Edited by Mary_jane at 28-6-2015 09:25 AM
DISNEYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Disney mengharamkan penggunaan kayu selfie, atau monopod, di taman temanya seluruh dunia bermula Selasa ini. Menurut akhbar USA Today, Disney dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan bertindak demikian atas dasar keselamatan pengunjung.
Pengharaman itu berkuat kuasa pada Selasa bagi empat taman tema Walt Disney World di Florida, dua taman tema Disneyland di California dan DisneyQuest di Orlando manakala pengharaman monopod di taman tema Disneyland di Paris dan Hong Kong akan berkuat kuasa bermula 1 Julai ini.
Bagaimanapun, pengunjung hotel dan resort Disney masih boleh dan dibenarkan menggunakan monopod.
Pada minggu lalu, sebuah roller coaster di sebuah taman tema Disney di California terpaksa diberhentikan separuh jalan gara-gara seorang penumpang mengeluarkan kayu monopod untuk berselfie.
Seperti biasa keputusan pengharaman itu mendapat maklum balas berbeza daripada netizen.
Ada yang bersetuju dengan keputusan Disney kerana dasar keselamatan dan ada pula tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana mereka sudah membeli monopod untuk berselfie di taman tema Disney.
-Md
|