CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2015 12:58 AM | Show all posts
Komen diMykmu.

Memang Terok
April 5th, 2015 at 10:29 PM


Bila anaknya Marina berperangai kurang baik sebagai anak mantan PM , kita tak nampak bapaknya mampu berbuat apa2. Apabila kita dapati Marina berdemo dengan pengkhianat bershit, Marina bersama Ambiga hantu raya… kita tak rasa Marina dapat restu atau galakan mak bapak dia. Kita tak rasa Mahathir menggalakkan anak perempuan nya itu menentang kerajaan.

Secara logiknya tentu Mahathir pernah walau sekali menasihati Marina untuk menjaga budi pekerti dan tindak tanduknya kerana dia seorang anak mantan PM.
Tetapi, ada ke kita nampak Marina berubah ? Kita tak namapak. Ini bermaana Mahathir gagal untuk buat anaknya sendiri mendengar kata dan kehendaknya. Itu anak sendiri.

PM najib bukan anak Mahathir. Maka Mahathir harus sedar orang akan hanya mengikut katanya ketika dia berkuasa, habis tempoh kuasa orang tak payah dengar cakap dia lagi. Dia harus sedar bahawasanya dia tidak seharusnya begitu ghairah meminta PM najib berhenti. Ini semua akan hanya melemahkan kerajaan yang diterajui Najib. Kita baca penjelasan Adnan mengenai hubungan PM dan Mahathir sebenarnya OK tak ada cacat cela. Tapi kita tahu itu hanya alasan untyuk cover line saja. Kerana mereka tidak mahu dilihat bahawa individu berdua itu sedang bertelagah. Hakikatnya pertelagahan memamng sedang berlaku dan ianya akan hanya berhenti setelah Mahathir dapat apa yang dia mahu. Apa sebenarnya yang Mahathir mahu tak ramai orang tahu.

Tetapi kita simpulkan Mahathir langsong tak ada bisnis untuk meminta PM berhenti kerana berhenti atau tidaknya PM bukan jurisdiction Mahathir. Mahathir dalam usia begitu sepatutnya tumpukan pada RTM.

RTM.. Rehat Tunggu Mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Im fully agreed with lokman adam dan salleh said keruak....zaman ni berbeza dgn zaman tun m, sebagai satu pasukan...tum m tak boleh hanya mengkritik, patut sama2 membantu najib untuk sama2 perintah negara.... Zaman mak bapak kita didik kita semestinya tak sama dgn zaman kita didik anak2 kita.... Kalau cakap pasal pencapaian kalau nak cakap pasal pencapaian...terlalu ramai yg seolah2 berat nak menakui pencapaian najib...no doubt tun m is the true statesman tapi najib pun done quite a good job so far (walaupun terdapat flaws here and there) at least for time being....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
jom kita tgk cara ANjing dah bertukar tuan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:24 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 5-4-2015 01:47 PM
masalahnya Najib kuat sebab Mahathir tak serang dia lagiwalaupun org tuduh Tun Mahathir mcm2.... t ...

aku suka baca hang punya analogi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:25 AM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 5-4-2015 01:12 PM
Najib adalah PM sekarang ni, maka dialah yang paling terbaik, terbest.
Kritikan memang lumrah. Tapi ...

you're right!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 01:26 AM | Show all posts
Editor: Cenderawasih | Diterbitkan pada: 5 April 2015

Tun M Pun Sudah Mudah Lupa?

  


Tun Mahathir

Boleh dikatakan hampir semua akar umbi dan penyokong UMNO kini dalam keadaan serba salah. “Mahu ditelan, mati ibu, mahu diluah, mati bapa,” mungkin pepatah itu membayangkan dilema di hati berkenaan serangan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sekali dua Tun M menyerang Najib, bahkan sudah berkali-kali Presiden UMNO itu diserang oleh bekas Presiden UMNO yang cukup dihormati itu. Dan setiap kali itulah juga, Najib dilihat seolah “mengalah”, mendiamkan diri enggan melakukan serangan balas.

Mungkin itu juga menunjukkan sikap peribadi Najib yang sangat menghormati dan memandang tinggi Tun M, tidak seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu yang pernah melakukan “counter attack” ketika diserang hebat penulis blog Chedet itu.

Merujuk dari kenyataan Tun M di sebuah program baru-baru ini, beliau menyerang Najib kerana Presiden UMNO itu kononnya degil enggan mendengar saranannya kira-kira empat tahun yang lalu dan sebab itulah dia “menyerang” menerusi blog.



