Edited by Ipo at 22-10-2015 06:28 PM
I'm back........ with gila-gila punya story...mata tak mengantuk...karoot kat sini with this gila-gila punya citer
Bab 1
Kringgggg!!! Bunyi jam loceng yang nyaring membuatkan laju saja jemari mencari punat jam.Teraba-raba Leya mencari jam bulat berwarna merah jambu dengan gambar Hello Kitty. Punat jam itu ditekan. Dia menggeliat kecil ketika matanya sedikit terbuka. Mulut yang menguap ditutup dengan tapak tangan. Perlahan Leya buka mata, terkebil-kebil melihat wajah seseorang sedang tersenyum kepadanya.Digenyeh-genyeh mata sekali lagi.
“Bangun!!”Jerit Adira dengan kuat.
Tercegat Leya bingkas bangun sambil menekup telinga.
“Pukul berapa ni?!” Leya menggeliat kecil. Mata masih dipejam.
“Burung pun dah keluar cari rezeki. Kau masih buat tahi mata. Tengok dah pukul berapa!”Adira capai jam loceng dan ditalakan ke muka Leya.
“Hah?!!”Luas mata melihat jarum jam sudah hampir lapan setengah pagi. Melompat dia dari atas katil, selimut ditolak kasar dan bergegas dia capai tuala masuk ke bilik air.
Adira geleng. Hari-hari dia terpaksa kejutkan Leya, pemilik nama penuh Sharifah Aleya Syed Al Akhtar. Hari ini lagi parah, mentang-mentanglah ada ‘bendera merah’, sengaja lajak tidur sampai lupa pada kelas!
Adira melangkah ke ruang dapur. Sarapan yang sempat disediakan tadi dihidangkan diatas meja makan. Pancake bersama sosej dan telur mata dihidangkan bersama kopi‘0’ panas. Sementara menunggu Leya bersiap, dia membelek nota ringkas yang sempat dibuat semalam. Dua minggu lagi, peperiksaan semester pertama akan bermula. Berada di tahun akhir pengajian membuatnya semakin sibuk dengan kuliah dan juga tesis serta projek yang terpaksa disiapkan sebelum peperiksaaan akhir semester bermula. Waktu makan pun nota sentiasa ada di tangan.
“Ha..dah siap pun kau!” Adira mendongak. Leya sudah menapak ke meja makan.
“Kenapa kau lambat kejutkan aku?” Leya segera ambil tiga keping pancake dan diletakkan ke atas pinggan. Dua sosej goreng turut diambil. Sarapan pagi itu dikunyah laju.
“Weh! Kut ya pun, pelan-pelan la makan tu. Kan dah tercekik!” Adira geleng.
“Erk!!Uhuks!” Pantas pula Leya capai cawan dan diteguk gelojoh.
“Uhuks!Fuh! Fuh!” Meluru Leya ke singki dan berkumur. Lidahnya sudah terasa melepuh.
Adira hanya ketawa melihat gelagat Leya yang kelam kabut. “Tu la! Gelojoh lagi!”
Leya mengipas-ngipas lidahnya dengan tangan. Terjelir-jelir lidahnya menahan hangat air kopi O panas. Dia kemudian menogok pula air sejuk dari peti sejuk. Habis satu gelas!
“Kenapa air kopi ni panas sangat?” Lidah Leya masih lagi terasa melepuh. Segelas lagi air sejuk ditogok. sampai tertumpah-tumpah.
Adira geleng. Agaknya macam manalah Leya di rumah sendiri. Kelam kabut dan kalut macam itukah? Sengih lebar dua ulas bibirnya. Tergelak melihat gelagat Leya yang sudah menyapu sisa air kosong yang sudah membasahi tudungnya.
“Eh,eh! Nak salahkan kopi aku pulak! Kau tu yang gelojoh.” Sisa ketawa Adira masih kedengaran. Dia tahu Leya selalu gelojoh dalam apa jua dia lakukan. Kelam kabut tak susah cerita.
“Aku dah lambat ni!” Leya capai beg sandangnya dan segera ke keretanya yang diparkir di halaman rumah setingkat itu, rumah yang dihuni bersama tiga lagi pelajar di situ. Kasut disarung terkocoh-kocoh. Beg sandang dilempar di tempat duduk belakang kereta. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipecut, menderum laju meninggalkan halaman rumah.
|