View: 13130|Reply: 44
|
Nak lembutkan hati suami
[Copy link]
|
|
Tak tau nak mula cmner. Tapi aku nak share apa aku rasa skrg. Aku dah kahwin almost 4years. Anak baru sorg, 10 bulan. Aku ade masalah suami ni baran. Tp bukan lah setiap masa. Kalau gaduh je, mesti dia bukan mcm suami aku yg aku kenal sampaikan aku naik takut dgn dia. Jujur, dia pernah naik tangan dgn aku and of coz aku lawan jugak sbb aku pun kalau ikutkan mmg baran jugak tapi perempuan, isteri, what do u expect kan? Mmg lembik and di anggap kurang ajar kalau melawan cakap dia even aku cuba nak betulkan keadaan, aku nak try slowtalk pun xdapat.
Suami aku ni kalau time dia happy, romantik, he is such a nice guy. Mmg sangat romantik, selalu buat surprise utk aku, bawak jalan2, belikan hadiah. Tp bila gaduh dia jadi sangat lain. Kadang2 aku jd give up dgn dia. Tp bila ingat balik kebaikan dia, aku jadi sejuk ati. Kalau gaduh, aku rasa 2-3x je dia mintak maaf. Boleh kira lah. Selebihnya, benda settle cmtu je. Abis cmtu je. Xde nak slowtalk or apa. Aku dah cuba nak slowtalk, tp tu mmg bukan cara dia. So, aku just go with flow.
This time ktorang gaduh lagi hanya sebab aku tarik muka bila dia tegur aku. Aku ni kalau marah, aku cepat cool. Tp suami aku ni ada satu penyakit, kalau dia tgk aku marah, dia skali akan marah. Aku jd pelik. Kadang2 aku rasa mcm aku ni xboleh ke nak tunjuk perasaan? Aku ni manusia jugak. Takkan la sebab nak jaga hati kau, nak jd isteri yg taat, aku kena lupakan perasaan aku??
Semalam aku rasa xtahan, aku ni jenis suka pendam. Semalam aku all out dengan dia. Aku ckp kalau rasa aku ni lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan, kurang ajar sangat, bukan wife yg terbaik, lepaskan aku. Tp dia cakap, 'Jangan mintak bukan2 boleh tak? Jangan jadi bodoh'. Aku tau dia syg aku, tp kadang2 layanan dia kat aku kalau dia marah, sangat kejam. He can be so cruel!
Sebaran2 dia, alhamdulilah, dari sebelum kawen sampai skrg mmg dia xpernah buat hal. I mean xpernah curang. Sebab dia mmg bukan jenis lepak dgn kawan2 sampai pagi. Kalau x keje, mmg dia akan spend time utk aku and anak aku. Even sblm ada anak pun, kalau lepak dia akan ajak aku skali tak pernah langsung dia tinggalkan aku kecuali kalau aku sendiri taknak follow. Tu pun dia xkan lepak lama.
Aku sayangkan dia, sayangkan marriage ni, tp aku tak tau cmner cara nak lembutkan hati dia. Nak buang baran dia. Kadang2 aku menangis malam2 walaupun time tu ktorang xgaduh. Sbb bila pendam, aku rasa hati aku berat sangat. Dgn cara menangis, aku rasa lega.
Apa patut aku buat nak lembutkan hati suami aku ni???
|
|
|
|
|
|
|
|
laki ko muda lagi kot.
kena tunggu dah tua tua la kot, dah hilang le darah panas. dah tua2, banyak amal ibadat. selalu pergi surau. dengar ceramah ilmu2 agama. subuh berjemaah. setiap kali solat fardu, misti berjemaah kat surau. ini aku tengok FIL buat la.
FIL panas baran masa muda2 dulu -menurut orang2 yang bagi tau kat aku la.
dah tua2 baru kurang. itu pun sebab umur 60 tahun ke atas.
even bila berkumpul sedara mara, ada adik2 FIL usik2 dia, pasal panas baran tu.
mcm "dulu2 anak kacau, kena marah2. skrg, cucu2 kacau2, dipanggil bucuk2 pulak"
tersengih2 haa..
panas baran mmg dah takde sgt tapi, mulut yang laser masih ada lagi. kena tahan telinga le sapa2 yang kena.
sorryle. takde nasihat tapi, aku tengok FIL aku ajek. dah tua, mmg dah berkurang. takde nak marah2. cuma mulut ajek masih takde insurans.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut kata ustad amin kan...
ini lah kekurangan laki ko
so ko kena cuba terima
dan pd masa yg sama tu byk2 doa n usaha tuk lembutkan hati
bersepah kut petua petui nak lembutkan hati ni
tp kena yakin dan istiqamah dlm mengamalkan
sbb sifat born baran ni bukan senang2 sekelip mata berubah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab laki kome banyak spend time dengan kome, he need time alone. Sebab lelaki need time alone atau dengan bestfriend. Mungkin juga sebab dia xde kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
erm entahla
tapi dia pernah jugak cakap fil aku muda2 dulu pun baran
bila dh berusia barulah hilang baran
|
|
|
|
|
|
|
|
aku boleh terima
tp kalau sampai aku jd hilang hormat tu la payah
nak marah marah je la, xperlu nak baran sangat
tension aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by JiwaKental at 7-4-2015 10:06 AM
Kalau gaduh, aku rasa 2-3x je dia mintak maaf.
