|
Ramai orang beranggapan bahawa adalah lebih mudah untuk berjimat-cermat dan menabung di bulan Ramadan
Ini mungkin kerana sebelum tibanya bulan puasa, biasanya kita akan mengeluarkan sejumlah belanja semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Bila puasa, kuranglah sedikit masa makan. says.com - Image via SAYS.com
Kitaran makan rakyat Malaysia.
Tetapi hakikatnya, di bulan Ramadan lah dompet kita benar-benar diuji
Jadi, kami ingin kongsikan beberapa tips jimat belanja di bulan Ramadan yang praktikal, khas untuk mereka yang masih bujang:
- 1. Elakkan membeli terlalu banyak makanan yang kurang mengenyangkan seperti kuih-muih
Jika kamu berbuka puasa dengan kuih-muih atau kudap-kudapan, perut akan cepat kenyang, cepat juga lapar balik. Esoknya, kamu akan jadi extra kebulur dan lebih cenderung untuk berbelanja ikut nafsu. Ketika inilah pembaziran boleh terjadi. says.com
- 2. Elakkan beli makanan berat seperti nasi, nasi ayam, nasi beriyani atau mi goreng di param (pasar ramadan), sebaliknya belilah di restoran atau kedai biasa
- 3. Bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan rakan-rakan
- 4. Jika harus ke pasar atau bazar Ramadan, bawa duit yang cukup-cukup sahaja
- 5. Fokus kepada hari raya
|
|