View: 7139|Reply: 54
|
[Tempatan]
Trend Shopping Raya Online Tahun 2015
[Copy link]
|
|
Gemfive.com, platform membeli-belah atas talian baharu yang memulakan operasinya di Malaysia.
Tidak perlu beratur di kaunter menjadi satu sebab mengapa orang ramai memilih pembelian secara online.
MALAS menghadapi kesesakan lalu-lintas dan orang ramai menyebabkan membeli-belah secara atas talian (online) terutama pada musim perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia bukan lagi asing, malah kini menjadi gaya hidup.
Dengan menggunakan telefon pintar, komputer riba dan tablet yang boleh dilayari di mana-mana sahaja, pembelian keperluan barang Aidilfitri boleh dibuat tanpa perlu beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran.
Laman sosial seperti Facebook dan Instagram serta laman web menjadi medium kepada peniaga untuk mempromosikan produk mereka seperti biskut raya, baju Melayu, baju kurung, selendang, tudung dengan rekaan terkini.
Bagi kakitangan awam, Roshakina Mat Zuki berkata, dia membeli baju raya secara online kerana ia boleh diakses 24 jam melalui telefon bimbit dan komputer riba untuk melihat rekaan dan material yang digunakan sekali gus membuat perbandingan.
“Saya tidak perlu pergi setiap butik untuk melihat baju raya yang dijual. Saya hanya membuat perbandingan harga, jenis kain dan material yang digunakan dengan masa yang minima.
“Pembelian di hujung jari sahaja dan lebih murah serta berkualiti berbanding yang dijual di pusat membeli-belah. Harga setiap baju bergantung kepada kualiti kain dan jahitannya” katanya.
Tambahnya, jika bimbang mengenai saiz baju, dia akan meminta peniaga dalam talian untuk memberikan senarai ukuran badan supaya tidak salah memilih.
“Pada tahun ini, saya membeli melalui Zalora. Kadang-kadang saya melihat di Instagram dan berkunjung ke butik berkaitan, malangnya, baju yang menjadi pilihan tidak ada saiz dan tidak ada stok,” katanya.
Jimat masa
Bagi kakitangan awam, Siti Najwanis Zainun, dia berjinak-jinak dalam pembelian atas talian sejak dua tahun lalu selepas melihat rakan-rakan membeli barang keperluan hari raya seperti baju raya, kuih raya dan selendang melalui medium tersebut.
“Selalunya saya akan membuat pembelian lebih awal kerana bimbang baju yang ditempah tidak akan sampai tepat pada masanya.
"Setakat ini, Alhamdulillah, baju-baju ditempah memuaskan hati,” katanya.
Tambahnya, pembelian secara online juga menjimatkan masa kerana tidak perlu pergi ke butik yang terletak di Lembah Klang.
“Pembelian online sering dikaitkan dengan penipuan. Saya hanya membeli di butik dan peniaga kuih raya yang diyakini sahaja kerana takut ditipu oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan atas angin sahaja,” katanya.
Siti Najwanis berkata, setiap pembelian yang dilakukan, dia akan memastikan maklumat mengenai alamat perniagaan, identiti peniaga dan maklumat lain diperolehi bagi membantu dirinya untuk mendapat ganti rugi sekiranya berlaku penipuan.
Sementara itu, pekerja swasta, Khairul Anwar Abd Rahim, membeli-belah di hujung jari menjadi trend pada masa kini.
“Saya mula membeli persiapan raya seperti jubah lelaki dari butik di Lembah Klang sejak tahun lalu. Saya membeli secara online selepas melihat beberapa pilihan dari pelbagai butik.
“Kali ini merupakan kali keempat saya membeli persiapan raya melalui online. Saya juga membelikan tudung kepada isteri saya melalui online,” katanya.
Menerima banyak pelanggan baharu
Bagi pemilik D’Sembilan Sembilan Enterprise, Rohizan Abd Rahman, tempahan kuih raya dan instant shawl melalui perniagaan online meningkat berbanding pada tahun lalu.
“Alhamdulillah, pada tahun ini, tempahan biskut raya bertambah malah menerima banyak pelanggan baharu dari utara Semenanjung Malaysia.
"Saya mula mempromosikan biskut raya dan tudung pada awal Jun lalu,” katanya.
Rohizan berkata, selain menjual lebih lima jenis biskut raya sendiri, dia juga menjual biskut raya yang dibuat rakan-rakannya.
“Saya menjual biskut raya tart nenas, cheder cheese, short bread, zara licious dan hayden delight serta semperit dengan harga yang berpatutan iaitu RM25,” katanya.
Tambahnya, bagi instant shawl pula, Rohizan menjual untuk kanak- kanak dan dewasa.
Tempahan di Bak meningkat
Pengarah Eksekutif II Bak Tailoring Sdn Bhd (Bak), Sharief Sohaimi berkata, jualan pakaian raya keluarannya meningkat pada tahun ini.
"Alhamdulillah, pembelian secara online meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu," katanya.
Bak yang terkenal dalam industri fesyen negara terlibat dalam perniagaan atas talian sejak beberapa tahun lalu seiring dengan perkembangan teknologi dan trend pembelian pada masa ini.
“Bak menyediakan baju Melayu moden, samping dan butang baju Melayu pada harga RM170 sahaja. Laman web Bak dipantau 24 jam sehari,” katanya.
