih sayang. Walaupun negara kita mempunyai pelbagai kaum yang berbeza budaya dan latar belakang, tapi setiap tahun kita semua meraikan setiap perayaan bersama-sama di tanah bertuah ini.
Untuk Hari Raya kali ini, mari kita meneruskan perasaan kasih sayang yang telah disemai oleh Yasmin Ahmad sebelum ini.
2008 - Mak Ok Tak
Bagi kita yang sudah dewasa, sering kali dan menjadi kebiasaan kita akan mengatakan kita 'sangat sibuk, tidak ada masa lapang balik rumah', sehinggakan ada kala kita akan membawa balik kerja kita ke kampung halaman, langsung tiada masa bersama ahli keluarga yang tersayang. Namun, mak kita sering akan beritahu kepada kita, "Tak Apa, Mak Ok."
2007 - Murai
Pada masa kecil, ayah kita biasanya akan mengajar kita setiap perkataan dan setiap sebutan dengan penuh kesabaran, tapi setelah kita membesar, adakah kita juga mempunyai kesabaran yang sama sembang dengan ayah kita yang sudah tua? 'Burung Murai' dalam filem tersebut memperlihatkan keagungan kasih sayang seorang ayah.
2006 - Plastic Bowl
Seorang ayah yang sedang sakit, masihkah anda berkeinginan untuk menjaganya? Bersedia tak anda menguruskan segala rutin hariannya? Dalam filem tersebut, sepasang suami isteri melarang ayahnya makan bersama mereka di meja disebabkan ayahnya berkelakuan tidak senonoh, bahkan mereka turut beli pingan mangkuk plastik supaya ayahnya tidak akan memecahkannya lagi. Akan tetapi, pernah tak kita memikirkan, mana tahu satu hari anak kita juga berbuat sedemikian terhadap kita...
2005 - Maya
Seorang anak gadis dari masa kecil sampai ke dewasa, setiap kali mencapai kejayaan, dia akan memperolehi hadiah daripada ayahnya. Tetapi suatu hari dia ternampak seorang pemuda bantu mandikan ayahnya yang buta, anak gadis itu berfikir dalam hatinya, pemuda tersebut tidak akan memperolehi sebarang hadiah atau balasan, tetapi kenapa dia masih nak menjaga ayahnya? Sejak hari itu, dunia anak gadis itu mengalami perubahan...
2004 - Dead Heroes
Pada tahun 2004, sambutan Hari Raya dengan Deepavali adalah pada bulan yang sama, jadi iklan yang dihasilkan ketika itu mengabungkan kedua-dua perayaan dengan membawa konsep iaitu walaupun negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi kita semua boleh meraikannya bersama-sama dan menjalankan kehidupan bersama-sama.
YASMIN AHMAD ( 7hb Januari 1958 - 25hb Julai 2009 )