Apabila selfie tidak memadai, India kini gila velfieAFP | Kemas kini: Julai 06, 2015
Velfie merancang untuk dikembangkan menjadi rangkaian sosial video pada bulan-bulan akan datang. - Gambar fail
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
MUMBAI: Lupakan dahulu selfie, kerana India kini menyaksikan bintang-bintang Bollywood, wira sukan dan juga ahli politik mengambil dan memuat naik rakaman video mereka menggunakan aplikasi baharu.
Daripada mengajuk cara lip-synch dialog dari adegan filem dan hinggalah kepada menemu duga calon kerja, firma-frma teknologi India sedang bertaruh ke atas kegilaan terkini di media sosial iaitu selfie video.
“Tahun 2014 adalah tentang selfie… 2015 adalah untuk #velfie!".
Itulah slogan bagi Velfie iaitu aplikasi telefon pintar mirip Dubsmash yang membolehkan pengguna menyanyikan lagu secara miming atau mengajuk audio yang telah dirakam lebih awal sebelum klip itu dimuat naik di rangkaian sosial.
Aplikasi Dubsmash yang dibangunkan Jerman telah menjadi fenomena global sejak ia dilancarkan pada November dan telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali di 192 buah negara.
Trend global itu telah melanda industri filem India, apabila ramai bintang cuba menghiburkan para peminat dengan video masing-masing yang dimuat naik ke akaun Facebook dan Instragram.
Pelakon seperti Salman Khan, Ranveer Singh, Sonakshi Sinha dan Richa Chadda adalah antara bintang Bollywood yang telah mencubanya.
Klip pendek Salman dan Sonakshi yang mengajuk gerak bibir mengikut dialog dari sebuah filem India tahun 1971 telah mendapat lebih daripada 71,000 ‘Like’ di Instragram, manakala ratusan lagi menyukai aksi Richa meniru aksi nyanyian lagu hip-hop “Baby Got Back".
Pengasas bersama Velfie, Rammohan Sundaram bekata, video adalah lebih menghiburkan bagi orang kenamaan Bollywood dan selebriti lain untuk berhubung dengan audiens mereka.
Velfie di Twitter
"Selfie hanyalah satu gambar namun velfie boleh menyampaikan emosi yang tidak dapat dilakukan dalam sekeping gambar,” kata Sundaram.
"Selfie akan kekal kerana gambar-gambar akan tetap berada di situ namun kami mencipta sebuah ruang baru yang lebih menyeronokkan dan lebih sosial pada sifatnya,” ujarnya.
Bintang filem Akshay Kumar baru-baru ini mempromosikan filem “Gabbar Is Back” dengan meminta para peminat untuk mengajuk dialog kegemaran mereka dari filem itu untuk memenangi peluang bertemu dengannya.
Pemain kriket Yuvraj Singh turut melakukan miming berdasarkan dialog legenda Bollywood Amitabh Bachchan dari filem popularnya dan telah menerima lebih 12,000 ‘Like’ di Facebook.
Aplikasi tersebut yang boleh didapatkan secara percuma dan membenarkan rakaman berdurasi 10 saat telah dimuat turun sebanyak 200,000 kali dan kini diguna pakai di 140 buah negara.
Berbeza dengan Dubsmash, ia mempunyai ciri ‘Pause’ dan ‘Play’ selain disertai sari kata.
"Kami juga telah menyediakan banyak pilihan suntingan warna untuk menjadikan video itu kelihatan hebat,” kata pihak pembangun.
Sundaram berkata Velfie merancang untuk dikembangkan menjadi rangkaian sosial video pada bulan-bulan akan datang.
Para pengguna boleh membuat penstriman langsung di paltform tersebut dan Sundaram berharap pihak pengiklan akan merebut peluang bagi menjana keuntungan.;
http://www.astroawani.com/berita-dunia/apabila-selfie-tidak-memadai-india-kini-gila-velfie-64950
|