CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Gaduh Dengan 3 Gadis, Pemandu Teksi Didakwa 4 Tuduhan!

[Copy link]
Post time 7-4-2015 10:21 PM | Show all posts


just nak komen gambar tengah; her eyeliner game is on point
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 10:23 PM | Show all posts

Pemandu teksi tak mengaku tumbuk, rosakkan Myvi



SHAH ALAM 6 April – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menumbuk dan mence­derakan tiga beradik perempuan di sebuah stesen minyak di sini, hujung bulan lalu.

Di hadapan Majistret Norshakimah Ahmad Kamarudin, tertuduh, Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa atas tiga pertuduhan iaitu dengan sengaja menumbuk dan menyebabkan kecederaan ke atas Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, dan dua adiknya, Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24.

Sementara itu, di hadapan Majistret Ellyana Razali, pemandu teksi terbabit didakwa atas tuduhan se­ngaja mengakibatkan kerosakan terhadap kereta Perodua Myvi milik Sharifah Fara Difla.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang, 29 Mac lalu di kawasan Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan Seksyen 7 di sini.

Bagi pertuduhan sengaja mengakibatkan kecederaan, Azmi di­dakwa mengikut Seksyen 323 Ka­nun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan mengakibatkan ke­ro­­­sakan pada kenderaan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Ra­ya, N. Parimalah dan Siti Rohaida Che Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Mukmin Azmi.

Norshakimah menetapkan jaminan sebanyak RM4, 500 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin. Beliau turut mengarahkan tertuduh agar melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada 1 haribulan setiap bulan.

Ellyana pula membenarkan Az­mi diikat jamin RM2,500, juga dengan seorang penjamin menjadikan keseluruhan jaminan berjumlah RM7,000.

Sebutan bagi kesemua kes di­tetapkan pada 23 April ini.

Ahli keluarga tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Sejak beberapa minggu lalu, satu rakaman video yang memaparkan pertengkaran antara sekumpulan ga­dis dan seorang pemandu teksi di sini menjadi viral dalam media sosial.

Terdapat dua rakaman yang me­maparkan kejadian tersebut masing-masing dalam tempoh antara satu minit enam saat dan dua minit 29 saat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mengaku pulak..terang2 dlm bideo tu nmpk dia hempas2 pintu teksi dia ke pintu pompuan tu termasuk tumbuk pompuan tu... Tmbh lg selain pak imam kaki bully..pak imam penipu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka @GhostWalking ... mana drg sorang lg gadis dlm ini pelem jadi 4 kaka? rasa mcm 3 org je kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 10:45 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 7-4-2015 10:28 PM
Tak mengaku pulak..terang2 dlm bideo tu nmpk dia hempas2 pintu teksi dia ke pintu pompuan tu termasu ...

takbirrrrrr

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 7-4-2015 02:36 PM
kaka @GhostWalking ... mana drg sorang lg gadis dlm ini pelem jadi 4 kaka? rasa mcm 3 org je kan.

Tq sayam kejap saya betulkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 12:05 AM | Show all posts
blackred99 replied at 7-4-2015 12:53 PM
pernah imamkan solat, terus gelar imam.

pemimpin amek gambar borak2 dgn rakyat warga tua, terus ...

saya juga pernah jg imam kat surau opis...

jgn la panggil saya imam ye...he.he..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar sikit lelaki melayu kaki bully kaki selamba pukul perempuan ni. Dah biasa la tu buat perangai camtu pastu play victim xnak ngaku.

Untuk kelaseran mulut bbudak tu boleh la kot bagi hukuman cam kiki dulu.. Hope lepas ni pandai2 la kawal adab n lidah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 12:20 AM | Show all posts
ini tidak adil'...bapak budak yg anak-anak perangai sundal tu pun patut kena dakwa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 12:36 AM | Show all posts
Hello.. Bapak mana yang boleh tahan marah kalau tahu anak dia kena tumbuk dengan jantan samseng ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zvicmorrow replied at 8-4-2015 12:20 AM
ini tidak adil'...bapak budak yg anak-anak perangai sundal tu pun patut kena dakwa

Bapak budak ni pun kene laa...dia ade komen kt fb dia aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rasain.. lain kali jgn ngaku haji o imam.. xpyh nk nmpk suci pok cik.. terang2 muka bdk2 tu brcalar.. xkn bdk2 tu brcekau sma sndiri plak.. ramai saksi yg nmpk pok cik pukul bdk2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
green_coffee replied at 8-4-2015 12:39 AM
Bapak budak ni pun kene laa...dia ade komen kt fb dia aritu...

