Pernah atau tidak anda rasa teringin makan sesuatu hidangan untuk berbuka puasa? Nah, penulis ada! Hari ini penulis ingin tunjukkan kepada anda masakan Stew Ayam yang dikongsikan oleh Facebook Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta yang penulis sangat teringin untuk cuba dan makan apabila tiba waktu berbuka puasa nanti. Jom lihat! Bahan-Bahan Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air
Lada sulah
Garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
Sedikit tepung jagung + sedikit air Langkah-Langkah Penyediaan - Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam, perapkan seketika.
- Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah diperap sebentar tadi sehingga kekuningan.
- Masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau seketika.
- Masukkan air (mengikut citarasa anda).
- Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
- Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa).
- Apabila sudah agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air, sebelum masukkn kedalam stew tadi, kepekatan stew mengikut citarasa anda).
- Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong 4.
- Apabila sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Selamat mencuba!
|