Jawapan itu agak berbeza dengan jawapan yang diberikan Tun M ketika menyerang Tun Abdullah dahulu di mana beliau mendakwa bapa mertua Khairy Jamaluddin itu melarang media arus perdana menyiarkan kenyataannya sehingga menyebabkan dia menyerang menerusi blog.

Penulis pelik, Najib langsung tidak menyekat mana-mana media untuk “cantas” suara Tun M sebagaimana Tun Abdullah. Malah penelitian penulis menunjukkan Najib sentiasa membuka pintu kepada Tun M untuk bertemu dan berbincang secara tertutup dengannya tentang sesuatu perkara. Mengapa Tun M tetap menghentam Najib secara terbuka?

Dulu, dalam gerakan Tun M mahu menjatuhkan Tun Abdullah, penulis masih ingat lagi beliau menyebut-nyebut nama Najib sebagai pemimpin paling sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Tun M masih ingat lagi?

Dan kini, Tun M mahu menjatuhkan Najib untuk digantikan dengan siapa? Siapa agaknya yang ada dalam akal Tun M untuk dijadikan Presiden UMNO sekaligus Perdana Menteri?

Jika sebelum ini Tun M pernah mengaku salah kerana tersilap pilih Anwar dan Abdullah sebelum ini, apakah beliau fikir calon di akalnya itu tepat? Atau bakal ‘tersilap” lagi dan perlu dijatuhkan lagi selepas ini? Tun M masih ingat tentang kesilapannya memilih pemimpin?

Kata Tun M, dia mencadangkan sesuatu pada Najib kira-kira empat tahun dulu dan Perdana Menteri kononnnya “degil” enggan mendengar cakapnya.

Sekali lagi penulis hairan bin ajaib, apakah Tun M mahu mendorong Najib untuk menjadi seorang pemimpin “boneka”? Sekiranya Najib enggan lakukan apa kemahuan Tun M, maka beliau akan diserang habis-habisan dan seluruh rakyat digesa untuk menurunkan Najib dari jawatan Perdana Menteri?

Tun M tertanya-tanya dalam program berkenaan tentang kesalahan yang pernah dilakukan ketika menjadi Perdana Menteri. Tindakan “tertanya-tanya” itu seolah menunjukkan beliau “maksum” dari melakukan kesalahan.

Penulis masih ingat, Tun M pernah mengaku salah membawa dan melonjakkan Anwar hingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Malah ketika itu, biar apa pun salah Anwar seperti kronisme, nepotisme, korupsi dan sebagainya “dipejamkan mata” begitu saja.



Ketika itu kami semua dapat lihat bagaimana UMNO dirosakkan dari dalam akibat “perlindungan” Tun M terhadap Anwar sehingga mengorbankan beberapa pejuang tulen UMNO seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba. Tun M masih ingat kesalahan itu?

Ya, penulis yakin Tun M masih ingat kerana katanya beliau masih belum “nyanyok”. Penulis masih ingat Tun M mengaku salahnya itu ketika keluar dari UMNO di sebuah hotel di Kedah dan meminta maaf atas kesalahan tersebut.

Tun M masih ingat? Jika masih ingat, mengapa tanya lagi tentang kesalahan yang pernah dilakukan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri? Jadi, tidak perlulah penulis ‘flashback’ kesalahan-kesalahan lain yang pernah dilakukan Tun M ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Penulis bukan jenis suka membuka pekung di dada UMNO…



Tun M memberitahu bahawa beliau terlalu sayangkan UMNO dan kerana itulah beliau mahu Najib turun dari jawatan Presiden UMNO. Jadi, kerana terlalu sayangkan Tun M juga, penulis selaku ahli UMNO seperti Tun M, menggesa supaya beliau berhenti menyerang Najib dan merosakkan imej UMNO sesuka hati secara terbuka.

Pada pandangan penulis, bukan caranya memperbaiki UMNO dengan mengkritik secara terbuka dan berusaha menjatuhkan Presiden UMNO sebegitu rupa. Tun M sendiri pernah berkata, sekiranya mahu menegur pemimpin atasan maka perlu menggunakan saluran yang betul dan tertutup. Tun M sudah lupakah?

Terbaru, Tun M menegaskan bahawa Allahyarham Dr Jamaluddin Jarjis merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan hebat jasanya. Kenapa tidak namakan Dr Jamaluddin Jarjis sebagai Perdana Menteri ketika meninggalkan tampuk pentadbiran negara?

Setelah Allahyarham meninggal dunia baru beliau dipuji Tun M? Apakah Tun M menunggu ajal menjemput Najib maka barulah Tun M akan memuji Najib sebagai seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang lebih hebat dari dirinya?