TT, saya harap TT dapat memahami bahawa sesetengah orang cara mereka meminta maaf ialah melalui tingkahlaku serta perilaku, bukannya dengan perkataan. Orang seperti ini biasanya mereka malu untuk meminta maaf melalui perkataan, mereka bimbang maruah serta martabat mereka tercalar atau tercabar, terutama sekali sebagai lelaki yang egonya tinggi (mungkin TT sendiri tidak sedar kerana TT tidak tahu). Sebagai seorang wanita dan juga seorang isteri yang sudah menjadi lumrah dunia untuk mengamalkan sifat-sifat lemah lembut serta berbudi bahasa, seeloknya TT sendiri yang meminta maaf melalui lisan, dan jika suami TT seperti sedang memujuk-mujuk TT melalui perilakunya, janganlah pula TT mengatakan yang suami TT itu sombong tidak mahu meminta maaf. Inilah sifat semulajadi lelaki yang susah diubah.
This time ktorang gaduh lagi hanya sebab aku tarik muka bila dia tegur aku. Aku ni kalau marah, aku cepat cool. Tp suami aku ni ada satu penyakit, kalau dia tgk aku marah, dia skali akan marah.
TT cuba latih diri untuk menerima nasihat serta teguran dari orang lain terutama sekali dari suami, dengan hati terbuka. Saya dapati TT ini jenis tidak suka diberi teguran, malah teguran2 itu pula TT anggap sebagai satu penghinaan atau cacian terhadap diri TT, sekaligus TT akan marah lalu tidak akan mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan suami, kerana otak TT telah di set untuk berfikir sedemikian sebaik sahaja perkara2 tersebut sedang berlaku.
kalau dia tgk aku marah, dia skali akan marah.
Kemarahan adalah jalan penyelesaian paling akhir yang harus digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan membiasakan diri guna kemarahan untuk menyelesaikan masalah2 yang remeh temeh. Ini akan menyebabkan TT melatih otak TT untuk sentiasa dalam berkeadaan marah, sehingga akan menyebabkan TT semakin terbiasa, hinggalah segala tabiat harian TT dilakukan dengan perasaan marah, serta pelbagai penyakit mental boleh terjadi seperti masalah kemurungan berpanjangan. Tanya balik pada diri TT, adakah suami TT juga tidak boleh menunjukkan perasaan ketika dimarahi oleh TT, sedangkan sebelumnya, suami TT langsung tidak memarahi TT? Takkanlah suami TT tidak boleh menunjukan perasaan pada TT sama seperti yang TT lakukan pada dia, sedangkan dia juga manusia biasa? Jadi dalam kes ini, tidak ada sesiapa yang boleh memarahi sesiapa. jika TT tidak mahu dimarahi, jangan memarahi, dan jangan membiasakan diri gunakan kemarahan.
Semalam aku rasa xtahan, aku ni jenis suka pendam. Semalam aku all out dengan dia. Aku ckp kalau rasa aku ni lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan, kurang ajar sangat, bukan wife yg terbaik, lepaskan aku.
Seeloknya TT cari dimana kesilapan diri TT (dan diperbetulkan) berbanding mencari kesilapan dan mempertikaikan kesilapan suami TT sahaja, sebab itulah TT merasakan TT paling benar, tidak tahu di mana silap TT, sehingga mahu meminta cerai. Kerana jika TT mencari kesilapan diri berbanding kesilapan orang, maka perkara2 bodoh begini tidak akan terjadi.
'Jangan mintak bukan2 boleh tak? Jangan jadi bodoh'
Tidak mahu melepaskan tidak berarti dia sayangkan TT. Sebaliknya mungkin dia berasa terlalu jijik atau menyampah dengan kegedikkan TT yang minta perkara2 bodoh seperti kanak2 dahagakan perhatian.
Aku sayangkan dia, sayangkan marriage ni, tp aku tak tau cmner cara nak lembutkan hati dia.
Untuk melembutkan hati orang lain, TT kena tahu dimana salah dan silap TT sendiri terlebih dulu. Barulah TT mampu melembutkan hati orang lain. Kerana sekarang ini saya lihat TT tidak tahu langsung dimanakah silap dan salah TT, dan TT merasakan TT lah paling benar dalam segala hal.
