Memang ngeri..bila wartawan yang jalani latihan ingatkan berita kemangkatan Ratu Elizabeth itu betul..lepas tu boleh pula update kat twitter..
memang scary lah..benda macam ni patut kene cek banyak kali kot..
PENYIAR BBC terpaksa membuat permohonan maaf selepas salah seorang wartawannya menulis kenyataan di Twitter mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth pada Rabu selepas dia mengingatkan latihan mengenai berita kemangkatan diraja itu adalah benar. Portal Mirror melaporkan wartawan penyiaran BBC, Ahmen Khawaja mencetuskan kekecohan apabila dia menulis "Elizaberth (sakit) telah mangkat: @BBCWorld." Bagaimanapun, dia tidak menyedari bahawa laporan yang ditontoninya di studio BBC merupakan rutin latihan untuk pemberitahuan kemangkatan ketua negara United Kingdom itu di mana kakitangan tersebut diminta untuk tidak memaklumkannya di media sosial. Menyedari kesilapan itu, Khawaja dengan segera memadamkan 'tweet' berkenaan dan memohon maaf tetapi dia kini berhadapan dengan tindakan disiplin di atas perkara tersebut. Bagaimanapun, yang menghairankan apabila dia turut menulis di Twitter bahawa Ratu Elizabeth dirawat di Hospital Kingd Edward VII tetapi secara kebetulan baginda sebenarnya memang melakukan pemeriksaan kesihatan pada pagi Selasa. Sumber: Mstar
|