CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10448|Reply: 48

"Saya Masih Belum Sempurna" - Emma Maembong

[Copy link]
Post time 12-6-2015 03:03 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong tidak berkecil hati dengan kritikan peminat di Instagram apabila dilihat tampil dengan imej tidak bersesuaian sebagai wanita bertudung.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, dia mengambil teguran dan kritikan membina daripada peminatnya sebagai langkah memperbaiki diri dalam menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.

"Saya bukan manusia sempurna dan akan tetap melakukan kesalahan tetapi teguran dan kritikan membina saya terima dengan hati terbuka kerana saya tahu mereka ikhlas.

"Cuma kadang-kadang membuatkan saya terkilan apabila ada segelintir pengikut Instagram menggunakan kata-kata kurang enak tetapi ia tidak pernah menggangu saya," katanya kepada mStar Online.

Emma ditemui pada majlis pelancaran dua drama terbaharu iaitu Puteri Gunung Ledangdan Jodoh Sebelah Pintu yang diadakan di  Menara Kuala Lumpur di sini, Rabu lalu.

Dua drama berkenaan bakal disiarkan menerusi HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116).


Aktres itu memegang peranan utama dalam drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang bersama aktor Kamal Adli yang akan disiarkan pada 29 Julai depan.

Baru-baru ini, Emma dikritik peminat kerana berpakaian ketat dan ada yang mengatakan imej bertudungnya tidak sesuai dikenakan bersama seluar yang ketat sehingga memperlihatkan bentuk kakinya.

Dalam pada itu, Emma berkata, biarpun dia sudah mengenakan tudung tetapi masyarakat tidak boleh membuat kesimpulan bahawa dia kini sudah sempurna dari semua sudut.



Sebaliknya akui Emma, dia masih dalam proses memperbaiki diri dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan termasuk teguran diterimanya baru-baru ini.

"Mengenakan hijab adalah salah satu proses dan masih banyak perkara yang perlu saya dalami tentang agama untuk menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.

"Pada pemikiran peminat apabila saya bertudung saya sudah lengkap tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma berkata, sepanjang bulan Ramadan nanti dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama Jodoh Sebelah Pintu sebelum mengambil cuti selama seminggu untuk menyambut Aidil Fitri.

-MSTAR


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 03:09 PM | Show all posts
bertabahlah fatimah rohani, harga sebagai public figure gitu la.
samaada nak ambik pot semua benda atau tak je
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:14 PM | Show all posts
nak tgk gmbr kat IG tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:19 PM | Show all posts
Mudanya dia ni,baru 23,nasibla membesar bwh spotlight time masih belum matang,banyak buat kesilapan bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:21 PM | Show all posts
fatimah rohai ke nama die?? patut la kat fb bapaknye asik sebut timoh jer...ekkekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:30 PM | Show all posts
Perrghhh baru sedar diri belum sempurna...
Ke x berguna?!!

Lps ni cerita 'jodoh di tepi bendul'...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama dia mcm makcik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm muka makcik skrg dia ni sejak bertudung ala2 selekeh...x nmpak kemas mcm nelofa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 03:41 PM | Show all posts
tgok dia dlm isteri sepenuh masa tu..awat pesen tudung lagu tuu...mcm xkemas lah..jadi tak cantik pulak si emma
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:42 PM | Show all posts
puteri_impian replied at 12-6-2015 03:21 PM
fatimah rohai ke nama die?? patut la kat fb bapaknye asik sebut timoh jer...ekkekekeke....

klasik sgt nama sebenar emma
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:50 PM | Show all posts
harap ada yg sudi grooming dia balik...coz dulu sheols sangat ohsem....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:35 PM | Show all posts
Dulu cantik je mek timah ni. Skrg ni. Haihh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:45 PM | Show all posts
asal nmpak sama selebet je dgn kamal adli
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:53 PM | Show all posts
timoh mbong
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:53 PM | Show all posts
aku pun musykil why nampak macam kusut je. muka dia klu tgk HD adoii ai..lain bonar dgn dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:58 PM | Show all posts
tiada manusia sempurna... dan xkan mungkin pernah ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
memang xkan sempurna wahai dik timoh...sbb xkan ada yg perfekto di dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 05:50 PM | Show all posts
untungla emma ni baik dgn mikel ang ni... sume drama bwh nyonya ni dia dpt watak heroin...
dorang bdua ni geng gosip kan...
pastu saje je ajak si kamal tu jd hero...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sian si emma ni.. bg la dia chan.. muda lagi pun budaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah miss maembong.pasanglah bdn tu balik..setakat zizan hidung besor tu x bebaloi ko gemot menjeruk rasa..lagi satu muka tu pi facial kerap sket bagi ploless...mokcik suka uols belakon byk improvement.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.090060 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list