Bahan-Bahan 12 ketul kepak ayam
7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 inci halia (ditumbuk)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
Sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili
Madu / gula apong / gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak / minyak zaitun Cara Penyediaan - Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi sate.
- Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul hingga sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
- Kemudian, ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil.
- Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar atau panggang atas dapur mengikut keselesaan.
- Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam
wanista.com
|