Piala FA: Jualan tiket berjalan lancarSebanyak lapan kaunter tiket dibuka dan satu kaunter dikhaskan untuk wanita menjelang perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini. Foto TRP Mohd Zulhairie
[size=100%]KOTA BHARU, 20 Mei:Penjualan tiket perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dengan Lions XII berjalan lancar apabila tidak berlaku sebarang kekecohan dan insiden yang tidak diingini.
Walaupun kaunter tiket mula dibuka pada jam 9 pagi, namun kebanyakkan penyokong The Red Warriors (TRW) sudah memenuhi perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-IV seawal jam 7 pagi.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati sebanyak lapan kaunter tiket dibuka dan satu kaunter dikhaskan untuk wanita.
Salah seorang penyokong TRW, Mohd Fakhrul Mohammad, 26, ketika ditemui berkata, dia telah membelanjakan sejumlah wang untuk menyaksikan final Sabtu ini.
“Selepas Kelantan layak ke pusingan akhir Piala FA Sabtu lalu, saya sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli tiket dan akan ke stadium Putra Bukit Jalil.
“Saya tidak kisah dengan harga tiket, walaupun mahal saya tetap akan beli demi TRW,” katanya ketika ditemui hari ini.
Seorang lagi penyokong, Ahmad Fadhli Yusoff, 30, berkata, dia tetap akan ke stadium Bukit Jalil.
“Inilah peluang yang ditunggu-tunggu, sebelum ini saya tidak dapat ke stadium Shah Alam ketika Kelantan menjadi juara Piala FA 2013 atas urusan kerja. “Saya dan kawan-kawan nak sokong pasukan Kelantan kami tak kisah kena keluarkan duit janji kami dapat memberi sokongan.
“Jadi kali ini saya sanggup pergi walaupun majikan tidak bagi cuti,” katanya sambil berseloroh.
Dalam aksi perlawanan akhir kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia memperuntukkan sebanyak 45,000 keping tiket termasuk yang dijual secara atas talian. Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.
Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lalu.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/05/20/piala-fa-penjualan-tiket-berjalan-lancar/#ixzz3aeuqOY91
Sejak awal pagi lebih 1,000 penyokong The Reds Warriors (TRW) sudah beratur di kaunter Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu pagi ini untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan melawan Lion XII, Sabtu ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI FATIHAH AWANG
LEBIH 1,000 penyokong The Red Warriors (TRW) membanjiri pekarangan stadium Sultan Muhammad ke IV bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan menentang Lion XII, Sabtu ini.
Walaupun terpaksa beratur sejak awal pagi, rata-rata mereka tetap sabar menunggu kaunter tiket yang dijangka mula dibuka jam 9 pagi.
Sehingga kini, tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku walaupun ada diantara penyokong yang beratur sehingga ke jalan utama Padang Perdana di sini.
|