Ugut Nak Bunuh PM Dan Isteri, IGP Sila Siasat Lelaki Ni!
Jul 3, 2015
http://mynewshub.cc/2015/07/03/igp-sila-siasat-lelaki-ni-yang-ugut-nak-bunuh-pm-dan-isteri/#gs.1128e764cd5a4a5da02c6d13da84768b
BERANINYA kenyataan yang dikeluarkan seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Khairul Ez Jalil ini. Lelaki tersebut menulis ugutan bukan kepada calang-calang orang sebaliknya ugutan bunuhnya itu ditujukan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menulis, “Aku kalau dapat pistol, sumpah aku bunuh Najib sama Rosmah… (agak-agaknya kena tangkap tak aku keluar statement ni?”
Ugutan yang ditulisnya itu kemudian menjadi viral di laman-laman sosial malah perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada profile Twitter Najib serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Diharapkan pihak polis dapat menangkap individu ini yang secara terang-terangan membuat ugutan bunuh terhadap pemimpin serta isteri beliau!
Tindakan tegas perlu diambil bagi memberi pengajaran buat pengguna laman maya yang lain agar tidak sesekali bertindak di luar batasan sehingga tergamak memberi mesej berbaur ugutan bunuh terhadap mana-mana pihak. – MYNEWSHUB.CC
|