23 April 2015, 07:00am
Susunan: Nizam
‘Lari’ merupakan sebuah program game show realiti terbaru terbitan TV9 yang kini sudah pun memasuki episod ke-2 penyiarannya. Walaupun baru sahaja menjengah penonton pada awal bulan April, program ini telah dikritik dan dipertikaikan keaslian konsepnya oleh sesetengah pihak yang mengatakan ‘Lari’ seakan menciplak konsep sebuah game show dari Korea iaitu ‘Running Man’.
Bukan sahaja program ‘Lari’ yang mendapat kritikan, malah Azwan Ali salah seorang selebriti yang menjayakan program ini turut mendapat tempiasnya apabila dikatakan sudah terlalu tua dan tidak relevan untuk berada di dalam game show tersebut.
Azwan tidak ambil kisah apa pandangan ‘haters’ terhadap kehadirannya dalam ‘Lari’
“Jawapan kepada semua haters yang meluat tengok Azwan Ali di dalam ‘Lari’, why bother, why bother, why bother? Sebelum aku cepuk muka engkau dengan monopod aku ni. Ada yang kata bawa monopod ni rimaslah…,” tegasnya sambil menunjukkanmonopod yang telah menjadi trademark bagi Azwan di dalam ‘Lari’.
“Hey, monopod ni moyang engkau yang punya ke? Ini monopod aku, aku yang beli. Kalau aku minta duit moyang engkau bolehlah engkau nak meroyan, memekak!” Begitulah respon Azwan ke atas segelintir haters yang berasa rimas dengan monopod-nya.
Azwan melihat penyertaannya dalam ‘Lari’ ada hikmahnya, di mana ia menolong menurunkan berat badannya
Bagi Azwan, dia bersyukur kerana dapat menjayakan program ‘Lari’ walaupun ia memerlukan kekuatan fizikal untuk berlari dan sebagainya. Secara tidak langsung dapat membantu menurunkan berat badannya.
“Walaupun dalam proses shooting ‘Lari’, diorang dah mula tahu dan menjadi viral, kononnya ‘Lari’ ini tiru ‘Running Man’. Kepada yang mendakwa ‘Lari’ ciplak ‘Running Man’, sebenarnya bukan ‘Running Man’ tapi ‘Running Mak Engkau’,” kata Azwan mengenai isu meniru rancangan ‘Running Man’.
Azwan menegaskan ‘Lari’ adalah tersendiri
“Kalau tiru, dah lama kena saman. Dah lama TV9 kena seret ke Korea, kena gari, kan? Sebenarnya tak sama. Aku boleh cabar engkau, kita punya ‘Lari’ berbeza. Yang penting ‘Lari’ adalah tersendiri, eksklusif, penuh humor, mengasyikkan, mencemaskan dan mendebarkan. Saya tengok, saya tabik because I love the editing.”
Sambil itu, Azwan turut menyatakan bahawa program ‘Lari’ mendapat respon positif rakan-rakan penerbit dari TV lain. Tambahnya, “Mereka menyukai ‘Lari’ kerana colours, kerana sesuatu.”
Ini merupakan sebahagian daripada temuramah wartawan Galaksi dengan Azwan. Saksikan Galaksi episod ke-15 menerusiwww.tonton.com.my untuk cerita selanjutnya. Anda juga boleh menonton sendiri aksi Azwan Ali di dalam program ‘Lari’ mulai dari episod 1 hingga ke episod yang terkini di Tonton.
|