CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 5

[Dunia] malaysie tipu sana sinun , Polis Australia lancar serbuan susulan

 Close [Copy link]
Post time 25-6-2015 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Polis Australia lancar serbuan susulan pendedahan penipuan hartanah Mara

Pihak berkuasa Australia melakukan beberapa serbuan di Melbourne susulan pendedahan akhbar The Age berhubung pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sana, yang didakwa dibeli menerusi satu komplot, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Menurut laporan itu, Polis Persekutuan Australia merampas beberapa komputer dan fail daripada kediaman Vermont South pagi ini, dan lebih banyak serbuan akan dibuat selepas ini.

Siasatan yang dinamakan “Operasi Carambola” itu bermula selepas akhbar Australia, The Age melaporkan pegawai “atasan” Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa menggunakan jutaan ringgit dana awam membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne menerusi satu penipuan hartanah.

Laporan itu mendakwa “sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya” membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan bidaan lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.

Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan “jururunding dan nasihat” daripada firma Malaysia. – TMI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2015 02:58 PM | Show all posts
tahniah ditipu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 02:58 PM | Show all posts
dah ada thread ini.

katup jah la
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa byk thread nak buka
@spiderman80
@perang_sivil
@Muntz
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 02:59 PM | Show all posts
tered dah ada..
dibuka oleh changa

@perang_sivil  @spiderman80
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 03:03 PM | Show all posts
Thread dah ada rasanya.:


Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.130954 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list