CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8690|Reply: 87

Semua masuk Syurga kecuali mereka yang Enggan

[Copy link]
Post time 5-5-2015 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mnm77 at 9-5-2015 01:25 PM

Salam...

Asalnya thread ini dibuka oleh seorang forumer lain, tetapi dia dah padam delete tajuk dan postingnya sendiri.... memandangkan masih ada forumer lain yang berminat,  maka saya buka balik topik perbincangan:  

Semua masuk Syurga kecuali mereka yang Enggan

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
“Seluruh umatku akan masuk Jannah (Syurga), kecuali yang enggan.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Baginda menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk Syurga, sedangkan barangsiapa yang menderhakaiku maka sungguh dia telah enggan (masuk Syurga).”
(Al-Bukhari)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 11:22 AM | Show all posts
dan yg ke dua adalah  umat melayu sekarang

Melayu lagi.. kenapa tt dari hari tu asyik kaitkan bangsa melayu je with everything....why la..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2015 11:25 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 5-5-2015 11:22 AM
Melayu lagi.. kenapa tt dari hari tu asyik kaitkan bangsa melayu je with everything....why la..huh ...

Dia dok sangka Melayu tu ibu segala Yahudi, berdasarkan 'ilmu makrifat' yang dia dapat setelah suatu kejadian PELIK menimpa dirinya.

Dia tengah pening tu....

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:58 AM | Show all posts
perbetulkan dahulu solat syariat yg sempurna....
pelan2 naik solat tu....
jgn cerita surga neraka atau benda2 hakikat
kalau dah qadim dan muhaddas pon tak tentu kebenarannya letaknya...
yg lain2 adalah sembang semata....ilmu hakikat maseh belum makam hakikat
ilmu makrifat sekadar sembang, makrifat seseorg adalah anugerah Allah atas diri insan yg kamilmukamil..
ade paham???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2015 03:23 PM | Show all posts
r1122 replied at 5-5-2015 02:50 PM
Iblis...kenapa iblis enggan sujud? Ceritanya sama macam cerita umat melayu..mula dari awal baru faha ...

Kisah Iblis enggan sujud disebut dalam Al-Quran. Ni cedok kat mana pula kata kisah Melayu sama macam kisah Iblis?

Sebelum ni kamu cedok maklumat dari blog kononnnya Melayu tu Yahudi.... yang kamu kata dari 'ilmu makrifat'
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:29 PM | Show all posts
mnm77 replied at 5-5-2015 03:23 PM
Kisah Iblis enggan sujud disebut dalam Al-Quran. Ni cedok kat mana pula kata kisah Melayu sama mac ...

orang yg gila hakikat walaupon tok guru enggan terima sbg anak murid....maka cuba juga nak jalani kehidupan sufi bertasawuf...adala tempiasnya
begitulah org yg mengaji ni, walaupon ada betol tak betol....mereka sangat tergaru garu nak berkongsi cerita...
begitulah ragam manusia ni.....tuan mnm77
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2015 05:35 PM | Show all posts
btoi ka....sapa nak mensahehkan kebenaran tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 09:56 PM | Show all posts
mnm77 replied at 5-5-2015 11:25 AM
Dia dok sangka Melayu tu ibu segala Yahudi, berdasarkan 'ilmu makrifat' yang dia dapat setelah sua ...
kejadian pelik yang macam mana ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 10:00 PM | Show all posts
r1122 replied at 5-5-2015 12:06 PM
Puan nanti saya terangkan dengan jelas harap puan berlapang dada mendengarnya..mungkin puan sala ...
Okay, Insyaallah, akan berlapang dada mendengarnya...membacanya...
org yg beruntung adalah orang yg tak pernah jumpa, berselisih atau bertembung dgn
Berselisih,bertembung dengan siapa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2015 09:26 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 5-5-2015 09:56 PM
kejadian pelik yang macam mana ye?

Pernah dia beritahu tentang kejadian pelik yang berlaku padanya, tapi bila ditanya macam mana dia tak jawab sampai sekarang....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2015 09:28 AM | Show all posts
rantaikendoq replied at 5-5-2015 05:35 PM
btoi ka....sapa nak mensahehkan kebenaran tu...

