Pada pertunjukan BMW World Malaysia 2015 yang sedang berlangsung, BMW Group Malaysia telah melancarkan kereta 2015 BMW i8 hybrid supercar yang sangat menarik! Kereta 2015 BMW i8 ini merupakan kereta plug-in hybrid supercar pertama dikeluarkan oleh BMW ke atas konsep BMW Concept Vision Efficient Dynamics. Model coupe 2 pintu ini merupakan produk kedua BMW ‘i’ Division setelah pengeluaran model BMW i3 sebelum ini. Ianya didatangkan dengan enjin 1.5-liter 3-silinder BMW TwinPower Turboyang menghemburkan 231HP dan 320Nm tork dan menggunakan transmisi 6-kelajuan Steptronic Sport automatik yang menghantar output itu ke tayar belakang. Ianya juga turut dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 131HP yang menggerakkan tayar hadapan menggunakan transmisi 2-kelajuan. Jumlah output yang dihasilkan oleh sistem eDriveplug-in hybrid ini ialah 362HP dan 570Nm tork. Ianya memberikan kebolehan untuk kereta ini membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 250km/j. Melalui suis Driving Experience Control dan butang eDrive, pemandu kereta 2015 BMW i8 ini mampu memilih 5 mod memandu yang mengawal samada ianya akan berjalan dengan mod elektrik sahaja atau hybrid. Di samping itu, ianya juga memberikan kawalan ke atas dinamik pemanduan kereta tersebut. Dengan menggunakan sistem plug-in hybrid ini, kereta ini mampu mendapat penjimatan minyak sehingga 2.1L/100km!. Kereta ini dijual pada harga RM1,188,880 atas jalan dengan GST (tanpa insurans). Pelanggan yang membeli kereta 2015 BMW i8 ini bakal mendapat jaminan selama 3 tahun atau 100,000km dan juga jaminan 8-tahun ke atas pek bateri kereta tersebut. Harga yang disebut ini termasuklah stesen pengecas BMW i Wallbox yang akan dipasang di rumah anda oleh juruteknik BMW. kredit:www.arenakereta.com
|