View: 3958|Reply: 25
|
[Tempatan]
Bantah GST, UMNO bahagian di Pulau Pinang diBubar
[Copy link]
|
|
Bantah GST, Umno bahagian di PP dibubar
Diterbitkan May 01, 2015 12:53pm
Umno bahagian Guar Jering Jaya di Pulau Pinang hari ini dibubarkan sebagai tanda bantahan terhadap kepimpinan BN dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). |
|
|
|
|
|
|
|
yeay..... sepatutnya tambah bantah Najib jadi PM |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak la ye yg pandai berfikir |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah kasian....harap2 tak buat uturn balik bila disogok macam2 gula2 |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni luar biasa, cerita biasa ahli pkr/pas keluar parti bila setiap kali ada prk..
apakah pkr sudah guna tektik bn cerita recylce itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Dakwa terabai, Umno cawangan di PP dibubar
12:53PM - 1 May 2015
http://www.malaysiakini.com/news/296972
Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.
Bekas ketua Umno cawangan itu, Asri Ahmad berkata, semenjak 2006, cawangan Guar Jering Jering Jaya sering diabaikan oleh Umno kawasan Permatang Pauh.
Asri mendakwa, Umno cawangan itu sering diabaikan tanpa sebarang kebajikan dan peruntukan yang diberikan oleh Umno kawasan mahupun negeri.
"Hari ini saya bersama rakan-rakan ahli cawangan saya turun ke Pusat Khidmat PKR atas dasar kami dah hilang kepercayaan kepada Umno Permatang Pauh dan juga kepimpinan pusat sendiri.
"Dah lama kami diabaikan sejak cawangan kami ditubuhkan pada 2006. Ini mungkin satu rahmat pada kami. Ini janji kosong BN.
"Dan saya ambil kesempatan isytiharkan dengan sukarelanya ingin bubarkan Umno cawangan," katanya yang hadir bersama kira-kira 15 orang bekas ahli cawangan itu pada sidang media di Pusat Media PKR di Permatang Pauh.
Mereka juga mempamerkan kain rentang menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam sidang media itu.
Turut hadir pada sidang media itu ialah exco dan juga ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.
Selain itu, Asri turut menambah, sebelum ini pihaknya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk membuat aduan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diterima oleh Umno cawangan itu, katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
apa la nak jadi
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusla jgn uturn sudah |
|
|
|
|
|
|
|
ingat la melayu sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp wak maslan x hantar punahsihat dia bg ceramah kebaikan gst kt ameno cwgn situ? Kot2 dap 1 penang terus bubar dgr byk benefit gst....siap mntak rate gst naik 100% |
|
|
|
|
|
|
|
Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR
OLEH KC NAZARI
Published: 1 May 2015 1:46 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... i-bilik-gerakan-pkr
Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.
Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.
"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.
"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.
Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.
"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.
"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.
Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.
Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.
Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti. – 1 Mei, 2015.
- |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti rancangan jahat DAP Yahudi Nasrani kristian
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhhhhhh nilah dia nya. takde hak langsung nak bersuara |
|
|
|
|
|
|
|
kesian melayu pulau oinang
|
|
|
|
|
|
|
|
Umno dah pecah....
Markas PAS bertambah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|