Stress sangat dengan tumit kaki pecah, kering, kasar malahan terasa ketika menapak di lantai. Ianya terjadi kerana kekurangan vitamin, mineral (zink dan zat besi), dan omega 3. Selain daripada meletakkan krim ataupaun losyen khas untuk merawatnya, berbagai petua boleh diamalkan untuk menjadikan tumit kaki anda bersih dan sihat seperti biasa. Mungkin anda boleh mencuba petua dari resepisheilarusly ini. Buah kedondong dan kunyit hidup Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali. Bawang merah Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati. Belimbing buluh Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar. Asam Jawa Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin. Rumput Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati. Lemak ayam Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur. Nasi Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari. Daun pisang Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu. Asam gelugur Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari. Betik muda Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu. wanista
|