View: 2563|Reply: 10
|
[Tempatan]
Giliran BAM rayu 'wildcard' BWF
[Copy link]
|
|
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampil merayu kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BMF) untuk menggunakan wildcard setelah pergantungan Datuk Lee Chong Wei tamat pada 5 may lepas.
Terdahulu musuh tradisinya, Lin Dan juga pernah diberikan 'wild card' oleh BWF semasa kejohanan dunia di Guangzhou pada 2014, namun mendapat reaksi kurang selesa daripada pemain nombor satu tanah air tersebut.
Wild card ini dilihat perlu oleh BAM kerana penampilan Datuk Lee mampu meningkatkan peluang negara kita untuk memperolehi kejayaan dan seterusnya menaikkan semula ranking Datuk Lee.
Siang tadi, Timbalan Pengerusi Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan pihaknya sudah secara rasmi menulis surat kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk membuat permohonan mendapatkan wild card agar Datuk Lee Chong Wei berpeluang menyertai kejohanan badminton sedunia yang bakal diadakan di Jakarta pada bulan Ogos ini.
Keputusan 'wild card' tersebut akan diketahui selewat-lewatnya pada 14 Mei 2015. Indonesia selaku tuan rumah untuk Kejohanan Sedunia kali ini juga memiliki 1 'wild card' namun ia terhad untuk pemain negaranya sahaja. Sehubungan dengan itu, permohonan 'wild card' daripada BWF merupakan langkah akhir BAM untuk melayakkan Datuk Lee Chong Wei beraksi pada kejohanan terulung itu.
Selepas dijatuhi lapan bulan penggantungan akibat kesalahan kes doping, kedudukan bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei jatuh ke tempat ke-45 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Jaguh badminton negara itu kini berada di belakang Chong Wei Feng yang berada di ranking ke-31 dengan 35,199 mata, manakala pemain bebas Zulfadli Zulkiffli di tangga ke-41 selepas mengumpul 28,910 mata. - CARI Infonet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Datuk, masa dia pemain nombor satu dunia, BAM terlalu mengharapkannya, kini dia pemain nombor 45 dunia pun BAM masih terlalu mengharapkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hope dapat la masuk.. dulu lindan senang je dapat.. tak payah apply pun.. go Lcw |
|
|
|
|
|
|
|
tak main dah berapa bulan pun masih nombor 45 dunia..hebat..syabbas bettey... |
|
|
|
|
|
|
|
wildcard tu menantang apa? simcard tau la |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya BWF akan consider utk bagi LCW main kot, sbb dia still crowd puller dlm siri badminton antarabangsa.........sapa x nak tgk LCW vs LD, LCW vs CL,weeiiiiiiiiii
omputih pun excited nak tgk....buhsan laa asyik2 China vs CHina jer...... |
|
|
|
|
|
|
|
sikatkutu replied at 6-5-2015 10:05 AM
wildcard tu menantang apa? simcard tau la
Kalau tak silap ia bermaksud seseorang pemain akan diberikan lampu hijau untuk terus bermain di peringkat pertama tanpa perlu melalui peringkat kelayakkan. Biasanya top players akan terus bermain di first round manakala pemain di luar top 15 atau 20 contohnya, akan terpaksa melalui peringkat kelayakkan sebelum dibenarkan beraksi di first round. |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah Msia ada 10 orang LCW...tkderlah BAM nk rayu sana sini..
rindunya dgn pemain badminton zaman dulu2...team Msia 90s & team dari Indonesia..
|
|
|
|
|
|
|
|
sikatkutu replied at 6-5-2015 10:05 AM
wildcard tu menantang apa? simcard tau la
Persis wildboar |
|
|
|
|
|
|
|
yup..exactly..tennis pun mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|