View: 12540|Reply: 132
|
[Tempatan]
Kemungkinan besar Dr Mahathir akan sertai forum bersama Najib, kata pembantu
[Copy link]
|
|
Kemungkinan besar Dr Mahathir akan sertai forum bersama Najib, kata pembantu
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut menyertai forum 'Nothing to Hide' bersama Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad "berkemungkinan besar" bakal berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum yang akan berlangsung esok, kata pembantunya.
Sufi Yusoff ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, tiada jemputan rasmi dihantar pihak SukaGuam selaku penganjur forum tersebut, sebaliknya hanyalah jemputan terbuka sekali gus tidak memerlukan Dr Mahathir untuk menyatakan secara rasmi berkenaan kehadiran beliau.
"Berkemungkinan besar beliau akan hadir," kata Sufi.
Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada Dr Mahathir yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.
"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter. Kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.
Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."
Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – 4 Jun, 2015.
--themalaysianinsider.com |
|
|
|
|
|
|
|
semoga semangat kepahlawanan najib bakal terserlah |
|
|
|
|
|
|
|
silap haribulan, pahlawan terus tak muncul esok...kahkahkah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wuuuu seronoknya.harap2 ada live streaming haruslah melantak popcorn ngan teh o ais limau, dah la esok jumaat lgi séronok |
|
|
|
|
|
|
|
Yesssss. I can't wait....... |
|
|
|
|
|
|
|
tlg la ada live streaming. aku nak sgt tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perjumpaan di Forum itu bermulanya bibik cinta di antara Tun Madey dan Jibby. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan halfway ruang soal jawab kena cut sbb tak cukup masa sudah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh bayangkan jika Najib hadir, Tun disediakan tempat di tingkat 2 PWTC(kawasan pemerhati), katanya dikhususkan utk para VIP. Tun hanya dibenarkan menyoal SATU soalan, itupun jika ada. Lain2 soalan hanyalah utk penyoal2 drpd wakil2 NGO yg telah ditetapkan. It's another najib's wayang kulit. It's F***king idiot forum. U'll see. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan pula nanti ada announcement dialog dibatalkan atas sebab2 keselamatan atau yg tidak dapat dielakkan. Maka akan melantaklah orang2 yg nak makan popcorn dgn lemah longlainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cayalah pahlawan bugis...go bugis go go go |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak pink akan datang mewakili ahjib |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga helah seperti itu tidak terjadi. Sbg seorang yg berdarah pahlawan, harus berani berdepan dan jgn mengelak dgn alasan. Jangan malukan rakan dan taulan, semoga ada sejarah melakar catatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahkak pink? no, no, no. We want najib, we want najib. Come chedet come, let's join the show, rakyat shall be truly happy to know the truth that we want to know.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahkak pink kena tunjuk taring dia dah.......
dia xrela ahjib diperkotak KATIK kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa guna kemungkinanan plak..kompom hadir lah.
Sejak bila tun dah jadi kemungkinan ni?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemput orang tua tu guna social media... of courselah orang tua tu jawap melalui social media.... takkan dia nak jawap bertulis pulak...tak reti protokol betul penyokong Najib ni.... mesti masa kecik tak baca doa penerang hati |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah nanti dua-dua pahlawan tu akan menjelma jejaka yang gagah lagi kacak ketika bertarung nanti?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
still a big no mak wa. Rakyat tak keen nak tengok taring kak pinki tapi we want to see the warrior. Gelanggang yg mau diadakan pun bukan untuk dia but she can come tog with her anak menantu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|