Kalau aktor lain dikejarkan ke unit kecemasan ekoran kejadian yang tidak diingini berkaitan adegan aksi, berbeza dengan pelakon Nicholas Tse yang baru-baru ini bergegas ke sana selepas 'diserang' oleh bahan masakan sendiri.
Pelakon kelahiran Hong Kong yang cukup popular menerusi filem Young & Dangerous: The Prequal itu mengalami kecederaan pada jarinya sewaktu penggambaran rancangan travelogue makanan, Chef Nic.
Kejadian berlaku ketika Nicholas sedang bersiap sedia untuk memasak hidangan ketam.
Sedang dia memengang seekor ketam tiba-tiba ketam tersebut mengigit jarinya. Keaadan menjadi panik kerana darah pada jarinya keluar dengan banyak. Lantas kru produksi segera memberikan pertolongan cemas.
Walau bagaimanapun, luka itu terlalu dalam dan pendarahan tidak berhenti. Nicholas segera dikejarkan ke hospital untuk menghentikan pendarahan.
Menurut pengurus Nicholas, pelakon itu telah menjalani pembedahan kecemasan selepas X-ray mendapati objek asing di dalam lukanya. Bagaimanapun keadaan Nicholas beransur baik selepas menjalani pembedahan tersebut.
- mD
|