CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2686|Reply: 10

[Tempatan] Tiada Sebab Untuk Lepas Jawatan MB – Mukhriz

[Copy link]
Post time 16-4-2015 04:57 PM | Show all posts |Read mode
                                Apr 16, 2015               
76
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) meluangkan masa untuk bergambar santai (wefie) bersama sebahagian pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Kubang Pasu sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Perasmian Sekolah itu, di sini, hari ini. - Foto BERNAMA



   
AYER HITAM – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tiada sebab untuknya melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana belum membuat ketetapan mengenai sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar yang disandangnya kini adalah amanah yang dipertanggungjawabkan daripada Perdana Menteri dan rakyat sendiri.

“Saya rasa tak ada sebab untuk saya lepaskan (jawatan Menteri Besar)…jawatan ini pun amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat.

Jadi tak timbul sebarang masalah yang begitu besar yang memerlukan saya meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Jalinan Tani di sini, sebentar tadi.

  

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada yang mendesaknya melepaskan jawatan kerana tidak memutuskan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Berdasarkan maklumat, UMNO Kedah akan bermesyuarat pada 24 April ini untuk mencapai kata putus berhubung isu terbabit. - Berita Harian Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 05:03 PM | Show all posts
Ayat selamat tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 05:19 PM | Show all posts
adoiii bongok gak adun bkt lada tuh... ape yg dengki sgt ntah kalo mukriz neh xsokong mana2. So what???? Itu point individu bapak dia. Bukan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meiya_loya replied at 16-4-2015 05:19 PM
adoiii bongok gak adun bkt lada tuh... ape yg dengki sgt ntah kalo mukriz neh xsokong mana2. So what ...

Betul tu bro. Spidey pun tak suka manager syarikat Spidey bekerja tetapi Spidey sayangkan company ini....so, adakah manager dan supervisor/executive dorang boleh suruh Spidey tinggalkan company?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesyuarat 24April. Makan besar di hotel
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
So rumours psl mukriz nk letak jawatan on 24/4 tu pelesu kah???
Kunun kt dia nk tlg tun bertanding d rompin??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2015 07:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:41 PM | Show all posts
catalina replied at 16-4-2015 05:33 PM
So rumours psl mukriz nk letak jawatan on 24/4 tu pelesu kah???
Kunun kt dia nk tlg tun bertanding  ...

ya rabbi.. org tua tu nak jadi mp lagikkah?rumour yg .....hmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 08:45 PM | Show all posts
wa bukan apa

piem selfie marah

si mancung selfie sembah

dasar macai kaki menyembah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:22 PM | Show all posts
Mukhriz tak perlu beri apa-apa kenyataan
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2015

http://www.sinarharian.com.my/po ... -kenyataan-1.380264



LOR SETAR - Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kedah telah meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir supaya tidak membuat sebarang kenyataan tentang pendirian Umno Negeri terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April ini.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, permintaan ketiga-tiga sayap Umno negeri itu telah disuarakan oleh mereka kepada Mukhriz dalam satu pertemuan hari ini.
   
"Kami tidak mahu menteri besar berada dalam keadaan yang sukar kerana semua sedia maklum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir dan mahukan beliau memberi tumpuan 100 peratus untuk usaha memperkukuh parti dan mentadbir negeri.

"Kami juga bimbang jika kenyataan (Mukhriz) pada 24 April itu akan diputar belit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, ketiga-tiga pergerakan Umno itu di Kedah berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah serta Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:10 PM | Show all posts
Sayap parti mahu Mukhriz kunci mulut

8:33PM - 16 Apr 2015

http://www.malaysiakini.com/news/295520

Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kedah telah meminta Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir supaya tidak membuat sebarang kenyataan tentang pendirian Umno negeri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April ini.

Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata permintaan ketiga-tiga sayap Umno negeri itu telah disuarakan oleh mereka kepada Mukhriz dalam satu pertemuan hari ini.

"Kami tidak mahu menteri besar berada dalam keadaan yang sukar kerana semua sedia maklum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir dan mahukan beliau memberi tumpuan 100 peratus untuk usaha memperkukuh parti dan mentadbir negeri.

"Kami juga bimbang jika kenyataan (Mukhriz) pada 24 April itu akan diputar belit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, ketiga-tiga pergerakan Umno itu di Kedah berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah serta Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Wanita Umno Datuk Maznah Hamid dan Ketua Puteri Umno Kedah Nurhazimah Mat Nawab.

Shaiful Hazizy berkata tempoh dari hari ini hingga 24 April adalah terlalu lama dan dibimbangi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mahu "menangguk di air keruh" terhadap keadaan ketika ini.

Mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahukan Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong perdana menteri, beliau berkata mereka tidak tergugat dengan kenyataan itu.

"Umno Kedah bersatu-padu dan tidak tergugat dengan kenyataan ADUN Bukit Lada itu, yang nampak kenyataannya bersifat peribadi dan kami tidak tahu motifnya," katanya.

Beliau juga menyifatkan komen dan kritikan terhadap menteri besar sebagai tidak lebih hanya tindakan nakal oleh mereka yang berada di tahap "senja politik dan yang cuba mencari nafas politik baharu".

"Kami memberi amaran supaya jangan mencuba. Sayap (Umno Kedah) akan pertahan Mukhriz Mahathir dalam apa jua cara. Tiada masalah dalam hubungan beliau dengan perdana menteri, intact dan baik. Beliau memberi kerjasama kepada presiden parti dalam merealisasikan misi dan tugasan parti," katanya.

Ditanya sama ada spekulasi bakal menjadi lebih hebat sekiranya Mukhriz tidak membuat kenyataan pada 24 April itu, Shaiful Hazizy menidakkannya kerana Umno Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.

Malah, katanya, ketiga-tiga sayap Umno Kedah telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu lepas.

Sementara itu, Maznah berkata kemelut politik yang sedang berlaku kini tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh pihak luar dan keadaan dalam Umno Kedah adalah adalah seperti biasa.

Mukhriz, katanya, berada dalam keadaan tenang menghadapi keadaan ini.

- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.066766 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list