CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9135|Reply: 64

[Dunia] Salman Khan dijatuhi hukuman lima tahun penjara

[Copy link]
Post time 7-5-2015 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Salman Khan Bersalah Kes Langgar Lari, Tapi Bukan MyVi



TERKINI: Salman Khan dijatuhi hukuman lima tahun penjara…

MUMBAI – Hakim sebuah mahkamah tempatan di India pada Rabu mendapati bintang popular Bollywood, Salman Khan sebagai bersalah kerana membunuh seorang lelaki pengemis jalanan kira-kira 13 tahun lalu.

Aktor dengan nama asalnya, Abdul Rashid Salim Salman Khan didapati terlibat dalam satu kemalangan langgar lari yang berlaku pada tahun 2002, dan lebih teruk dia ketika itu memandu pula dalam keadaan amat mabuk.

Hakim DW Deshpande menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas seniman berusia 49 tahun itu kerana melanggar gelandangan itu dengan kenderaan SUVnya di Mumbai dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.



Salman Khan bagaimanapun menyalahkan pemandu peribadinya kerana nahas itu menyebabkan mangsa yang tidur di tepi jalan di luar kedai bakeri American Express di daerah Bandra maut digilis pada 28 September 2002.

Mahkamah sesyen Mumbai dimaklumkan, kejadian ngeri tersebut turut mengakibatkan tiga orang lagi rakan pengemis itu mengalami cedera parah dan pelakon Hindi berkenaan hanya berjaya didakwa pada 24 Julai 2013.

Berita itu mendapat liputan luas media tempatan kerana ‘kecekapan’ Salman Khan mengeksploitasi kelemahan sistem perundangan India membolehkan dia beberapa kali dilepaskan walaupun memang jelas dia bersalah.

Ribuan peminatnya termasuk artis-artis berkumpul di luar mahkamah bagi memberi sokongan moral dan berdoa ke atas Salman Khan yang telah membintangi lebih 80 filem sejak aktif dalam dunia seni pada 1988 lalu.



Seramai 64 orang saksi dipanggil pihak pendakwa raya selain puluhan bahan bukti termasuk kesan kemekan pada bahagian bampar hadapan kereta Toyota Land Cruiser berwarna putih sebagai impak pelanggaran teruk.

Kematian mangsa, Noor Ullah Khan, 38 tahun, dalam tragedi itu bagaimanapun tidak mendapat pembelaan sebaliknya media lebih memperbesarkan nasib filem Bollywood sepanjang lima tahun ketiadaan Salman Khan.

Apa yang pasti, mujur ketika kejadian itu, Salman Khan tidak pula memandu kereta jenis MyVi dan berlumba ‘haram’ dengan beberapa pemandu kenderaan yang sama sehingga mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.

Ironi, menurut undang-undang jalan raya di India, pesalah kes trafik yang menyebabkan kematian terhadap pejalan kaki boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun sahaja. – Agensi/H.A.AMREE --mynewshub.cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Korup to da max
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:46 PM | Show all posts
dari tahun 2002, tahun 2015 baru selesai kes ni? sampai ke siling kot file kes mahkamah di India yang belum selesai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:47 PM | Show all posts
betul2 salman khan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
5 tahun je untuk nyawa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 09:54 PM | Show all posts
Cian adik Akak kena penjara...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2015 09:57 PM | Show all posts
tapi kalau dia buat macam dalam filem, dia akan kejap je dapat lari keluar dari penjara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:15 PM | Show all posts
ohhh syg nya abam handsome kena tingal kat penjara....terus tak kawin lah dia ni.umo dah masuk 50....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 10:24 PM | Show all posts
Apakah? Dari tahun 2002. Lamanya kes...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:25 PM | Show all posts
aku tgk kat awani ... baru aku layan thread neh.mereput la ko....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku igt org lain yg bernama salman khan...hhahhaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tak lama. Ramai loyar buruk cakap berbelit-belit. Kehkehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:30 PM | Show all posts
Aamir Khan visits Salman Khan's house.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kat malaysia plak kita tengok kes myvi tu macam mana. Baru je layan movie salman khan berlakon jadi polis. Banyak siok. Moralnya, dont drink & drive.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Langgar org sampai mati 5 tshun je penjara?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:35 PM | Show all posts
bodoh bangang la sapa sapa yg minum arak ni...

mak pak yg biar anak2 minum arak lagi bahlol.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 10:38 PM | Show all posts
bila dah kena tangkap, baru lah nak pakai ketayap si Salman ni....

pluralism typical bollywood nyer tiba2 hilang pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:40 PM | Show all posts
tu pasal islam total haramkan arak ..

tapi bahlol2 n kafirun2 ni degil.....ikut pangai setan...

bodoh nya membawa ke penjara..

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:48 PM | Show all posts
Kita panggil dia Abdul Rashid saja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
farin amat nak kawen. salman khan masuk penjara.
dunia ku berpinar melehat abang sado hilang sikit demi sedikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073120 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list