Setakat ni yang dia sebarkan berdasarkan:

1. dakwaan 'ilmu makrifat'... dia kata 'makrifat' yang bagitau.. apa itu makrifat, dia tak cakap
2. blog
3. ENTAHLAH (katanya juga)


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 03:13 PM | Show all posts
r1122 replied at 6-5-2015 10:46 AM
Semalam banyak aku dah tulis mengenai iblis tapi aku delete separuh..yg sempat baca sempat lah.. ...

Assalam sodara....

mahu bertanya, apa pendapat kamu tentang iblis yg tidak sujud sama nabi Adam dengan iblis iblis yg datang pada manusia manusia lain di atas bumi ini, termasuk kepada kamu dan golongan kamu?

saya tahu kamu ini ada jemaah nya....dan maseh sedang rekrut lagi ya?
ada yang percaya dan tidak percaya sama khalifah bos kamu, iya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 12:15 AM | Show all posts
mnm77 replied at 5-5-2015 11:16 AM
Orang yang beriman, akan KEKAL dalam Syurga... abadan abada

جَزَا&# ...

cuba fahamkan ayat ni pula,


Mereka KEKAL di dalamnya SELAGI ada LANGIT dan BUMI kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

(  سورة هود  , Hud, Chapter #11, Verse #107)

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka KEKAL di dalamnya SELAGI ada LANGIT dan BUMI kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.

(  سورة هود  , Hud, Chapter #11, Verse #108)

eh eh, kalau dah kiamat dan dah masuk syurga dan neraka (pembalasan) kenapa masih ada langit dan bumi ye?

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 06:42 AM | Show all posts
Nikmat TERBESAR kehidupan ialah hidup dan mati dalam Islam ...terima hidayah Islam...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:42 AM | Show all posts
r1122 replied at 7-5-2015 09:58 AM
Selepas hari pembalasan aku tak kata ada langit dan bumi..tapi ada kejadian..iaitu syurga, nerak ...

bro aku tak faham apa yang ko cuba perjelaskan..

lagipon posting aku tu untuk bro mnm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 11:35 AM | Show all posts
zek007 replied at 7-5-2015 12:15 AM
cuba fahamkan ayat ni pula,

Apa yang bro faham pasal ayat tu? Cuba la jelaskan...

Mereka KEKAL di dalamnya SELAGI ada LANGIT dan BUMI kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

(  سورة هود  , Hud, Chapter #11, Verse #107)

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka KEKAL di dalamnya SELAGI ada LANGIT dan BUMI kecualiapa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.

(  سورة هود  , Hud, Chapter #11, Verse #108)

Saya akan cuba jelaskan, berdasarkan kefahaman dari tafsir Jalalayn dan tafsir Ibn Kathir. Kalau nak tepek tafsir kat sini jadi panjang berjela pula, jadi saya ringkaskan saja...

Ayat tu bukan bermakna berada dalam Syurga selagi ada langit dan bumi seolah-olah tidak kekal pula... ayat itu dalam bentuk perbandingan masa bahawa:
1. Yang masuk Syurga akan KEKAL di dalamnya (ini disebut awal-awal). Bagaimana KEKAL itu?
2. KEKAL itu diberi perumpamaan BERMULA dari penciptaan langit dan bumi (ini yang dimaksudkan seperti tempoh selagi ada langit dan bumi), KECUALI - bukan setakat itu saja (ini yang dimaksudkan dengan KECUALI apa yang dikehendaki oleh Tuhan)...
3. dan KEKAL itu dijelaskan dengan dapat nikmat TIDAK PUTUS-PUTUS. Maksudnya tiada penghujung.


eh eh, kalau dah kiamat dan dah masuk syurga dan neraka (pembalasan) kenapa masih ada langit dan bumi ye?
Itu hanya perbandingan masa bagi mereka yang masuk Syurga.... mereka KEKAL di dalam Syurga seumpama mereka tinggal di situ selama tempoh dari penciptaan langit dan bumi (tempoh yang panjang), kecuali (yakni bukan setakat itu saja), malah lebih dari itu... sehingga tiada pengakhiran yang mana mereka dapat nikmat tak putus-putus.

