View: 7255|Reply: 46
|
Anuar Zain Dedah Pernah Ditipu Lebih Sepuluh Kali
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pernah ditipu penganjur konsert lebih daripada sepuluh kali sepanjang dia bergelar penyanyi.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, kebanyakan penganjur meminta bayaran rendah daripada dia kononnya mahu membuat majlis amal, namun sebaliknya mereka menjual tiket untuk mengaut keuntungan lebih.
"Memang dari dahulu lagi ada penganjur-penganjur acara yang suka membuat kerja-kerja penipuan ini.
"Bayangkan saya yang masih lagi kanak-kanak sebelum ini pun ada orang yang cuba mengambil kesempatan.
"Kononnya mahu membuat majlis amal dan mereka meminta saya untuk meletakkan harga yang rendah. Tetapi sebenarnya mereka tipu," katanya kepada mStar Online.
Anuar Zain
Anuar ditemui pada sidang akhbar majlis amal makan malamnya di Zebra Square di sini pada Isnin.
Majlis amal itu akan berlangsung pada 25 Julai depan.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Mungkin ini, dia bersyukur kerana pengurusan peka dengan penganjur yang tidak bertanggungjawab selain peminat yang sentiasa mengambil tahu tentang setiap penganjuran persembahan diadakannya.
Sementara itu, mengenai majlis makan malam amalnya Anuar berkata, ia diadakan bagi mengumpul dana yang sebanyak RM100,000 untuk kegunaan pelajar pasukan Electro, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dekat sini yang memerlukan wang untuk menyertai pertandingan F1 In Schools Technology Challenge pada September depan di Singapura.
"Apabila melihat kepintaran mereka dalam bidang kejuruteraan pada usia muda, hati saya terus berkata mereka ini adalah masa depan negara dan kita mesti membantu apa-apa yang patut.
"Kerana itu juga saya meletakkan harga minimum (untuk bayaran pemuzik) agar dapat mengumpulkan dana dengan lebih mudah," ujarnya.
Tiket berharga RM885, RM685, RM485 dan RM285 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi talian 03-92228811 dan 019-2414090 Mat Nor).
**CC FOR Mstar Online |
|
|
|
|
|
|
|
wah harga tiket paling minimum pun RM285.00 |
|
|
|
|
|
|
|
Kelass kau Anuar Zain.
Konsert Ziana Zain pun belum mampu semahal itu |
|
|
|
|
|
|
|
tu harga tuk 1 meja 10 kepala kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau 1 meja=10 kepala harga camtu, mmg murahlah |
|
|
|
|
|
|
|
tabah lah yer bang nuar zen..
yang organizer charity event ni pun satu hal.. tak tau ke bang nuar zen ni exclusive tawww.. haruslah charge dia mahal..
banyak benda dia kena buat beside singing kat event tu..
mana dia nak nyanyi lagi.. nak kena layan orang-orang yang datang ambik gambar lagi.. belum lagi part kena peluk ciom dengan akak-akak adik-adik peminat lagi..
it's hard you know to be ANUAR ZAIN..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anuar yang selektif tu pon boleh kena tipu uols apalagi artis artis taraf funfair atau taraf majlis kahwin. |
|
|
|
|
|
|
|
i suka lagu anuar zain |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli cara payment artis ni camne eh?
amik deposit dulu kemudian baki settle lepas show?
atau baki settle sebelum start show?
kalau baki settle lepas show memang senang la nak kena tipu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tak tgk dia nyanyi, nak gi show dia, tiket agak mahal jugak la bg aku yg kerani ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu harga satu kepala bukan satu meja....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu harga utk satu kepala minimum Rm285 mahal tu.... pergggggg..... |
|
|
|
|
|
|
|
makk aiii.. mahal tul kalau 1 kepala..celah mana minimum nye bang nuar oiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
setujuk
bertabahlah bung nuar dihimpit2 dek acik2 bayo harga tiket mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
ok kot harga tu sbb harga musician sekarang pn blh than
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah anak i tu... mmg dorang pakai banyak duit.. mak pak kena hulur sentiasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
xpe lah. kan ada vip bagi duit pocket abang nuar zain |
|
|
|
|
|
|
|
Adibah noor dan nuar ni sebaya rupanya...
Dua2 andartu....harap adalah lelaki2 budiman yg sudi memperisterikan depa dua ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|