View: 7634|Reply: 67
|
[Tempatan]
Majlis perkahwinan dapat tajaan RM5 juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Majlis perkahwinan pengacara Selamat Pagi 1Malaysia Iesya Toh, 32, bersama ahli perniagaan Mohd Huzairee Muhamad, 34, yang berlangsung pagi tadi dan Ahad ini mendapat penajaan mencecah RM5 juta.
Iesya ketika ditemui berkata, rantai yang digayakan ketika majlis akad nikah hari ini harganya menyamai kereta Ferrari manakala harga persalinan yang digunakan pada majlis itu mencecah RM300,000.
Menurutnya, secara keseluruhan majlis perkahwinan Iesya merangkumi majlis berinai, bersanding dan bertandang mendapat tajaan daripada 57 syarikat.
Dalam majlis pernikahan di Wisma Berita Angkasapuri, di sini, pagi tadi, Iesya menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000 beserta tujuh dulang hantaran manakala pihak Iesya membalas dengan sembilan dulang.
Selain itu, Iesya juga menerima insuran kesihatan dan simpanan bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinannya.
"Saya tidak minta semua itu. Apa yang diberikan adalah atas perbincangan bersama. Suami saya orangnya mudah. Kalau dia okay, saya pun okay. Tidak ada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk," katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya.
Mereka dinikahkan Imam 1 Masjid An Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah berwakil walikan bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah dalam majlis yang diadakan di Wisma Berita Angkasapuri, di sini.
Majlis persandingan akan diadakan di lokasi yang sama Ahad ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah rezki sapu je laa dekkk... |
|
|
|
|
|
|
|
untungla |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la dek.urut kepala la sapa yg bakal kawin dan kaki TMK nk lawan chuolsss |
|
|
|
|
|
|
|
Rantai jangan lupa pulangkan...harga je mcm ferrari tp maintain takat pinjam...standard celeb msia.. Tp tgk gmbr kawin apsal dh rupa macik2 sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah betina ini sis? Chinese convert kah sis? |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni kena tipu dengan wedding planner rm20k nangis nangis masuk tv itu hari. musykil jugak, kata dapat tajaan banyak. anyway segala dah berjalan lancar. baguslah |
|
|
|
|
|
|
|
huntunglah...
w/pon tak kenal, selamat pengantin baru. |
|
|
|
|
|
|
|
x kenal la... tp untong la dpt sponsor |
|
|
|
|
|
|
|
dlm beautifulnara ckp kena tipu dgn dsihir tu apo plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ct dulu kahwin dpt brape juta?? 
Ada lima jota x?? Kalo kurang, kalah la dgn acik ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau zaman dahulu.. penyanyi dan pelakon sahaja merasakan mereka artis... pengacara atau DJ tetap anggap mereka sebagai pekerja syarikat tempat mereka bekerja dan tak anggap mereka celebriti atau berasa macam mereka artis...
tapi sekarang pengacara pun dah berlagak macam artis dan glamour teramat... artis baru berlakon satu drama cerekarama pun dah berlagak diva kunun merekalah artis dan celebrity yg terkenal...
kalau artis otai mereka tetap humble dan sentiasa menganggap berlakon tu satu pekerja yg sama macam yg lain contoh kerani, konduktor bas juga untuk cari makan....
apa lah nak jadi.. tak paham akak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, rezeki.bless her. |
|
|
|
|
|
|
|

rantai yang digayakan ketika majlis akad nikah hari ini harganya menyamai kereta Ferrari manakala harga persalinan yang digunakan pada majlis itu mencecah RM300,000.
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda mahai tapi nampak so so aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Myb ak buta seni, design permata biru tu biasa. Rantai mutiara go shop lg diva, cuma x terserlah pki ngan baju putih |
|
|
|
|
|
|
|
Tp elokla kawin..at least berhenti la cerita2 psl dia... Asik2 kecoh dpt tajaan...bangga sgt kena taja... |
|
|
|
|
|
|
| |
|