Ayat tu bukan bermakna langit dan bumi sekarang ni ada di Syurga, dan seolah-olah Syurga tak kekal. Banyak ayat lain yang menjelaskan KEKAL di dalam Syurga. Ayat di atas pula spesifik sebagai penjelasan tempoh masa bagaimana yang dimaksudkan dengan KEKAL.

Maka KEKAL manusia itu di dalam Syurga, ada permulaannya... tiada penghujung/pengakhiran. Ini dinamakan kekal atau 'ABADI', apabila dapat masuk Syurga. Yang masuk neraka pula, mereka tidak hidup, tidak juga mati. Allah yang Maha Mengetahui bagaimana keadaan mereka.

ALLAH sifatnya 'AZALI', TIADA PERMULAAN, TIADA PENGAKHIRAN.

Selain dari Allah, semuanya FANA (BINASA).... sehingga berlaku Ketetapan Allah untuk hidupkan kembali manusia dan kekalkan kehidupan manusia di akhirat.

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 02:05 PM | Show all posts
r1122 replied at 7-5-2015 01:14 PM
Lain kali belajar semula....syurga dan neraka pun tak kekal.syurga neraka dan penghuninya iaitu manu ...
Lain kali belajar semula....syurga dan neraka pun tak kekal.syurga neraka dan penghuninya iaitu manusia adalah makhluk...kamu telah kufur jika kata ada makhluk kekal selain allah..manusia mati kat dunia bukan mati lesap tp cuma berpindah alam dari dunia ke alam barzah..jasad manusia hanya sarung..boleh di ganti bila hari berbangkit...kamu faham tak mana satu makhluk mana satu tuhan..? Kamu faham tak apa itu manusia? Ada tgn ada kaki ada kepala, berkaki dua, itukah manusia? Itu bukan manusia itu jasad...dan jasad adalah pinjaman dan di kembalikan kepada tuhan..atau kamu nak guna jasad tu sebagai milik mutlak kamu?kamu jena serah kpd pemiliknya iaitu tuhan.(bukan serah tuhan ambil balik).jasad adalah pinjaman..klu pinjaman kamu nak guna jasad tu selama lamanyakah?
Kenapa kamu bergitu teruk? Asal kehidupan pun tak tahu..asas kehidupan pun tak tahu.siapa manusia( diri kamu sendiri) pun tak tahu...kamu pandai cakap..sebelum kenal tuhan kena kenal diri..
Dari kenyataan ko, sejelasnya ko menyatakan hanya Allah yg kekal, selainnya samada makhluk bernyawa atau tidak akan musnah, termasuklah syurga dan neraka kan, musnah semuanya???? so kalau dan musnah, jadi apa?? Allah nak buat apa lepas tu????


An Nahl 96"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Apa maksud 'apa yang ada disisi Allah tetap kekal' tu????


minta penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 02:29 PM | Show all posts
r1122 replied at 7-5-2015 02:12 PM
Aku tak mahu jawab soalan kamu..soalan macam org tak ada agama.kamu faham tak beza tuhan dgn mak ...

Bila Allah kata, apa yang ada disisi Allah tetap kekal, adakah syurga dan neraka tu di sisi Allah???? adakah syurga dan neraka tu makhluk???


Makhluk atau bukan???

Kekal atau binasa???



Soalan dari orang yg macam tak de agama ni, orang beragama macam ko takkan tak boleh jawab
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:15 PM | Show all posts
r1122 replied at 7-5-2015 02:56 PM
Dalam tulisan aku yg lepas aku byk tulis perkara tak logik dan pelik .seperti hampir kesemua pendudu ...

Bro, soalan aku simple je tu, napa tak jawab, mengapa ko merapu pada perkara yg ko pun tak pernah tau, yang ko takpernahpun alami
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 03:38 PM | Show all posts
r1122 replied at 7-5-2015 09:33 AM
Aku dah agak ini lah jawapan kamu..jawapan tok gundu..dan jawapan org yg mengaku ulama dunia sek ...

ni jawapan I ...still nikmat terbesar ialah Islam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list