CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4814|Reply: 21

[Tempatan] Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM

[Copy link]
Post time 4-6-2015 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM
NIZAM ZAIN
3 Jun 2015


    Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Dewan Ulama Pas ke 54. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

< 1 / 1 >
GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Jika tidak katanya, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.

"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi.

"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang.

"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Dr Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.

"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.

"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 08:11 AM | Show all posts
siaran ulangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2015 08:13 AM | Show all posts

oh dah ada thread ke?

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:14 AM | Show all posts

eh bukan......i maksudkan ucapan tu siaran ulangan coz semua org dah tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2015 08:18 AM | Show all posts
idadzira replied at 4-6-2015 08:14 AM
eh bukan......i maksudkan ucapan tu siaran ulangan coz semua org dah tahu.

i see....



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:26 AM | Show all posts
hurm....najib najib...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2015 08:53 AM | Show all posts
siaran ulangan a.k.a astro
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:43 AM | Show all posts
tipu la skrg...selamat la ngko...siap sedia diazab nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 09:49 AM | Show all posts
sampai bila nak disimpan bangkai itu.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 10:08 AM | Show all posts
Mana pegi penyokong tegar 1MDB ie @Anak_Nogori @rashiman @akughi @d'zeck @maideen ? Selalu pendekar-pendekar umno/bn ni lah cuba jadi juara dan jurucakap tak bertauliah umno/bn. Tapi nampaknya semua tak berani bersuara. Awat? Telur semua dah termasuk ke dalam ke? Keh keh keh..

Umno/BN perosak negara!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 10:48 AM | Show all posts
macam mana nak sokong pas...pas pun tunduk menyembah...cuba bangkit bersendirian... mesti ramai orang sokong...dulu ramai je penyokong pas...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 11:13 AM | Show all posts
reading between the lines is interesting walopon siaran ulangang. guane tu... mende rehsia yer ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 11:19 AM | Show all posts
harun din baru tau? slow ler pakcik ni. dah basi citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 11:41 AM | Show all posts
ulama PAS pon kena tunjuk yg depa ambil tahu pasal ekonomi & current events. Tak boleh limit themselves to hudud saja. Lagi pon x boleh biarkan PKR & DAP jer jadi hero rakyat. Walaupun kerajaan perpaduan tetap dihati...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 03:03 PM | Show all posts
"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

aset nih ...dalam bentuk apoh.....kortas kosong ke...?????
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 03:29 PM | Show all posts
Ada selindung atau tak ada selindung dalam 1MDB, tunggu aje lapuran siasatan audit foresik oleh PAC.
Semua wakil parti terlibat dalam PAC termasuklah PAS,PKR dan DAP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 03:32 PM | Show all posts
owh... Dato' Haron Din dah jadi Mursyidul Am Pas, menggantikan arwah TGNA ea.
katak bawah tempurung betullah aq nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 4-6-2015 03:29 PM
Ada selindung atau tak ada selindung dalam 1MDB, tunggu aje lapuran siasatan audit foresik oleh PAC. ...

Cmne nak tggu laporan kalau bos 1mdubo pon lari bila dijemput oleh pac.cai masih delusional lgi yer.kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:31 AM | Show all posts
Bukan jer jiban tapi hadi pon sedang berkomplot dgn menyelindungkan sesuatu klu tak takan dia sokong jiban terang2an aritu khennn
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:34 AM | Show all posts
ad_hoc79 replied at 4-6-2015 03:32 PM
owh... Dato' Haron Din dah jadi Mursyidul Am Pas, menggantikan arwah TGNA ea.
katak bawah tempurung ...

mzz pun baru tau je ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.084656 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list