Sharief berkata, selain mempunyai laman web rasmi, Bak juga memperkukuhkan perniagaannya dalam laman sosial seperti di Instagram dan Facebook.
Tambahnya, melalui online, Bak dapat menembusi beberapa negara kerana pelanggan terdiri daripada masyarakat Melayu dari Singapura, Brunei, Australia dan Amerika Syarikat.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/trend-shopping-raya-online-1.406427
|
|
|
|
|
|
|
|
aku x reti beli barang on9... sbb nyer klu bli baju aku nak kena tgk jenis kain... panas ke tak... jarang ke tak dan mcm2 lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa beli brang on9.
tp biasanya beli kat NILE je sbb murah sgt2.
Kualiti pun not bad la.
Utk raya ni ada la beli jubah tok diri n family.
Sorang sehelai. ok la tu kan.
kat LAZADA byk kali beli mesin jahit.
ok sgt2 n murah.
officemate pun ramai yg suh orderkan.
kat ZALORA beli baju kat Marketplace yg harga biasa2 jek.
kalo nk beli baju designer dekat ZALORA tu mmg xmampu la...
bukan saje xmampu, malah utk saya xperlu kot nak beli baju yg mahal sebegitu.
ia lebih kepada keinginan, bukan keperluan. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb keadaan ekonomi, tahun ni xde shopping online..
sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli kat poplook, kat zalora tu bila sale memang murah giler. |
|
|
|
|
|
|
|
yang i beli online untuk raya tahun ni cuma sleepwear anak anak je
10 pasang sleepwear cuma rm160 including postage
murah
ada juga eyeing handbag kat 11 street
tapi belum beli lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Baju raya aku pon beli online thn ni (setelah yg tempah punya - tailor salah jahit .. huhu)
Dapat 2 pasang ... beli kat Hijirahome ...
Baju melayu untuk husband & anak - tailor kata this week siap ...
Tinggal nak cari baju casual untuk husband & anak2 ...
Baju casual untuk anak2 sedara - 7 orang punya da setel .. tingal nak cari for 2 orang lagi ... |
|
|
|
|
|
|
|
Xminat..sbb xtahu kualiti brg..
Ada org aritu beli bju rm500 lbh kat zalora..
Ikut ukurn mcm muat,sekali dpt kecik sgt..
Dh satu hal nk mjual blik |
|
|
|
|
|
|
|
ooo mekasih info.. btw i x penah beli online sb x tau kualiti cemana..
|
|
|
|
|
|
|
|
barangan zalora okey dak?
sbb ade yg kata zalora pny brg dh lunyai.
iols nk bli kasut kat zalora.. |
|
|
|
|
|
|
|
poplook ukuran baju mmg tak boleh nak agak
kena tengok material. kalau kain lycra mmg kena ambik 1 size bigger dari normal
iols tak kenan sgt return policy poplook
return cost atas kita & dia ambik 5% return item
zalora tak charge apa2 & return store kredit dpt full
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta, dah nak raya ni byk promosi kat NILE.
jubah, long dress, blause, baju casual lelaki...
cth: harga long dress 69.90, boleh reduce ke 29.90.
tp ada limit time and limit stock.
so, kena cepat2 check.
he3!!
so, far sy mmg beli office wear kat NILE jek.
tp kena beware k.
since dia follow korea/china size.
most of the dress u kena amik up to one size bigger.
if all the while pakai saiz M, at NILE kena beli size L.
kasut pun sama gak.
tapi yg paling best... HANDBAG!!
murah2 and cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
owh.. iye? ok nk try gugel2
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu bl kasut kat zalora.baru2 ni try bl tudung bawal 2helai..ok puas hati,murah..then terbaru bl shawl 4helai..ok sesangat lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya saya beli brang on9.
Beli kat website tu senang aje, xperlu beli kat pasar raya.
Sbb xda masa pun, nak kerja
kat 11street beli tu coupon Starbuck
murah sgt
Byk kali beli kat Realeos Malaysia, ada byk brg yg murah
Kualiti pun boleh, saya pernah beli tu payung, Nampak gaya dan murah
Kwn-kwn pun ramai yg suh belikan. |
|
|
|
|
|
|
|
kt mane u?? tgh mencari jugak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
agusta replied at 1-7-2015 02:45 PM
Selalu bl kasut kat zalora.baru2 ni try bl tudung bawal 2helai..ok puas hati,murah..then terbaru bl ...
Mcm mana nak tau ukuran size kasut? |
|
|
|
|
|
|
|
WawaRaRa replied at 1-7-2015 12:38 AM
aku x reti beli barang on9... sbb nyer klu bli baju aku nak kena tgk jenis kain... panas ke tak... j ...
saya kalau beli online saya make sure yg jual tu adaa kedai dan ada stok. |
|
|
|
|
|
|
|
reminded me about a pair of shoes. lupa hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kittie jrg shopping2 baju, kasut, beg ni semer, bertuah la klu Kittie shopping setahun sekali tu. Recycle selagi boleh. Tp Kittie salu shopping online kat Guardian & Watsons time diskaun kaw2, dah la free delivery. Pestu duit Kittie byk habis kat travel, tp kira shopping online gak la kan, beli tiket ketebang & book accommodation. |
|
|
|
|
|
|
| |
|