View: 3191|Reply: 3
|
Sukan Tradisional Yang Pelik: Gusti Unta Di Turki
[Copy link]
|
|
Selalunya bagi kita yang tinggal di Malaysia mahupun di negara-negara belah nusantara ini, pertandingan laga atau sabung ayam boleh dikatakan agak popular di kalangan masyarakat kita.
Tapi bagi di Turki pula, di sana terkenal dengan pertandingan gusti unta.
Gusti unta merupakan satu sukan tradisional yang sangat popular di bahagian pantai barat Turki, di mana unta-unta jantan dari perkampungan tempatan akan berlaga sesama sendiri di dalam stadium khas yang disediakan. Beberapa hari sebelum pertandingan berlangsung, ianya merupakan tempoh yang sangat mengujakan bagi orang-orang di sana.
Unta-unta akan dihiaskan dengan perhiasan yang berwarna-warni dan diikatkan loceng, serta diarak di jalanan dengan alunan muzik dan tarian. Begitu juga halnya dengan pemilik-pemilik unta tersebut yang akan menghias diri mereka dengan pakaian tradisional. Malam sebelum pertandingan pula mereka akan berpesta sambil berjumpa dengan rakan-rakan lama dan baru, serta menikmati jamuan makan.
Tapi masalahnya dalam gusti unta ini ialah unta bukanlah sejenis haiwan yang gemar bergaduh. Untuk memaksa mereka berlawan, pertandingan ini dianjurkan pada musim mengawan, di mana unta jantan kebiasaannya bersemangat lebih untuk menawan unta betina dan seekor unta betina yang dihias cantik pula akan diarak di depan unta-unta jantan yang bertanding. Kiranya untuk menaikkan nafsu berlawan la ni, haha.
Kebiasannya setiap pertandingan berlangsung tidak lebih daripada 10 minit dan kalah menang ditentukan melalui pungutan mata daripada teknik yang ditunjukkan setiap unta. Kadang-kala ada juga unta yang lari meninggalkan stadium dan pihak lawan akan dikira sebagai pemenang. Walaupun gusti unta ini masih popular di sebahagian kawasan di Turki, namun ianya semakin kurang mendapat sambutan kerana kos yang mahal untuk membela dan melatih setiap unta untuk pertandingan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian unta2 ni.....perangai manusia mengalahkan unta tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam perangai..... |
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya manusia..unta tu elok je aman damai di suruhnya bgadoh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|