CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2711|Reply: 1

[Lain-Lain] RESTORAN MAKANAN SEGERA & GERAI 24 JAM TEMPAT TUMPUAN KAKI PONTENG PUASA

[Copy link]
Post time 13-7-2015 04:23 PM | Show all posts |Read mode


Menurut laporan The Rakyat Post, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Wan Jaafar Wan Ahmad berkata lima lokasi disekitar Kuala Lumpur sudah dikenalpasti menjadi tempat tumpuan geng plastik hitam ini membeli makanan pada waktu siang.
Berdasarkan maklumat dan risikan anggota mereka, lokasi yang dikenal pasti ialah di Jalan Semarak, Pusat Bandar Damansara, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Bandar Permaisuri, Cheras.
“Berdasarkan pemerhatian kami, mereka memilih untuk beli dan makan di restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam kerana khidmat yang ditawarkan lebih cepat serta tiada yang berani mempersoalkan tindakan mereka.
“Bagaimanapun ada juga yang berani makan di gerai-gerai tepi jalan dengan selamba tanpa rasa segan. Mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya.
Pihak JAWI telah sehingga kini telah menahan seramai 28 individu berumur dalam lingkungan 18-53 tahun kerana merokok, makan di khalayak ramai dan menjual makanan kepada umat Islam. Seperti biasa alasan yang diberikan oleh mereka selepas ditangkap ialah sakit dan terpaksa mengambil ubat berjadual atau tidak sempat bersahur.
“Ada juga yang beri alasan bekerja sebagai buruh di tempat pembinaan, pemandu yang sedang bermusafir dan sakit gastrik.
“Bagaimanapun kita tidak mempersoalkan perkara itu, yang kami ambil tindakan kerana mereka tidak menghormati bulan suci ini dengan makan di tempat awam,” katanya.
Bagi perniaga pula mereka memberikan alasan bahawa jika gerai makanan mereka tidak dibukan sumber pendapatan mereka akan terjejas.
“Ada antara mereka mengambil kesempatan buka gerai untuk jual kepada bukan Islam tetapi bila kita periksa kuantiti yang dimasak banyak seperti hari biasa,” katanya.
Individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15a dan b Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 10:50 AM | Show all posts
Sumtimes aku serba salah nak tapau mc D drive thru utk anak aku

Kang diaorg ingat aku yg tak poser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
    ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
    Views : 19199 Replies : 2
    JUST-IN: Epstein Files pt. 2
    Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
    Views : 49823 Replies : 1
    Welcome to The Holy Land...
    Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
    Views : 23468 Replies : 7
    berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
    YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
    Views : 10831 Replies : 2
    madu2 gula Tok Matahari
    aaanf14madu2 gula Tok Matahari
    Views : 363932 Replies : 3551
    DISCLOSURE DAY
    SY_MumiDISCLOSURE DAY
    Views : 371 Replies : 5
    K-VARIETY SHOW
    RahahK-VARIETY SHOW
    Views : 278422 Replies : 1525
    PROJECT HAIL MARY
    SY_MumiPROJECT HAIL MARY
    Views : 266 Replies : 2
    Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
    ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
    Views : 31876 Replies : 22
    Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
    ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
    Views : 19929 Replies : 7

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    © 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    10-2-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list