CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34939|Reply: 192

Keluarga Restu Farhan Hensem Nikah Ibu Tunggal

[Copy link]
Post time 13-5-2015 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga Restu Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Nikah Ibu Tunggal



Farhan dan Noriah berkenalan setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berumah tangga pada 15 Mei ini.
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Keluarga bekas suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar tidak menghalang untuk dia memilih ibu tunggal beranak dua sebagai bakal isteri.

Farhan, 26, berkata, biarpun pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama Abby yang juga seorang ibu tunggal ketika itu namun keluarganya merestui hubungannya dengan Noriah Mat Isa selepas wanita itu diperkenalkan kepada mereka.

"Soal status bukan subjek utama kerana ini adalah soal jodoh yang ditentukan oleh Allah.

"Alhamdulillah keluarga menerima dan merestui perhubungan kami biarpun mengetahui bakal isteri adalah ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Pasangan itu bakal disatukan pada Jumaat ini di ibu negara manakala majlis resepsi keluarga pengantin perempuan akan diadakan sehari selepas itu.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama.



Farhan berharap perkahwinan keduanya akan berkekalan.

Dalam pada itu, Farhan berkata, dia terbuka hati untuk berkahwin buat kali kedua selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Noriah.

Jelasnya, wanita berkenaan dianggap istimewa kerana menghormatinya sebagai seorang lelaki selain menyifatkan keperibadiannya sempurna.

"Dia bijak mengambil hati saya dan keluarga selain menghormati saya sebagai seorang lelaki dan pandai memasak.

"Bagi saya bukan soal cepat atau pun lambat tetapi tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan Noriah adalah pilihan terbaik," katanya.

Sementara itu, Farhan berkata, seperti mana harapan pasangan lain, dia berharap perkahwinan kali kedua ini adalah yang terakhir selain mengakui kesilapan lalu banyak mengajarnya supaya lebih matang dalam melayari rumah tangga.

"Apa yang saya harapkan apa yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang dan perkahwinan kali kedua ini akan kekal bahagia," ujarnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 21 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Farhan berkata, dia masih belum berputus asa untuk mengejar impiannya bergelar pelakon dan masih menanti tawaran daripada produksi.

Bagaimanapun dia sedar bukan mudah untuk melangkah dalam bidang itu dan bersedia untuk memulakan kariernya dari bawah.

"Apabila saya beritahu ingin jadi pelakon bukanlah saya mengharapkan watak besar tetapi ingin bermula dari bawah bagi membina keyakinan dalam diri saya.

"Alhamdulillah sebelum ini saya ada bertemu dengan pengarah Shuhaimi Lua tetapi dia ingin saya mengurangkan berat badan terlebih dahulu sebelum diberi peluang," katanya yang kini bernaung di bawah agensi bakat iaitu Jamal Tommy Talent Agency.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 11:39 AM | Show all posts
yg diulang menghormati dia sbgai lelaki..aku tertnya2 adakah dlu bakyah xhormat dia sbgai lelaki..atau hormat dia sbgai lelaki yg blm baligh??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:40 AM | Show all posts
ok...next story..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:40 AM | Show all posts
sepertimana bakyah yg mewah ngan jodoh..paan gak sama..dikurniakan jodoh tnpa perlu menunggu bertaun2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:41 AM | Show all posts
nk berlakon jugak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:42 AM | Show all posts
takut tak ada job pelakon, kena sediakan payung emas sebelum hujan.. hihih janda pon janda la janji ada income bulan2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2015 11:49 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-5-2015 11:39 AM
yg diulang menghormati dia sbgai lelaki..aku tertnya2 adakah dlu bakyah xhormat dia sbgai lelaki..at ...

agaknya sbb bakyah byk mengaum kat social media kut tu yg dikatanya tak menghormati dia sbg sang suami
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:49 AM | Show all posts
dia mmg taste janda ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape dah keruh muka..xnmpk berseri innocent cm time dgn abby dedolu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:00 PM | Show all posts
Hansem tang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kawen ni still jadi pelakon kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:03 PM | Show all posts

janda kaya kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:14 PM | Show all posts
Janda byk pengalaman, banyak duit, tu yg paan berkenan sgt kot...speku jea, jangan lahar, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah kawen ngn bakyah sb nk jd duda n berkahwin dgn ibu tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:20 PM | Show all posts
Merepek dah jantan ni...x pasai2 jd retis lak ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak kertu da paan..retis ke dia nih..sampai masuk bod gosip..dah ada produk ke nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 12:31 PM | Show all posts
farhan dah ada benang sendri kat cari
officially jd retis dah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:32 PM | Show all posts

Iolls pun tertanya2
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:33 PM | Show all posts
eh..kenapa mcm kenal je bakal isteri farhan nih??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 12:41 PM | Show all posts
TAK PASAL2 MASUK RUANGAN NI...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054382 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list