CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7725|Reply: 43

Pelakon Luar Tidak Wajar Dapat Ruang (Apa kata anda?)

[Copy link]
Post time 11-6-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jue7269 at 11-6-2015 10:30 AM

"Pelakon Luar Tidak Wajar Dapat Ruang" - Azalina Othman
Azalina Othman dalam satu majlis bersama pihak media pada Rabu. Turut kelihatan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baharu iaitu Datuk Seri Azalina Othman berpendapat syarikat produksi tempatan tidak wajar memberi ruang kepada pelakon-pelakon luar untuk terlibat dalam produk tempatan.  Azalina berkata, semua penggiat seni harus memberi keutamaan kepada artis tempatan dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi dunia perfileman negara.  "Saya tidak menentang orang luar tetapi biarlah kita utamakan produk tempatan. Kita keluarkan duit rakyat (geran) takkan nak ambil orang luar (berlakon).  "Apa yang saya lihat kita mempunyai pelakon-pelakon, pengarah dan kru yang berbakat. Kita perlu perbanyakkan penglibatan orang tempatan untuk memperkukuhkan lagi industri seni kita," katanya.  Azalina ditemui pada sidang media pertamanya sebagai pengerusi baharu Finas dengan pengamal media di Menara PNB di sini pada Rabu.  Hadir sama Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Antara pelakon-pelakon luar yang berjaya mencipta nama di Malaysia pada ketika ini kebanyakannya dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Hisham Hamid, Shah Iskandar, Elfaeza Ul Haq, Nina Iskandar serta Randi Panggalila dari Indonesia.  Dalam pada itu Azalina menegaskan industri perfileman tempatan   perlu lebih kreatif dalam menerapkan elemen kenegaraan bagi setiap karya yang dihasilkan.  "Kita mempunyai bakat-bakat besar dalam industri tetapi karya yang ada sangat kurang terutamanya yang berunsurkan kenegaraan.  "Tambahan pula industri kekurangan karya-karya berunsur sejarah. Jadi, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak tentang sejarah jika tiada bahan untuk ditonton.  "Budak-budak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit dan gajet-gajet lain dan mereka lebih senang jika informasi yang diperoleh berbentuk digital.  "Elemen kenegaraan tidak perlulah disampaikan dengan filem-filem serius sebaliknya ia boleh diselitkan dalam genre-genre seram, cinta, komedi dan aksi mengikut karya yang diinginkan," ujarnya.Sementara itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor berkata, perlantikannya sebagai Pengerusi Finas merupakan satu cabaran yang besar kerana banyak isu-isu berbangkit industri perfileman tempatan yang perlu diambil serius perlu diselesaikan.  Malah Azalina mahu perbadanan itu bersifat mesra rakyat selain menekankan aspek transparensi.
"Saya telah berjumpa pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan penggiat seni industri kreatif untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit.  "Banyak juga isu yang perlu dilihat. Kalau boleh saya mahu tekankan aspek transparensi dan perlu ada satu pendekatan yang lebih responsif," tegasnya.

Terdahulu Azalina berkata, selepas dilantik memegang jawatan itu, beliau akan memilih ahli lembaga Finas yang baharu sebelum meneruskan usaha untuk melakukan perubahan terhadap perbadanan itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cayok Dato ...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju jer... tp pd iols, yg indon tu wajar disekat sbb indon sendiri sekat artis malaysia.. y boder y boder.. yg singapore iols oke jah sbb bahasa diorg pn sama je ngn kita bukan cm indon.. suke la jed jaidi pasni... terasa la michael ang pasni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 02:51 PM | Show all posts
cayok datok .. lu jangan langsi aa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 02:54 PM | Show all posts
wah..mcm best je nih.
mcm ada harapan baru je nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Good. Eloklah buat perubahan. Harapnya Datuk dapat ubah dan bantu karyawan tempatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2015 03:16 PM | Show all posts
setuju lagi2 dari yinon ... kita nak masuk sana bukan main macam2 alasan diorang bagi  ... punya payah .... xyah bagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 03:27 PM | Show all posts
randi panggalila tu bnyk mana la telemovie dia kat sini... kalo mcm aaron ke shah iskandar tu ke yg lain2 pelakon singapore tu... ha deme2 tu da mcm pelakon tetap kat sini... apa2 pon kalo bagus, apa salahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 03:28 PM | Show all posts
setuju setuju..


erkk tapi Shah Iskandar?
Antara pelakon-pelakon luar yang berjaya mencipta nama di Malaysia pada ketika ini kebanyakannya dari Singapura seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Hisham Hamid, Shah Iskandar, Elfaeza Ul Haq, Nina Iskandar serta Randi Panggalila dari Indonesia.




sampai sekarang tak boleh nak hadam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Good suggestion! Harap haramkan terus filem2 rempit, gesel2 dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job Dato'

Harap kurangkan kemasukan pelakon-pelakon luar. Paling penting, dari yindon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 03:58 PM | Show all posts
Bagus, tapi jgn hangit2 tai ayam jer...laksanakan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 04:01 PM | Show all posts
yelah, genre pilem pun kena ubah, asyik gangster je tu yg budak2 suka tunjuk samseng sampai mak kau hijau! ko
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 05:42 PM | Show all posts
mmg kesian . org Malaysia ni. mengemis di bumi sendiri. apatah lagi kt negara lain. sebenarnya stesen tv la punca dia. stesyen ada aktor feveret. produser dah usulkan hero yg diorang nk pon kene reject. kene guna jugak hero feveret stesen tv. antara feveret singaporean now adalah shah iskandar, hisyam hamid, adi putra. pusing2 diorang jugak hoiiii.

kesian org cam ezani lepas meletop ngan natasha susah nk nmpk die sbb pernah kene blok ngan stesyen tv. ko rase ape dianak tirikan dek stesyen tempatan. kini dah tua menempel je jadi pelakon sokongan atau pelakon jahat kekdahnye.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 05:44 PM | Show all posts
setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 05:48 PM | Show all posts
aku rasa pelakon indon boleh kira dorg berlakon citer apa je pun..yg Sporean tu banyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 05:53 PM | Show all posts
bravoooo bravooo
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan setakat tu yer Dato', buatlah sesuatu supaya lambakan drama2 di tv bukan berkisar kahwin paksa, terjatuh cinta dgn perogol, eee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 11-6-2015 02:51 PM
setuju jer... tp pd iols, yg indon tu wajar disekat sbb indon sendiri sekat artis malaysia.. y boder ...

Jgn mimpilah Jed Jaidi...aku speku dia akan baik dgn Shuhaimi Baba nanti...Shumi kan galak now dok buat filem sejarah...err...politik skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:23 PM | Show all posts
harap dato tegas dengan perkara ini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.108193 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list