P/S: Saya tidaklah bijak, tapi saya tidaklah pula bodoh. Ini pendapat saya, jika mahu diterima, silakan. Maaf jika terlalu berterus terang. Realiti itu menyakitkan dan susah untuk diterima akal disebabkan emosi ketika membaca terlalu menguasai diri. Teruskan melatih untuk kawal emosi. Insyaallah boleh. Jika TT mahu bertanyakan sebarang soalan lain pada saya, silakan. Tetapi jika TT merasakan teguran dan nasihat saya ini sebagai satu cacian dan penghinaan buat diri TT, sila berhenti membaca dan teruskan membaca jika sebaliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku xpernah halang dia berkawan dgn sape2, lepak dgn sape2
dia sendiri yg xnak. maybe sbb mostly kawan dia pun semua dah kawen
|
|
|
|
|
|
|
|
the best answer!
thanks @JiwaKental for those words!
maybe jugak salah aku. tapi xtau mcmner aku nak cakap mintak maaf kat dia
sbb kadang2 selalu gaduh, aku mintak maaf pastu janji xkan buat lg, mesti dia xcaya dah
xtau dah cmner nak yakinkan dia
mesti dia dah malas nak layan aku gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hal lain lain ok tapi sebab baran jek.. I rasa the best way is berdoa!!
Berdoa..berdoa.. solat hajat minta Allah lembutkan dan kurangkan baran husband u. Sebab hanya Allah yang berkuasa membolak balik kan hati manusia.
Nah.. cuba u amalkan http://www.resepirahsiaku.com/20 ... pasangan-suami.html[/url]
Takpon masa buat air/masak untuk suami tu zikit ya latif banyak2.. masa nak tido hembus2 kat ubun2 die doa ni..
Renung renungkan.. dan Selamat beramal
|
|
|
|
|
|
|
|
laki aku masa memula kawen cemni gak..tp xpenah plak pukol aku...tinggi suara tu biasa laa..cuma dier suka uang2 barang...kdg aku siap tlg hulur lg barang kt tgn dier...eh tp barang dier laa...bukan barang aku...
dah masok tahun ke 5 thn ni kitorg kawen...dier mmg jarang marah dah...gadoh pun jarang...sebab aku mmg jenes xlayan...
aku ni plak jenes kalo penat..aku akan bebel je xbenti2..bak kata laki aku mulut xtau plak penat...hahaha...dier kdg stress la dgr...cuma dier penah ckp..spjg kawen dgn aku..hanya skali je aku marah jerit2 skali sama mcm dier...pas dah baik aku ckp laa kat dia..cemana suka tgk aku marah2 gitu???..suka aku kua ayat maki2 mcmtu??..xkan...jadi ko pun tlg sama jgn nak marah2 tengking2 dan tinggi2 suara kt aku..kalo aku bleh buat mcm tu asal ko xboleh??..
1 lg...aku slalu kdg mcm blakon2 sket...tgh dier nak tido2 lelap mata..aku buat2 la ckp kt dier...pe yg aku suke dgn ape yg aku xsuke kt dier...so lama2 dier berubah...bleh kire laa bape kali je aku gadoh dgn asben dlm ms setahun ni..
so ko cube laa..kdg aku kt opis slalu anta tazkirah2 pasal somi isteri yg ade ketan dgn masalah kitorg kt dia...
so far...aku sgttttt...bersyukur suami aku walau byk kekurangan..tp ttp membahagiakan aku dan anak aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
patut laki ang buka thread nie bukan ang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau bagi je dia nasi kankang,lembut la hati dia pasni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ubat paling mujarab utk kurangkan baran ialah bersolat dan mengaji, org lain mungkin ada cara-cara lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pastilah dgn pendapat org lain tapi aku rasa lelaki yg kaki pukul ni ada sikit masalah jiwa. Abang aku cakap kalau dah mula naik tangan mmg payah le...masa baring2 kat tempat tidur tu zikirlah banyak-banyak |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tt slowdown sikit..
klu bengang dgn suami try menyendiri kejap...
g mandi ka...kasi sejuk dulu...
kalu suami tengah marah kat org lain pun tt jangan mengapi2 kan or bangkang dia..just dengar jer..
klu idak kata tt belakangkan dia plak..
pastu tikam lidah..pastu gaduh..
bb kecik lagi..tak sesuai ibu bapa bertengkar... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks. insyaAllah nanti aku akan cuba amalkan
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm aku cakap, kalau time dia baik, he is such a nice husband and a very loving dad. kalau time dia marah je
pasni aku try nak bukak youtube kuat2 pasal ceramah rumahtangga la bg dia dgr skali
hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
errrr
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku x ingat agama, x takut Allah, xde pedoman, dah lama aku try cara ni. sbb aku waras la aku mintak pendapat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|