Penulis mohon, sudah-sudahlah Tun M. Rasanya pintu rumah Najib, Sri Perdana pejabat Perdana Menteri boleh diakses Tun M pada bila-bila masa yang beliau suka. Malah penulis yakin, Najib membuka luas pintu pada Tun M untuk bertemu dengannya.

Cuma, janganlah dipaksa Najib ikut patuh pada setiap buah fikiran Tun M. Penulis yakin Najib bukan ‘boneka’ dan Perdana Menteri itu tidak mudah lupa dengan nasihat yang diberikan padanya oleh negarawan berpengalaman seperti Tun M.

Zaman telah berubah. Malaysia bukan lagi seperti tahun 1981 ketika Tun M mula memegang jawatan Perdana Menteri. Rakyat Malaysia kini bukan lagi seperti era 80’an, 90’an atau awal millenium. Kini sudah 2015, lima tahun sebelum 2020, bukan?

Najib sedang bertungkus lumus memulihkan kelemahan legasi dua pentadbiran Perdana Menteri. Segalanya seolah ‘menarik rambut di dalam tepung’. Jika mahu mengkritik, kritiklah secara membina dan mengikut saluran yang betul. Tun M mampu bukan? Atau sudah lupa ‘jalan yang betul’ itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 01:27 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-4-2015 01:52 PM
Dlm politik persepsi pun mainkan peranan juga..dari serangan2 tun ni..tak boleh dielak persepsi um ...

betoi tu incik...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:30 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 5-4-2015 03:01 PM
yer la.... yer la.... yer la....

memang Tun Mahathir tak niat nak angkat anak dia

heheheehe....
mcm yang org dok kata la ni la
melayu mudah lupa
tapi ai tak lupa kisah2 tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:32 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 5-4-2015 03:12 PM
Mukhriz naik jadi MB pun x ada kena mengena dengan Tun Mahathir, memang dia layak jadi MB

N ...

saya tidak dapat mengelak untuk membalas komen ini
kerana saya sememangnya sangat bersetuju dengan setiap butir komen ini...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Gajah dengan gajah bertumbuk
Anak kancil mati kena pijak

Tun M belum nyanyuk tapi udah2 la menyibuk
DS Najib ambil j lah nasihat Tun M..jawab soaan dan lepaskan jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara lain is watching
Buat malu jah
Bekas pemimpin dok kondem
Pemimpin buat x tau

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 07:54 AM | Show all posts
senyum sinis je tgk macai najib menggelupur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 07:55 AM | Show all posts
apa pon..
sama aja la peel semua.... pupus semua sekali secara berjemaah lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 07:57 AM | Show all posts
Tun M faham sangat bahawa
parti melayu keramat iaitu UMNO
tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selesa
tanpa cabaran

apabila PR jelas semakin lemah ketika ini,
Tun M bimbang UMNO kembali
leka

oleh itu beliau wujudkan tekanan
supaya UMNO terus siaga

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 07:58 AM | Show all posts
keramat la sgt.. dah taraf lubang jamban dah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 08:01 AM | Show all posts
parti melayu keramat????

keramat????

hahahahahahahahaahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 08:01 AM | Show all posts
hanya najis yang pernah
lalui lubang jamban je yang
tau nak bagi taraf itu la ini la

GST pun baru je nak paham,

ada hati nak cakap pasal lubang
jamban pulak

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir mmg ad agenda bg aku..mahathir lupe ke die ap yg die buat dekat anwar..mahathir pon dah 90..mgkin stahun lg ke mgkin sbuln lg ke..ajal maut d tgn Tuhan..semoga Tuhan pnjgkn umur tun dan isteri sb ramai yg sygkn mereka..so mahathir berehat lah...bsuara lantang spt ini takut nanti mahathir stress..kalau mahathir x bsuara pun najib mmg patut letak jawatan as perdana menteri malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:08 AM | Show all posts
budakpink replied at 6-4-2015 08:59 AM
Mahathir mmg ad agenda bg aku..mahathir lupe ke die ap yg die buat dekat anwar..mahathir pon dah 90. ...

pemimpin yang mampu tangani
pelbagai cabaran akan muncul
sebagai pemimpin yang kuat

Tun M sendiri pernah diasak
hebat oleh Arwah Tunku semasa
beliau pegang jawatan PM

ia sekadar proses yang berulang,
dan amat bagus untuk DS Najib
menjadi lebih matang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:11 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 5-4-2015 11:39 AM
Najib lebih baik drpd Tun Mahathir sebenarnya.... masalah Najib disebabkan bini dia Rosmah

kalaul ...

well said..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.257839 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list