CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 8

[Tempatan] 14,000 bekas kakitangan MAS dijangka sertai MAB

[Copy link]
Post time 2-6-2015 01:11 AM | Show all posts |Read mode
SEPANG: Penerbangan Malaysia (Malaysian Airline System Bhd - MAS) menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB). MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller, dalam satu taklimat hari ini berkata 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 September. Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai "pemulihan semula yang sukar', beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.

Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, adalah sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos. Mueller yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, berkata berdasarkan unjuran semasa MAB akan pulang modal menjelang 2018. Katanya, antara faktor yang akan memberi kesan kepada rancangan pemulihan MAS termasuk turun naik ringgit berbanding dolar AS sejak enam bulan lalu dan ketidaktentuan harga bahan bakar sejak setahun lalu.

Syarikat penerbangan baharu akan dibahagikan kepada tiga jabatan iaitu operasi, fungsi sokongan serta pembangunan dan pembelajaran dengan keseluruhan sebanyak 12 anak syarikat. Mueller berkata, secara keseluruhannya MAB akan melaksanakan pelbagai program perniagaan yang rumit bagi menstruktur semula syarikat penerbangan negara itu, dengan ditunjangi oleh tiga teras utama. Beliau berkata, teras paling penting ialah kos, kerana ia tidak berdaya saing dan 20 peratus terlalu tinggi daripada sewajarnya. Ia mempengaruhi proses pemerolehan kerana syarikat mempunyai 20,000 pembekal yang sepatutnya hanya berjumlah 2,000 hingga 2,500.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 07:09 AM | Show all posts
MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.

diambil alih olih khazanah.....samo ajoh ...dari duit kerahjagaan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 08:42 AM | Show all posts
penampakkan entiti baharu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Procurement ada 20000 suppliers yg mana patutnya btwn 2000-2500 je... kat situ dah nmpk sama ada trend biz anak branak or poor mgmt.. either way still bad reputation
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
After 10yrs pasangan aku keje malaysia airlines arini dia dpt surat diberentikan..huhu..tiada lagi benefit dan sebagainya dgn mas..huhu susah nak.travel..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 09:48 AM | Show all posts
tak pe, bumi Allah nie luas, In Syaa Allah...ada la tu rezeki....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2015 09:50 AM | Show all posts
so lpas ni nama MAS tukar ke MAB ke? mcm xbest jah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 10:17 AM | Show all posts
Malaysia Airlines is "technically bankrupt", its chief executive has said, as he announced a restructuring programme and plans to cut about 6,000 jobs.

The announcement follows the twin air disasters which forced its nationalisation last year.

The airline said it had "offered jobs" to 14,000 of its 20,000 workforce.

The move was expected and follows the appointment of new chief executive Christoph Mueller in May.

"We are technically bankrupt," Mr Mueller told a news conference. "The decline of performance started long before the tragic events of 2014."

The airline is operating as normal and no flights are currently affected



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 10:20 AM | Show all posts
Analysis: Jennifer Pak, BBC Malaysia correspondent:

For more than a decade, Malaysia Airlines lurched from one restructuring to the next, but it was hard for many Malaysian taxpayers to understand the extent of the problem.

In-flight service remained one of the best in the region and up until the twin tragedies of MH370 and MH17, the carrier had a good safety record.

The new chief executive, Christoph Mueller, detailed the structural issues today.

For example, he said Malaysia Airlines management staff were spread out across more than 12 buildings, which meant departments were spending a lot of time to communicate with each other.


He also stated that the airline was "technically bankrupt".
Mohshin Aziz, an aviation analyst at Maybank, told the BBC that no management official "had the balls to admit that" in the past.

He said the slashing of a third of the work force was a promising sign of real change.
But Mr Mueller doesn't have much time to revive Malaysia's national icon.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062447 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list