View: 2527|Reply: 14
|
[Tempatan]
Sekarang dah sampai KWSP letak wang dalam 1mdb
[Copy link]
|
|
Edited by keat8303 at 21-5-2015 12:36 AM
![](https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xta1/v/t1.0-9/p720x720/11251912_965851863449321_7775053448850722750_n.jpg?oh=0e1ed142c35771902e81339fcb4dcb32&oe=55FB530F)
Jawapan Perdana Menteri bagi soalan bertulis saya bertarikh 18 Mei 2015 mengesahkan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) adalah lebih besar dari apa yang pernah dilaporkan sebelum ini. Selain dari pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd, Perdana Menteri mengesahkan bahawa KWAP juga mempunyai pelaburan dan pegangan berjumlah RM1.4 bilion di dalam 4 anak syarikat 1MDB termasuklah Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Ini bermakna dari RM1.5 bilion bon yang diterbitkan oleh 1MDB (melalui Bandar Malaysia Sdn Bhd) bagi membiayai penempatan semula operasi ketenteraan di Kem Udara Sungai Besi, RM920.8 juta telah dilanggan oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan baki RM579.2 juta telah dilanggan oleh KWAP. Baki pelaburan dan pegangan KWAP yang lain berkemungkinan dalam bentuk bon yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat 1MDB yang disenaraikan Perdana Menteri pada hari Isnin.
Jawapan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.
Dari YB Saudara Rafizi Ramli, ahli parlimen Pandan, Pakatan Harapan Rakyat
https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/photos/a.468696556498190.111706.145165568851292/965851863449321/?type=1
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah duit kita semua. Kena kekah habis habisan. But yet ramai gak yg bodoh nk sokong org ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kurang2 nya boleh dilabur dlm pembikinan filem huliwud....![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
huh...rafizi ke yang tulis....tak mainla rafizi..kalau madey cakap tu lain la aku percaya....tunggu la madey bongkar bende ni 2 tahun lagi...masa tu aku baru percaya...setakat rafizi bapok ni wat ape
mad,
mufti agama mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
Wahyu dari PM, KWSP apa kuasa mahu bantah |
|
|
|
|
|
|
|
pi yem kite ni, pandai berniaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt dpt dividen tinggi woooiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu KWAP?
KWAP adalah Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk pesara2 Gomen. Kerajaan akan put aside a certain amount of money dalam KWAP............KWAP akan uruskan wang ini guna membayar pencen pesara2 Kerajaan. Duit yang banyak ini akan dilabur ala2 KWSP. Berbeza dengan KWSP............pekerja Gomen tak perlu bayar satu senpun kedalam KWAP. Pesara Gomen tahu terima pencen je. Fullstop. Jadi apa risiko kalau KWAP labur dan lebur dalam 1MDB??? Hampir tiada...............Kalau KWAP lingkup dalam pelaburan 1MDB, pesara Kerajaan tetap dapat pencen dari Kerajaan.
KWSP lain. Ini duit 100% pekerja (dari potongan gaji pekerja dan dari Majikan). Satu senpun Kerajaan tak contribute kedalam KWSP. Itu sebab, kalau KWSP salah dalam pelaburan, yang merana tetaplah pekerja2 yang bukan dalam payroll Gomen. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang PM tengah cuba menyelamatkan 1MDB pakai wang rakyat. Lepas tu akan mengumumkan 1MDB sihat apabila ia sembuh.
Akhirnya 1MDB sembuh, tapi dana negara dihabiskan dan rakyat mampus
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaum melayu yang masih sokong UMNO barisan nasional ingat UMNO akan jaga kamu? Betul jaga kaum melayu sebelum kerajaan muflis.
Tangan kiri jaga kaum melayu, tangan kanan makan wang berbillion-billion ringgit dengan kroni-kroni. Akhirnya kerajaan akan muflis
Lepas muflis, anak-anak dan cucu-cucu kita akan menderita sebab wang yang dicari semua akan digunakan untuk bayar hutang negara.
Kalau kerajaan betul-betul jaga kaum melayu, mengapa kebanyakan keluarga miskin dari kaum melayu? fikirlah betul-betul kawan-kawan kaum melayu saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
skim cpt kaya koya kuyu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wang negara kan banyok...dok pun kat kementerian duit malaysia.....standby topup ado sokmo....
p/s : nak topup takkan nak ceiter kat orang kot....ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
nangis baca statement ko ni...![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Pencen adalah tanggungan tetap kerajaan
kalo wang amanah telah disalahgunakan atau mismanage bermaksud...kerajaan akan
mencari dana baru utk meet perbelanjaan tangunggan tetap dulu.
wang mana yang akan dicatu? dah tentu bajet pembangunan jangka panjang dan mengurus
perbelanjaan mengurus cukup tinggi skrg, amanah dah weng...tang mana lagi nak cut? pembangunan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|