Owh...kalau bapa gegirls tu pon kena..then fair lah..
But then kena denda pon tentu dia puas hati dapat bagi penumbuk samseng jalanan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:33 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 7-4-2015 02:41 AM
kalau dreba teksi ni salah dan mahkamah pun cakap dia salah sekali pun...orang tetap xkan puas hati, ...

Apabila kluar kenyataan Cikgu Azmi mengimamkan solat di tempat kerja, maka secara rasminya kesuchian beliau diupgrade secara bertubi2.

Bayangkanlah... dah la Bekas askar (kerjaya yg suci), jadi cikgu (banyak pahala), jadi Imam lagi (Pahala lagi). Terus WOW!

Maka berduyun2 umah melayu sokong. Yg anak dara merentan terus kena chop jalang. Bila bapak fight kat mahkamah, keluar la kenyataan bapak gadis tu DATO' (haromjadah bila masa pulak dapat pingat pakcik tu) orang kaya pakai kroni nak menang case. Terus dilupakan history roadbully pakcik teksi. Dah jadi imam, harus la dah bertobat nasuha.

Malaysians' logic: Bila orang kaya seek for justice, INI SEMUA X ADIL. MAINAN KRONI JE NI. Rakyat marhein mana mungkin bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:39 AM | Show all posts
snipersnake replied at 7-4-2015 04:58 AM
outspoken ngan maki lain.

dia nih mmg outspoken, tapi maki2 tuh mmg biasa.

Biar mek menjelaskan sbb mek la bekar pekerja beliau. Jujur mek x pernah kena maki sepanjang lebih kurang 3 tahun keje bawah dia. Dengar dia mencarut2 pasal benda lain slalu la.

Sebenarnya memang satu kebiasaan bila team HR kena transfer between unit/division. Mek pon dah 3 kali tukar team, 2 kali tukar department. Dengar pasal transfer, terus mek ready2 kemas barang. Skarang mek dah transfer out from HR, for good. So, jelas lah beliau di transfer atas dasar operational needs dan bukan sebab beliau ade attitude problem. Sebelum ni pon beliau cuma head of unit saje. Pindah Industrial baru jadi Head.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:38 AM | Show all posts
Pakcik buli perempuan pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 11:16 AM | Show all posts
azimodin replied at 8-4-2015 09:33 AM
Apabila kluar kenyataan Cikgu Azmi mengimamkan solat di tempat kerja, maka secara rasminya kesuchi ...

yang aku tak tahan.. bila keluar cite dreba teksi ada kes thn 2013, siap report polis segala, boleh pulak derang kata- apa kena mengena report lampau pakcik ni dgn kes ni...sila fokus pada kes ni plessss...
tp derang buleh pulak kaitkan bapak syarifah ketua HR blablablabla..sime darby blablabla.. yang lansung tak de kena mengena



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:27 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 8-4-2015 03:16 AM
yang aku tak tahan.. bila keluar cite dreba teksi ada kes thn 2013, siap report polis segala, bole ...

Sebab pak syed x pernah jadi Imam
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:27 PM | Show all posts
Edited by anniehanida at 8-4-2015 04:32 PM

Rakyat Malaysia memang dah jadi kebiasaan menghakimi seseorang sebelum masuk mahkamah..lepas keluar mahkamah tak puas hati dengan keputusan mahkamah ..dah biasa dah..

Who eva right or wrong..who cares ikut sedap mulut jer..yang sebenarnya tatau apa-apa pun takder pun ditempat kejadian..hanya tengok viral kat tube..dan berbagai kenyataan membuat andaian....baguslah rakyat Malaysia nih..
sebutjer pernah jadi imam..sebut jer pemandu teksi ..sebut jer jadi chegu..ooooo...dia orang berimam..kriteria yang dipunya oleh seorang haji..dan menumbuk dibolehkan dan tak.salah.

Dalam erti kata kita tidak berada ditempat kejadian..dan kita bukan saksi ditempat kejadian..dan kita tidak layak menghakimi orang pun...kita hanya mengutuk tindakan gadis-gadis tersebut sebab mulut dan marah..kita tidaklah pulak nak mengutuk drebar teksi yang menjadi iman..menumbuk perempuan  yang mempunyai telefon yang mahal..

Awak tumbuk anak gadis orang..dan bapak orang tuh tumbuk awak..yang beriman..so.terimalah akibatnya..
Dalam konteks undang-undang bile body contacts jer..dua-dua akan dikenakan tindakan..so dua-dua akan kena tindakan undang-undang..

So kepada sesiapa yang berada ditempat kejadian sila tampil...kalau takder rentikan membuat spekulasi dan tomahan..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nie baru boleh dengar cerota betul...mahkamah punya cerita la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063495 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list