CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 14

[Tempatan] J/Kuasa PAC Mulakan Prosiding Siasatan 1MDB 19 Mei Ini

[Copy link]
Post time 11-5-2015 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Utama & Sensasi                                May 11, 2015               
51













KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia akan memulakan prosiding siasatan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.

Prosiding ini akan turut memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan menerusi satu kenyataan di sini.

Pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula, PAC akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, serta bekas CEO pertama 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, yang berkhidmat sejak Mac 2009 hingga Mac 2013.

Nur Jazlan Mohamed, berkata jawatankuasa berkenaan telah sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB pada satu perbincangan khas pada 30 April lepas.

“Dalam perbincangan ini, semua ahli PAC, yang terdiri daripada lapan Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) serta lima daripada pembangkang, sebulat suara bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009 selepas bertukar fungsi daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA),” katanya.

“PAC akan memulakan prosiding dengan memanggil Pegawai Pengawal syarikat 1MDB iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU yang pernah hadir memberikan keterangan kepada jawatankuasa ini pada 2012,” katanya.

Nur Jazlan berkata surat panggilan terhadap Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah dihantar pada 6 Mei lepas, dan mengikut peraturan dan kuasa yang diberikan kepada PAC oleh Parlimen Malaysia, semua pihak berkaitan perlu hadir di hadapan jawatankuasa ini.

Katanya EPU telah menghantar surat balas kepada PAC pada Jumaat lalu selepas menerima surat panggilan yang dikeluarkan pada 6 Mei, untuk memaklumkan unit berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap tadbir urus 1MDB.

Bagaimanapun Nur Jazlan berkata PAC tetap mahukan EPU hadir memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan kerana mereka pernah hadir sebanyak dua kali bagi menjelaskan mengenai pelaburan syarikat terbabit selain turut bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, Sungai Besi.

“Kita sudah menghantar semula surat panggilan terhadap EPU pada hari ini, bagi memastikan mereka hadir pada 19 Mei ini, bersama-sama MoF bagi memulakan prosiding.

“PAC berpendapat jawatankuasa ini tidak boleh menunggu laporan Ketua Audit Negara, yang turut mengaudit syarikat ini atas arahan Kabinet, kerana terlalu banyak persepsi serta spekulasi dalam kalangan rakyat yang semakin bimbang ke atas status operasi serta kewangan dana pelaburan kerajaan ini.

“Pada masa yang sama, perlu diingatkan bahawa PAC yang dianggotai Anggota  Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, turut diwakili pegawai dari kementerian serta jabatan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Akauntan Negara dan EPU,” katanya.

Nur Jazlan berkata PAC merupakan jawatankuasa paling bebas dan adil, yang boleh memanggil serta menyiasat 1MDB memandangkan ia bukan berada di bawah cabang eksekutif iaitu Kabinet, sebaliknya sebuah jawatankuasa di bawah cabang legislatif iaitu Parlimen sebagai penggubal undang-undang dan dasar tertinggi negara.

Selain itu, katanya PAC tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk menamatkan prosiding ke atas 1MDB, sebaliknya akan menyiasat keseluruhan isu yang dibangkitkan mengenai tadbir urus serta pelaburan syarikat berkenaan.

Oleh itu, Nur Jazlan berkata PAC berharap semua pihak memberikan kerjasama terhadap prosiding 1MDB bagi memastikan sebarang persepsi negatif mengenai dana pelaburan berkenaan dapat dipulihkan, sekali gus memberikan gambaran terbaik terhadap usaha kerajaan menubuhkan syarikat berkenaan pada 2009. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 05:52 PM | Show all posts
endingnya nanti apa? semua didapati OK? compliance syariah dan majlis fatwa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Seme spesis macam azeez je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermhhhh membazir j la
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Azeez, irwan serigala, bivi, arul nasi kandar...spesis belit
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:14 PM | Show all posts
Go Tony Pua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Politician selamat
gomen officer mesti sangkut sorang dua
Thats how we run the country
Mesia boleh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat apa. Ari tu dah buat audit lan. Auditor ckp ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
TUN sinyanyok tu tak nak campur tangan dlm penyiasatan pac ni ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:47 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 11-5-2015 09:52 AM
endingnya nanti apa? semua didapati OK? compliance syariah dan majlis fatwa?

Apa susah macai kat forum ci ni lagi layak gantikan pac
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 11-5-2015 08:17 PM
Politician selamat
gomen officer mesti sangkut sorang dua
Thats how we run the country

Kesian kan kak... Politician jer yg hidup subur kt malaysia nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 11-5-2015 09:14 PM
Kesian kan kak... Politician jer yg hidup subur kt malaysia nie...

Ye....tu la dia
sad but true
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la yg akan jd scapegoat tu nanti? Yang dpt kek paling besar rilek je arah2 suruh siasat, tido lena. Patut yg duk kat plg atas kena siasat skali..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:43 PM | Show all posts
macai2 sudah risau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:38 PM | Show all posts
cobaan kali ke 10 untuk post gambar
kalau thread ni dipenuhi dgn post aku, aku mintak maap sebab mmg aku sengaja


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.079532 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list