View: 2159|Reply: 6
|
Komunikasi digital: Kuasa atau bala?
[Copy link]
|
|
OSCAR Wilde pernah berkata: “Discontent is the first step in a progress of a man or a nation.” Jadi begitu resam dunia, demokrasi asalnya dipupuk daripada kesedaran yang mencambahkan rasa tidak puas hati tentang mana-mana fasal kehidupan.
Dimangkinkan pula dengan revolusi komunikasi digital, informasi dan pegangan pendapat langsung jadi lempung di hujung jari.
Lewat tiga tahun lalu saya pernah menulis sebuah makalah yang diterbitkan dalam sebuah akhbar berjudul, Online Digital Campaign: Friend or foe? dan setiap kali saya ulang-baca makalah tersebut, saya sungguh malu dengan kenaifan diri.
Dalam analisis impak internet semasa kempen pilihan raya umum ke-13 yang lalu, saya terkhilaf besar apabila gagal menimbang tara kesan teknologi terhadap etika kemanusiaan.
Hari ini jom kita sembang tentang adap dalam rencam kita berkomunikasi di alaf digital, terutama sekali dalam bentuk Whatsapp group – di mana sekumpulan manusia boleh bercakap antara satu sama lain, tak kira masa dan ketika, cukup sekadar ada telefon pintar dan melanggan pakej data internet semasa.
Saya beri contoh sebuah Whatsapp group yang dianggotai oleh kawan-kawan lama sewaktu kami bersekolah di MRSM Kuala Terengganu lebih 20 tahun lampau. Apa yang bagus tentang group ini kami dapat menyambung kembali persahabatan yang terjalin semasa kami masih anak-anak lagi.
Banyak cerita lama yang boleh menyembuhkan luka kita orang dewasa. Tapi yang tak syoknya bila sudah tiada bahan untuk bersembang, medium Whatsapp itu tadi jadi maha toksik dengan propaganda politik murahan, kutuk-mengutuk dan sindir-menyindir antara satu sama lain.
Nak kata lohong ilmu dan kelayakan, mereka itu semua serba assosiate professor dan para pensyarah tapi bahan yang dikongsi dalam group hampir semuanya sampah dan reja-reja benda tidak berfaedah. Tapi yang paling menjahanamkan sekali apabila mereka berkongsi fitnah.
Saya cukup pantang dengan perangai begini. Tanpa usul periksa, tanpa bertanya mereka memberi malu kepada orang yang tak bersalah untuk meraih sokongan kepada tuhan politik masing-masing. Apa sudah jadi?
Kalau betul mahu berpolitik, berhenti kerja, bertanding dalam pilihan raya – itu saya faham. Jangan kerana minda awak sempit tapi dapat medium komunikasi berkuasa besar terus melalak macam orang tak keruan.
Kalau betul awak hebat, buka minda dan nuansa berdebat di laman terbuka Twitter dan Facebook masing-masing boleh? Ini tidak, gah bak gendang di ruangan tertutup tapi di laman terbuka bisu merajakan takut dalam dada.
Anda tidak suka polisi pentadbiran negara – katakan di laman terbuka; anda tidak suka Ringgit merudum berbanding Dolar Amerika – katakan di laman terbuka; anda tidak suka Barisan Nasional jadi kerajaan persekutuan kerana anda rasa demokrasi ini remeh – katakan di laman terbuka.
Tapi dengan syarat, jangan berdebat macam orang bodoh, ilmu dalam dada kena penuh, alamat tidak meranalah akibat.
Kalau masuk ke gelanggang lagak macam devil’s advocate tapi tidak membaca secukup rasa, itu namanya tidak pandai menyimpan kejahilan diri. Apa yang anda buat dalam Whatsapp group itu bukan setakat berdosa, malah memualkan orang yang mahukan perkongsian atau debat substantif.
Dipendekkan cerita begini sajalah, kalau anda nak bersembang tentang empat penjuru yang melahirkan pelarian perang dan penindasan etnik teramai di dunia, indikator ekonomi semasa dan kelemahan ringgit, faktor pertumbuhan ekonomi, apa yang dikata oleh firma credit rating seperti Fitch Ratings, Standard & Poor’s dan Moody’s tentang Malaysia, sejarah atau seni, saya mahu berada dalam Whatsapp group itu.
Tapi kalau setakat mengutuk Datuk Ahmad Maslan dan nasi goreng timun, maaf saya tak berminat sama sekali. Betul beliau tidak menjelaskan sebab dan fasal GST dengan berkesan. Tapi bukankah kuasa memilih informasi yang tepat berada di tangan anda?
Betul sungguh apa Oscar Wilde kata dalam The Nightingale and The Rose: “The public have an insatiable curiousity to know everything, except what is worth knowing.”
|
|
|
|
|
|
|
|
kedua2 nya
disalahgunakan untuk dapatkan KUASA pun ye,
walopun kaedah penipuan yang diambil
boleh timbulkan BALA |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa penulis article ni? Nama/link tak diberikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni masalah mamat pakai smartphone, tapi tak reti nk mute group.
tk reti nk remove bagai ke apa.
pegi pakai nokia 3310 la pasni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah.. sbb i xde wassap grup pun.. tp dok intai2 grup wasap yg hubby i join mmg quite annoying la jugak.. rajin tul merapu.. pstu acah2 alim pun ada.. padahal realiti cm hampeh je manusia tu.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Karangan saiful nang?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|